Sunday 11 December 2011

GErhANa buLAN

Singgah di kedai membeli dadu,
Juga membeli tin cat,
Gerhana bulan selalu berlaku,
Tanda kiamat semakin dekat...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih diberi peluang untuk hidup...

Malam semalam telah berlaku satu fenomena alam iaitu gerhana bulan... Saya boleh terlupa pula nak pergi surau sembahyang gerhana bulan... Ayah saya pula yang jadi wakil keluarga saya sembahyang berjemaah di surau. Sebenarnya, waktu Maghrib saya sembahyang berjemaah, lepas itu, saya balik rumah sebab saya tak ikut kelas agama di surau. Ayah saya ikut kelas tu.. Masa Isya' pula tak azan dan cuma iqamat sahaja.. Saya pun tak pergi la.. Rugi betul...

Kenapa dan apa yang saya rugi? Saya rugi kerana tak sembahyang gerhana bulan dan fenomena alam ni jarang berlaku..  Tapi, setiap perkara yang berlaku pasti ada perkara yang tersembunyi. Andai kita perhatikan, gerhana bulan sudah kerap dan acap kali berlaku pada zaman ini berbanding zaman dahulu.. Dan kita juga sedia maklum bahawa jika gerhana bulan atau matahari selalu berlaku, ia adalah tanda kiamat telah hampir sampai ke waktunya..

Kita adalah umat akhir zaman... Di zaman inilah kita telah melihat ramai yang lalai malah sengaja melupakan tuntutan ibadah yang wajib.. Saya juga mengaku banyak silap saya kerana tiada manusia yang sempurna.. Jadi, semoga kita melakukan ibadah dengan segera tanpa melengahkannya... InsyaALLAH.

Saya berharap cuti ini tidak dihabiskan dengan berhibur sahaja, tetapi juga diisi dengan perkara yang dicintai ALLAH.. Sekian, wassalamualaikum...



Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 9 November 2011

10 PeRkaRA

Pergi ke pekan menaiki kereta,,
Untuk membeli buah naga,
Zaman sekarang ramai mahu kaya,
Sampai terlupa beberapa perkara...

10 Perkara yang tidak boleh dibeli oleh duit..duit buknlah segalanya..tp tanpa duit..ape pon tak jadi...



1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.



2. Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.



3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.


4. Cinta


Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.



5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.


9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Monday 7 November 2011

hARI raYa AIDiL ADhA

Pergi ke masjid menaiki kereta,
Kereta dimiliki anak Pak Man,
Sudah tiba aidil adha,
Dirai dengan penuh keinsafan..


Assalmualaikum... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-2 raya haji... Semalam saya tak sempat nak post, buka laptop pun tak dapat... Hari ini, saya dapat buka la...

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha atau lebih selalu dipanggil Hari Raya Korban adalah hari raya ke-2 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ianya berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)... 

Terdapat satu peristiwa pada hari ini, di mana pada zaman Nabi ALLAH, Ibrahim a.s telah mendapat satu mimpi pada satu malam... Mimpi itu berkenaan supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s... Apabila terjaga dari tidur, Nabi Ibrahin memberitahu isterinya, Siti Hajar apa yang dimimpikan... Isterinya mengatakan mimpi itu mainan tidur, tapi jika ia adalah wahyu, maka wajiblah baginya untuk melaksanakannya...

Pada keesokkan harinya, baginda memberitahu hal tersebut pada anaknya.. Nabi Ismail menyokong dan meminta ayahnya melaksanakan perintah tersebut... Pada hari yang ditunggu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail pergi ke suatu tempat... Berita Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya telah samapi ke pengetahuan kaumnya... Kaumnya mengatakan bahawa baginda gila kerana sanggup menyembelih anaknya sendiri...

Nabi Ismail telah bersedia untuk disembelih... Baginda berkata “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Begitulah hebatnya cinta Nabi-Nya kepada YANG MAHA KUASA... Cinta yang melebihi segalanya yang ada di dunia ini... Mengalahkan cinta manusia, kerana cinta manusia boleh terpadam, tapi cinta pada ALLAH, adalah cinta yang hakiki...

jika sendiri janganlah merasa sepi,,ada ALLAH yg mengawasi..
jika sedih jngan pendam dalam hati,,ada ALLAH TEMPAT berbagi..
jika susah jangan menjadi pilu,,ada ALLAH tempat mengadu..
jika gagal jangan putus asa,,ada ALLAH tempat meminta..
jika bahagia jangan menjadi lupa,,ada ALLAH tempat memuja ..
ingatlah ALLAH selalu,,nescaya ALLAH akan mengingatimu...

Saturday 5 November 2011

T@M@t!!!! sO H@ppY

Sedang khusyuk menonton cerita Sutun,
Bersama jiran sebelah,
Sudah tamat peperiksaan akhir tahun,
syukur, Alhamdulillah...

Assalamualaikum..... Alhamdulillah... saya baru tamat periksa akhir tahun semalam... Boleh rileks kan otak yang penat memikirkan jawapan... Sekurang-kurangnya sampai tahun depan je...

Tahun depan saya nak belajar bersungguh-sungguh... Saya nak dapatkan apa yang diharapkan oleh orang disekeliling saya, iaitu 10A... Itu termasuk sivik la... Saya nak pecahkan rekod sekolah saya... MAAHAD LUGHATUL QURAN, saya akan pecahkan rekod sekolah...

Tapi, kejayaan takkan datang bergolek... Kita perlu berusaha barulah boleh berjaya... Tapi, jangan lah kita tinggalkan suruhan ALLAH semata-mata sebab study... Kita juga perlu berdoa agar kita boleh berjaya....  Doa ialah SENJATA ORANG MUKMIN... Jadi, janganlah lupa untuk berdoa selepas setiap kali sembahyang 5 waktu...

Saya rasa, post kali tak nak panjang sangat... Sekian, wassalamualaikum...

AMALKANLAH!!!!

Tuesday 1 November 2011

PEperiKSAAN aKHIr tAhUn!!¡¡!

Ilmu hendaklah kita jaga,
Agar ia sentiasa terpelihara,
Peperiksaan akhir tahun sedang tiba,
Marilah berusaha untuk berjaya...

FAHAMILAH ISI KANDUNGANNYA!
Assalamualaikum... Alhamdulillah, pada waktu sekarang ni saya sempat blog ni... Saya dah lama tak buka blog ni sebab sekarang ni musim peperiksaan... So, I didn't want to open it during my last year exam... But, today was Tuesday, I so bored and suddenly I remembered this blog... Please pray for my success... Hehehe. Jangan MARAH!!! 

Target saya untuk peperiksaan akhir tahun ni ialah nak dapat 9A (tak termasuk sivik). Kalau nombor dalam kelas, saya tak kisah sangat sebab andai saya dapat 9A, saya mesti TOP ONE... Tapi, reason lain sebab, tahun depan, saya telah melangkah ke alam TINGKATAN 3.. PMR menanti saya..

BUDAK-BUDAK PUN TAHU NAK BERJAYA!!!
Lagipun, tajuk-tajuk untuk peperiksaan PMR masuk sukatan pelajaran untuk tingkatan 1 & 2 sekali.. So, I will start from here... Bak kata pepatah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.. Kalau kita nak berjaya mesti bersusah dahulu... Mana boleh berjaya tanpa usaha..

Atau kata pepatah yang lain iaitu, 'sediakan payung sebelum hujan'.. Maksudnya, kita hendaklah sedia dalam semua perkara atau perkara tersebut tak akan menjadi... Jangan masa dah hampir periksa baru buka buku... Susah masuk dalam kepala... Rasanya, cukup sampai sini.... Sekian, wassalamualaikum...

Sunday 23 October 2011

HAndPhonE AYaH!!!!!!!

Pergi ke pekan berjalan kaki,
Untuk membeli sebiji dadu,
Sudah setahun ku nanti,
Henset ayah ku kini miliku...

Assalamualaikum... Kali ni sye nk post or nk ceritakan pasal henset ayh ni.... Handphone ni pown dh dkt 2 bulan sye pakai mcm post sblom ni(Jam special).. Tp handphone ni ayh dh pkai dkt setahun... Oleh kerana setiap tahun ayah saya akan tukar handphone baru, so di beri anak2nya handphone lamanya...

Beberapa tahun lepas setiap kali ayah beli handphone baru, mesti dah ditempah... 2 tahun sebelum ni, kakak dh ambil... Tahun lepas abang pulak yang dapat... So, this year was my turns... I got the phone and I am really over excited plus happy... hehehe... Want to know what type of the phone??? Look beside this... So cool... But, as the economy was well, my father's phone was more advanced.. He now use SAMSUNG GALAXY S PLUS... Ops, I forgot to tell the brand of my phone... It was SONY ERICSSON XPERIA X8...


Thank you dad for this phone... I love it and you too dad... Thats for now... I have to do some work... Goodbye... Sekian, Wassalamualaikum....

Friday 21 October 2011

JAM SpeCiaL!!!!!

Orang kampung menuai padi,
Orang bandar dapat berasnya,
Sungguh cantik jam ini,
Mari, mari, baca ceritanya...

INILAH JAM SAYA
Assalamualaikum... Sebenarnya, jam ni sye dh pkai dkt 2 bulan... Tapi, oleh kerana asyik busy, n asyik post yg lebih penting (kononnya), x sempatlh sye nk cite... Oleh itu, pada post kali ni, Alhamdulillah, sye ade mase utk cite pasal jam ini... Kat sebelah ni lah jam sye...


Ermmm.. Jam ni mungkin x cantik bgi korg yg membace, tp bgi sye, ia adalh salah satu brg berharga bgi sye.. Salah satu sebabnye mgkin harganya... Nak taw harganya??? Harganya RM288.. Tapi saye beli selepas dpt potongan harganye... Jom uji akal, masuk sikit bab Matematik... Harga RM288. Lepas mendapat potongan harga 30%, bundarkan(round off) ke nilai tempat ratus... Hehehe... Kawan2 sye yg nk tau pown kne kira... ish3.. Sian dyorg sampai nanges2 wt jalan kerja ni... hehehe... Hanyalah pembohongan semata-mata... hehehe.. To my friends, don't touching with me...  If you read this and touching, i will touching too... Hohoho...

Ermmm.. Ini je yg hendk disampaikn pada kali ini... Semoga berpost lagi.. Sekian wassalamualaikum...

LOVE TO WEAR YOU, WATCH!!!

Wednesday 19 October 2011

SelAMAt JalaN SMrA!!!!!!

Sudah berjaya mendapat 9A,
lalu dibelanja makan ikan,
Tamatlah sudah peperiksaan SMRA,
hanya menanti peperiksaan akhir tahun...

Assalamualaikum.... Alhamdulillah, sye bru abis pekse SMRA, huh leganya untuk beberapa hari je... sebab, 31 Oktober 2011 kene pekse akhir tahun pulak... hurmmm, xpe2, esok nk start study ngan kawan sye... Agak2nye, nk study ape ek??? Sains, Math, Sejarah, Geografi, mne 1 nk study dulu ny??? huh, poning kepalo che' ni...
INGAT!!!

Sekurang2nye study ngan kawan, tp yg kurg bestnye pulak, yakin dan pasti bdak2 batch form 2 akan kehilangn kewarasn mereka... Kecuali yg mmg betul2 nk study... Agak poning gak, tapi, apakah daya, ianya tidak dapat dikawal oleh diri ini... huhuhu... cediy... 

Harapnye, mereka yg study x terpengaruh dgn bisikan syaitan dan hasutan rakan untuk join bising sekaki... AMIN!!!! Rasenye sampai sini je coretan pada kali ini...  Okey, semoga mendapat keputusan cemerlang... Dan untuk kawan Wan, Hajid, Marzuqi, Saufi, Salimah, Solihen, Ummu, Syaza, Seha, Anis, Maria, Afifah, Nadhirah n classmate 2@1, semoga berjaya mendapat MUMTAZ SOFI or MUMTAZ dlm SMRA.. AMIN, AMIN, AMIN YA RABBALAMIN... Sekian, Wassalamualaikum...
USAHA KUNCI KEJAYAAN

Sunday 16 October 2011

KEberKAtan ILmu

Pergi memancing ikan keli,
Pergi bersama ibu dan bapa,
Keberkatan ilmu perlu didapati,
Daripada guru, pendidik kita...

DIHARAP BERJAYA
Assalamualaikum... Alhamdulillah, sye dh abis pekse, tp baru 3 madah... hehehe... Tp, oleh kerane skunk, tgh cuti, ape lagi, bkak lah.. hehehe... Tp, saye bkak ni ade sebab... Post yg ary 2 lupe nk cakap... Lupe, Coe co much..




Rase nye kalau dh bace pantun n tajuk kt atas ni dh boleh paham tujuan saye kan, x perlu sye ckp pepanjang lebar... huhuhu,,.. Ermmm, saye sbnrnye nk ckp setiap yg diajar oleh guru2 kita, setiap ilmu yg dicurahkan, setiap jasa yg diberikan perlu kita minta mereka (guru2) halalkan.. Ini kerana (skemanya ayat), kita x kn berjaya tanpa dihalalkan ilmu oleh mereka... Sebab 2, setiap kali selom peperiksaan besar, contoh nya, STAM, STPM, SPM, SMA, PMR, SMRA akan ade majlis restu ilmu sebelum hari peperiksaan berlangsung...

MINTALAH AMPUN
Kita juga jgnlah menipu semasa di dlm dewan peperiksaan... Contohnya, bawak toyol or mksd yg lebih mendalamnye, bawak kertas yg ade jwpan di kertas tersebut... Ada cite yg disampaikan oleh cikgu saya, ade sorang pelajar ni, dia mmg terer, mmg pandai, pujian yg ditujukan oleh, pandai bawak toyol n terer nyorokkannye... di dah study sampai kt Umiversiti Al-Azhar, tp kejayaannye hanyelah hasil usaha penipuan selama ini... tapi, mase taon akhir dy kt Mesir, tepat2 mase paper last (waktu peperiksaan), entah mcm mne, bleh lak KANTOI,, nk kate padan muka, mmg padan lah... Sebab tulah, cikgu2 selalu melarang kita menipu,, kita bkan tipu diri sendiri, malah mak ayah, cikgu2 n seluruh org yg mengetahui...

Bukankah menipu 2 DOSA, dhlah menipu, BERDOSA pulak 2... Oleh itu, sedarlah siapa yg pernah, atau masih melakukannya, harap dapat direnungkan kisah tadi... Ingatlah orang tersayang (wah! mcm iklan keselamatan jalan raya)... Sekian, sampai sini je yg ingin di postkan, Wassalamualaikum...
INILAH YANG DIHARAPKAN OLEH SEMUA PELAJAR

AYAT AL-QURAN OR BIBLE???

Sungguh indah kata-kata pujangga,
Carilah di laman web google,
Berhati-hati, berwaspada,
Ayat al-Quran atau Bible.




PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.Yang pasti............ ini bukan ayat al-QuranSemoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. 

Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Thursday 6 October 2011

SMRA!!! oh SMRA!!!

Badak sumbu, badak air,
Susah bangun bila terbalik,
Sudah tiba SMRA,
Masa untuk buat yg terbaik.

BERSEDIALAH!!!
Assalamualaikum... Alhamdulillah, saya sempt bkak blog n tlis cerita kt sini... Minggu dpn saya dh nk periksa SMRA... Saya dah bersedia... Tapi saya kurng yakin lah bleh dpt jawab semua soalan bhgian ba'.. Lebih2 lgi mata pelajrn SIRAH, TAFSIR, TAUHID n HADIS.. Saye bley jawab bhgian 2, tp, saya belum hafal lgi.. InsyaALLAH... Saya dpt hafal dlm mne yg terdekat ni... AMIN! AMIN! YA RABBAL ALAMIN...


SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN
Saya pown sesangat berharap mendapat kejayaan, MUMTAZ SOFI.. Tapi, saya bkan mengharapkan saya sorng je yg dpt Mumtaz, tapi ngn kwn2 sekali. X bestlah kalau diri sendiri je yg dpt kejayaan, nk jugak raikan dgn kwn2.. Bkan 2 je, disebabkn kwn jugaklh sye bley dpt kejayaan.. Saya berdoa agar classmate 2@1 akan dpt MUMTAZ SOFI. Chaiyok!!! Sekian, Wassalamualaikum...

Thursday 29 September 2011

MarHabaN

Menyidai baju membawa bakul,
di dalam bakul baju basah,
kali kedua duit raya dikumpul,
melalui marhaban rumah ke rumah.

Assalamualaikum... dah lama saye x bukak blog ni...  tp skrang maseh bru lepas bulan syawal kan, xpe lah, sempat lg cerita... Ermmm, sblom 2, pantun kat atas 2 cuma permulaan je... xde kaitan tp pasal duit 2 ade laa... hehehehe...

Melalui sume malam marhaban ni kan, ade bbrape bhgian yg sye x suke dn rse ianya x menghormati org len... Contoh, slpas marhaban 2, biase lah, ade makan2.. i2 biase lh, tp yg luar biasenye ade lah hamba ALLAH seorg ni, kalau dihidangkan gula2, dia kalau boleh nk amik sume, kalau bdak2 drjh 1 atau 2 paham lah, tp kalau bdak form 1 or drjh 6 and 5 tuu, masyaALLAH, macam x prnah makan.... gula2 2 bkan x prnah jumpa, tp dh slalu makan... bile bdak drjh 1 atau 2 buat mcm 2, bolleh pulak dy tegur, dy marah, diri sendiri  x fikir.. ish3... Then, ermm, hah!! kan kite diajar MENGHORMATI YANG TUA, so, andai kt rmah org 2 ade sofa atau kerusi, yg rebut takhta, bdak baya kite kebanyakkannya...

So, sye harap kite dpt ubah. kerana bkan sume manusia sempurna.. Saya akui bahwa sye juga manusia yg lemah dn ade kekurangan... Sekian, Wassalamualaikum..



PERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS
NABI MUHAMMAD S.A.W

Friday 2 September 2011

MErdeKA!! RayA!! meRDEka!!


warna pelangi ada tujuh,
pelangi muncul di hujung desa,
tanggal 31 Ogos 1957,
tarikh kemerdekaan negara kita...


Assalamualaikum... tahun ni kita beruntung... sebab hari kemerdekaan negara yang ke 54 sehari selepas hari raya aidilfitri... best yg tersangat2nye.. huhuhu... kita patut bersyukur kerana apabila kita lahir bumi tanah air kita, MALAYSIA telah merdeka dari tngn penjajah seperti british, portugis dan jugak jepun... ALHAMDULILLAH... kita juga sewajarnya bersyukur ke hadrat Ilahi sebab pada zaman skrang, dunia dah maju sgt, nak dibandingkn dulu, atok nenek moyang kita lagi susah, lagi payah dalam kehidupan seharian mereka... Tapi sebenar nya bukan ni yg saye nak ceritakn,,, saye nak ceritakan pasal sejarah bendera Malaysia yang tidak diketahui oleh banyak pihak dan kemungkinan telah dilupakan... oklah, nak start dari mane yer???? ermmmm,,, ok2.. mula2 saye nak cerita kan pasal penciptaan nya... sbnarnya jalur gemilang dahulu dikenali sebagai bendera persekutuan tanah melayu... tahukah anda, bendera  kita wujud sebelum zaman kemerdekaan tanah melayu lagi..(macam profesor pulak)..
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.


INILAH MOHAMED HAMZAH
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut  cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Tetapi, ketika itu, jalurnya baru mempunyai 11 jalur sahaja tetapi skrng dah ade 14 jalur... pelik x??? nak tau???!!!! bace lah lagi... tapi bace yg ni dulu ye..



INILAH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. nak tahu x knape???? jap2.. sebab, bila kita tgok ngara lain, bendera dyorg pown ade name yg gempax2 kan,,, Malaysia x terkecuali... sebab 2, Mantan perdana menteri Malaysia telah mencadangkan agar bendera malaysia diberi nama. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...

sekarang saye nak cerita knpe bley ade 14 jalur... haaa, sebab masa 11 jalur dahulu, sabah, serawak, dan kerajaan persekutuan x masuk same... sebab tu lahhh..
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis,Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 


KIBARKANLAH BENDERA KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
COP!!! belum habis lagi lah... tahun ni hari kemerdekaan negara disambut pada 16 september bersamaan hari 1 MALAYSIA. mungkin ary 2 meriah sgt arr... huhuhuhu... bunga api, mercun, aku rindu padamu... hehehe... sebenarnya raya saye taon ni kurg best... sebab 2 ckit je cerita nye... sob2... sedih nya... tapi xpe... taon depan ana yakin pasti raya meriah sebab taon depan raya ana di SARAWAK... untung ade mak org sane... huhuhu... x sabo2 rasenye che' nak pi sano... eh, mne pulak dialek ni sesat... xpe2 layang jela...  jap2, cerita lowm abis ni,,



MERDEKA!!!
Kalau kita dengar cerita org dulu2, bkan yg berabad lama, lebih kurg yg hampir sebaya dgn kemerdekaan negara kita mesti akn tahu erti pengorbanan yg dilakukan untuk mencapai kemerdekaan negara... gambar kat sebelah kiri ni menunjukkan Tunku Abdul Rahman melaungkan  "MERDEKA!!!" sebanyak 7 kali... itulah saat yang paling indah, paling terharu pada masa itu yang dirasai oleh seluruh pendudk Tanah Melayu.
Oleh itu, kemerdekaan negara kita yg ke-54 ini harus diraikan dgn penuh rse kesyukuran kpd Ilahi krana kita dilahirkan selpas kemerdekaan. Alhamdulillah, Syukran YA ALLAH, YA RABBI... 


okeylah... rsenye malas pulak nak berceramah panjang2 ni. korg bkan bcew pown... saye pon bkan bce penoh, skip gak. hehehe, jgn marah... sblowm kita berpisah, dgarlah lagu ni.. lagu dari ella.. pilih lah nak dngo bi ke bm... nyanyian bahasa inggeris oleh david gates... bukan berpisah sebab x jumpa lgi, sebab dah nak tamat menaip ni... sekian, Wassalamualaikum... 


Wednesday 31 August 2011

buNGa ApI

balik kampung naik kereta api,
sampai kampung alhamdulillah selamt,
mari kita main bunga api,
biar macam budak2 asalkan selamat.


Assalamualaikum... seronok tadi main bunga api... walaupun tak padan, tak sesuai dengan umur, tapi, alang2 adik2 saya nak main, join lah... isi masa... huhuhu... tapi tak sepatutnya happy sangat... sebab naik sekolah saya kan periksa... surah dah lah belum hafal... mutalaah pulak belum baca.. belum hafal baris lagi... Ya ALLAH, bantulah aku menghadapi segala ujian ini... AMIN... 




JANGAN MAIN MERCUN YAAAA!!!!!!!!!!

Tuesday 30 August 2011

Ramadhan pergi syawal mengganti

bulan ramadhan beransur pergi,
syawal tiba menambah seri,
sungguh sedih hatiku ini,
bulan mulia pergi lagi.

Assalamualaikum... hari ni hari raya.... hati gembira sangat tapi ade sedih sikit... mungkin sebab ramadhan pergi meninggalkan kita lagi... bulan yang sangat mulia, dimana tiada gangguan untuk kita melakukan ibadah (kecuali nafsu)... takbir raya berkumandang... YA ALLAH, sayunya hatiku mendengar namaMU dibesarkan, dipuji oleh seluruh umat islam pada hari kebesaran ini... ermmm, tapi bila difikirkan balik, sedih gak sebab naik raya terus syafawi, terus kena periksa... takpe lah, sabar jela, memang setiap pelajar akan menghadapi peperiksaan, tak kira lambat atau cepat... ermmm, okeylah, nak pergi sembahyang raya ni... sekian,,, Wassalamualaikum... SELAMAT HARI LEBARAN

MAlam RayA

sambal kacang pedas kerana lada,
sibuk manusia sebab nak raya,
malam raya dah menjelma,
menanti esok yang penuh bahagia.


Assalamualaikum... seronoknya... esok dah raya... tapi dalam otak sibok pikirkan duit raya pulak... hihihi... Astaghfirullahal adzim... sepatotnya kita bermaaf-maafan(ceramah untuk diri sendiri pulak)...  tapi duit raya x penting, tapi cara kita sambut, itu lagi penting... meriah atau tak raya tahun ni???? apa  pun yang penting kita kenalah dapat kemaafan dan memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja yang meminta... tapi, yang tak minta, jangan pula diabaikan... kenalah kita maafkan dia tanpa dia ketahui dulu... pastu, mintalah maaf pada dia,.. gerenti dia akan maafkan dan beri kemaafan tu... kepada sesiapa yang puasa tapi tak penuh tu, harap nya dapat qada' puasa dan tahun depan harap penuh... jangan bagi alasann (kecuali uzur-khas untuk perempuan)... bagi yang puasa penuh tu, ALHAMDULILLAH...  teruskan penuh pada tahun depan yee... dan sape nak puasa lagi, teruskan lah bulan syawal ni,, puasa enam hari... berkat.... ermmm, oklah sampai sini je lah,, sekian, Assalamualaikum..

Monday 29 August 2011

Kad RAya

Dalam perjalanan menuju ke pekan,
singgah sebentar membeli kunci,

kali ini ingin menceritakan,
kad raya pertama tahun ini...

Assalamualaikum...
sebenarnya, saya bukan nak berbangga, tapi saje je nak isi tempat & masa kat blog ni... boring... kad raya ni dapat dari seorang kawan yang memang baik.... bukan sebab lain tapi kerana ingin meminta maaf je... tapi bila difikirkan, dia takde pon buat salah kat saya.... hmmm... xpe larhh... dia bukan bagi saya seorang, ade lagi budak lain... kawan yang dia rapat... kiranya, saya ni kawan baik dia gak lahhh... huhuhuhu... saya nak balas tapi tak sempat pulak... ishhhh, takpe lah, naik sekolah nanti lah... ALAMAK, naik sekolah ade periksa lisan... surah sajadah ngan yassin... emmm, xpe, insyaALLAH sempat nak hafal... AMIN.. sekian..

Friday 26 August 2011

Cuti-cuti Raya

Harum sungguh bunga sekuntum,
lalu diletak di dalam raga,saya ucapkan assalamualaikum,
,sebagai tanda pembuka bicara....

Hari ni hari Jumaat... hari pertama cuti sekolah untuk tahun 2011... almaklum lah, kitew kan nak RAYA... tapi, raya2 gak... Jangan kita terlalu happy. sampai lupa dunia seketika... terutamanya malam raya 2...  sebab, tadi, masa sekolah, ade seorang cikgu pada saye n kawan sekelas bagi nasihat, katanya, ade HADIS nabi yg menyatakan bahawa malam raya tu malam doa makbul... malam semasa orang lain melupakan ALLAH, tapi kalau kita solat HAJAT mase orang lain leka, dengan PANTASnya, malaikat akan bawa naik doa kita... tapi kalau nak happy gak, sekurang2nya, kita solat hajat dulu. 2 rakaat je.. bkan lama pown... kalau dah habis sembahyang itu, bolehlah kita nak ikut orang len main mercun ke, meriam ke, or main bunga api dengan adik... Tapi , main jangan sampai lupa pada ILAHI... oleh kerana dah dekat raya ni, marilah kita tunaikan  sembahyang TERAWIH sampai 20 rakaat. sebab, pada bulan lain mana ade solat terawih... so, mari kita ambil kesempatan ini... Lagipun, ini kan dah malam sepuluh akhir, pada salah satu malam ni turunnya malam LAILATUL QADAR... malam yang lebih baik daripada 1000 bulan(lebih kurang 83 tahun 3 bulan)... “Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ). Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a...Hadis ada menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain... okeylah, nilah sedikit sebanyak yang saya ingin kongsikan... sekian, wassalamualaikum... 
Sungguh mahal barang di kota,
hanya dibeli orang kaya,
sebelum tamat anda membaca,
ingin saya ucapkan selamat hari raya.

SELAMAT MENAMATKAN PUASA