Tuesday 13 August 2013

Mudah Ke Mendapat Kemaafan ?

بسم الله الرحمن الرحيم . .

Ikan tioman ikan kelah ,
Dijual dipasar masih segar ,
Mendapat kemaafan bukan mudah ,
Jika kesilapan begitu besar .

Assalamualaikum . Alhamdulillah , ana masih bernafas lagi di muka bumi ini . Terima kasih ya Rahman ! Untuk entri kali ini , ana ingin kongsikan cerita ana .

Macam ni , ana telah menuduh seorang sahabat ana . Tuduhan tu pun ana buat secara melulu . Sebenarnya , lebih menjurus kepada persoalan . Tapi , sebelum ana tanya dia , ana dah tanya dia adakah dia boleh terima persoalan ana sebab soalan ana ni menyentuh isu peribadi dan sensitiviti dia . Dia pula kata okey je . Ana pun tanya je lah . Sebelum uh , jangan ditanya apa yang ana soal pada dia . Lepas tu , dia langsung tak balas . Lama juga tunggu sampai tertidur . Eh , lupa pulak . Ana chat dengan dia kat facebook waktu tengah malam .

Ana rasa menyesal jugak tanya soalan pelik pelik pada dia . Ana fikir , dia marah pada ana . Pagi uh , ana tengok telefon , ada mesej . Dari dia . Cuma tertera perkataan ' Wan ? ' . Ana balas perkara yang sama cuma dengan nama dia lah . Tapi , tetap tak balas . Ana pun mesej lah mintak maaf . Tak balas jugak . Jadi , malam uh , sebelum ana pergi surau ( malam raya ) , ana call dia . Dia angkat . Kedengaran riuh jugak sebab dia kata tengah sibuk masa tu . Dia tanya nak apa . Ana cakap lah mintak maaf pada dia . Nak dipendekkan cerita , dia tak maafkan ana ( dari sudut pandangan ana lah ) . Maka , beberapa kali lah ana call dia dalam sehari dua tu untuk mintak maaf . Tapi network busy memanjang je . Dapat masuk pun , dia tak angkat .

Ana memang dah agak marah pada dia , tapi semua ni berpunca dari ana . Maka , tak wajar ana tak minta maaf . Tak tenteram hidup . Ana pun karang mesej minta maaf yang panjang . Disingkatkan cerita , dia maafkan . Alhamdulillah . Terima kasih yang amat . Tapi , ana tahu dia mesti kecewa sebab ana tuduh dia macam itu . Ana mesej , tanya pendapat cikgu kaunseling sekolah ana , Cikgu Hanim . Ana tanya , kenapa kawan ana tak mengaku mahupun menafikan tuduhan ana dan jalan penyelesaian terbaik . Cikgu tu balas , apabila kita dituduh oleh kawan sendiri , rasa kecewa tu mungkin membuatkan kita tak nak cakap apa apa dah , mengaku tak , menafikan pun tidak . Cikgu pun cakap , jalan penyelesaiannya mungkin ana boleh cari seseorang untuk jadi orang tengah dalam masalah ini . Ini jawapan cikgu yang ana sinopsiskan . Tapi , bagi ana , dalam konteks masalah ana ini , orang tengah tak sesuai sebab takut menjadi lebih teruk pulak . Apa apa pun , terima kasih la pada cikgu atas nasihat dan cadangan yang diberikan .

Kesimpulannya , bukan senang untuk mendapatkan kemaafan daripada orang lain terutamanya orang yang percaya pada kita . Lebih lebih lagi kalau kita punya kesalahan tu besar dan sukar dimaafkan . Lebih malang lagi kalau mereka kecewa dengan kita . Untuk itu , sebelum melakukan sesuatu perkara , kita mestilah fikir baik buruk , untung rugi nya . Jangan kerana pulut , santan binasa , jangan kerana mulut , badan binasa . Sebab , dosa kita dengan manusia yang lain , kita kena minta ampun dari empunya badan . Kalau tak , kat akhirat nanti pahala kita akan diberikan kepada mereka dan dosa mereka bagi kat kita pulak . Kalau pahala kita pun ciput je ...... Nauzubillahiminzalik . Semoga kita mudah meminta dan memberi maaf kepada orang lain .

Sekian sahaja untuk kali ini . Muhasabah diri selalu . Wassalamualaikum .

Friday 9 August 2013

Mari Berkongsi ILMU

Assalamualaikum . .

Buah oren buah delima ,
lebih sedap buah mangga ,
Berkongsilah ilmu kepada semua ,
Semoga kita mendapat manfaatnya .

Alhamdulillah . . Sekian lama saya senyap , minta maaf lah . . Apapun kali ini saya nak berkongsi tips dari facebook . .

TIPS MURAH REZEKI

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak Berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan ayat Quran tertentu (zikir @ asma'ul husna)
18. Berdoa
19. Berikhtiar Sehabisnya
20. Bertawakal

____________________________________________________________________


①. MANUSIA yang paling berbahaya adalah MUNAFIK .
②. SENJATA yang paling berbahaya adalah LIDAH .
③. KEBIASAAN yang paling merusak adalah MEREMEHKAN DOSA KECIL .
④. PERASAAN yang paling tidak berguna adalah DENGKI .
⑤. KEGAGALAN yang paling melumpuhkan adalah MALAS .
⑥. KEADAAN yang terburuk adalah LEMAHNYA IMAN .
⑦. PAKAIAN yang paling indah di dunia adalah AKHLAK YANG MULIA.
⑧. SUKACITA yang terbesar adalah TERKABULNYA DOA .
⑨. PEKERJAAN yang paling memuaskan adalah AMAL YANG IKHLAS .
⑩. KOMPUTER yang paling hebat adalah AKAL .
⑪. KEKUATAN yang terbesar adalah IMAN YANG KENTAL .
⑫. UBAT TIDUR yang paling mujarab adalah HATI YANG TENANG .
⑬. DUA KATA yang penuh kekuatan adalah SAYA BOLEH .
⑭. ASET yang TERBESAR adalah AMAL SOLEH .
⑮. ALAT KOMUNIKASI yang paling hebat adalah DO’A .

____________________________________________________________________


KEAJAIBAN MATEMATIK

" PERTAMA :
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


" KEDUA :
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111

" KETIGA :
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?


Cuba lihat simetri ini :

" KEEMPAT :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Kurang hebat ?

Sekarang lihat ini :
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ? Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin kita memberi 100% sepenuhnya.Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?Apakah nilai 100% dalam hidup? Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat membantu memberi jawapannya.

Jika A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%


H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%


K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%


A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita.
Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

Wassalamualaikum . .

Wednesday 7 August 2013

Ucapan Raya

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri ,
Tanda kesyukuran kepada ALLAH ,
Ramadhan pergi Syawal Mengganti ,
Semoga disambut dengan meriah .

Assalamualaikum . Alhamdulillah , setelah sebulan berpuasa , esok kita akan menyambut bulan Syawal . Yeah ! ! Sekarang ni baru ana ada kesempatan untuk bagi ucapan pada anta/anti semua . Tak apa lah , asalkan belum terlambat sudahlah . Hehehe .

Pada kesempatan ini , ana meyusun 10 jari , mohon ampun sekiranya ana ada TERkasar bahasa , TERsilap bicara , TERlebih bisa kata-kata , TERburuk sangka, TERmarah tiba-tiba , TERlukakan hati ,  TERsasul yang tak sengaja , TERtanya yang tak tentu hala , TERcubit/TERpukul kat mana-mana , TERsinggungkan perasaan , TERpinjam harta benda , TERmoody tak semena-mena , TERumpat bila-bila , gurau TERlebih senda , dan macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap .

Pada Scientist Generation , ana juga nak minta maaf sebab tak dapat ikut anta/anti semua beriftar hari itu . Sebabnya , .................(adalah)..................... Biarlah hanya ALLAH yang tahu . Hehehehe . Asif Jiddan ea ! ? Erm , ana pun nak minta maaf pada semua kalau tak senang dengan ana selama ini . Ana hanyalah manusia biasa yang tak sempurna dan tak lari dari melakukan kesilapan . Duit Raya ? Itu nanti ana fikirkan . Kalau ada rezeki , ana bagilah pada anta/anti semua . KALAU ADA REZEKI TAU ! !

Pada para guru pula , saya nak minta maaf kalau saya tak siap kerja sekolah , buat perangai dalam kelas , tak dapatkan keputusan yang terbaik setiap peperiksaan . Saya juga minta maaf sebab tahun ni prestasi saya semakin menurun . Mungkin sebab banyak berangan dan main game kot . Hehehehe . Dah ketagih , tak boleh nak buat apa . .

Akhir sekali , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN . KULLU AMIN WA ANTUM BIKHAIR . Semoga kita bertemu lagi pada Ramadhan akan datang dan ibadah kita selama ini diterima ALLAH. Wassalamualaikum . .