Friday 14 December 2012

01.02.34

Pagi-pagi bangun pukul lima ,
Pakai baju selepas mandi ,
Tarikh hijrah jangan lupa ,
Tarikh bermula penghijrahan nabi . .

Assalamualaikum . . Alhamdulillah , rajin pula saya post berturut hari ni . . Tengok tarikh la . . Nak cerita hari ni 1 Safar 1434 . . Kan lagi cantik tu . .

Selalu kita ingat tarikh Masihi sahaja . . Apa kata mulai hari ini , kita ingat tarikh Hijrah sekali . . Kan lagi bagus . . Sebenarnya saya pun tak ingat . . Saya tahu dari status fb kawan . . Terima kasih la . . Saya tak ingat fb siapa , tapi terima kasih kerana saling ingat-mengingatkan . .

Hah , semalam kecoh sebab Malaysia kalah . . Peminat bola sepak tak habis-habis kutuk refree dan pemain Thailand . . Wahai SAHABAT , ingatlah . . Jika ALLAH dah tetapkan Malaysia kalah , kalah juga . . Mesti ada hikmah . . Mungkin sebab kita akan angkuh kalau kita menang . . Atau mungkin kita tinggalkan atau lambatkan solat Isyak sebab nak tengok bola . . Boleh jadi juga . . Ingat juga , refree dan pemain Thailand tu pun manusia walaupun berbeza agama , mereka tetap makhluk ALLAH . . Tetap manusia yang sering melakukan kesilapan . .

Sepatutnya bersyukurlah sebab dapat masuk semi-final . . Alhamdulillah . . Baiklah , setakat ini sahaja . . Wassalamualaikum . .

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    betul apa yang ditulis tu. Kesedaran tentang penggunaan kalendar Hijrah belum kukuh lagi dalam orang Islam di Malaysia ni. Perlu ada cara untuk buat pengukuhan tentang penggunaanya. Sekarang ni banyak yang guna dalam kad kenduri, Alhamdulillah. Dalam surat-surat rasmi, misalnya. Kita boleh guna. Banner-banner, poskad dan banyak lagilah.

    Semoga kalender Hijrah yang diasaskan oleh seorang Amirul Mukminin ini tidak dilupakan. Semoga berada dalam hati dan ingatan kita selalu. Bukan sekadar sewaktu puasa dan nak masuk raya baru jenguk kalender. In sha Allah. Allahumma amin ya Lathiff. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu . . Saya nak letak widget kalendar hijrah ni , tapi tak jumpa yang sesuai laa . . Nanti senang la saya tahu tarikh Islam . . Dekat telefon saya dah ada , tapi saya pun nak letak dekat sini jugak . . Iffah tahu tak mana-mana widget yang sesuai ? ?

    ReplyDelete