Wednesday 9 November 2011

10 PeRkaRA

Pergi ke pekan menaiki kereta,,
Untuk membeli buah naga,
Zaman sekarang ramai mahu kaya,
Sampai terlupa beberapa perkara...

10 Perkara yang tidak boleh dibeli oleh duit..duit buknlah segalanya..tp tanpa duit..ape pon tak jadi...



1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.



2. Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.



3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.


4. Cinta


Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.



5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .


7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.


9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Monday 7 November 2011

hARI raYa AIDiL ADhA

Pergi ke masjid menaiki kereta,
Kereta dimiliki anak Pak Man,
Sudah tiba aidil adha,
Dirai dengan penuh keinsafan..


Assalmualaikum... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-2 raya haji... Semalam saya tak sempat nak post, buka laptop pun tak dapat... Hari ini, saya dapat buka la...

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha atau lebih selalu dipanggil Hari Raya Korban adalah hari raya ke-2 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ianya berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)... 

Terdapat satu peristiwa pada hari ini, di mana pada zaman Nabi ALLAH, Ibrahim a.s telah mendapat satu mimpi pada satu malam... Mimpi itu berkenaan supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s... Apabila terjaga dari tidur, Nabi Ibrahin memberitahu isterinya, Siti Hajar apa yang dimimpikan... Isterinya mengatakan mimpi itu mainan tidur, tapi jika ia adalah wahyu, maka wajiblah baginya untuk melaksanakannya...

Pada keesokkan harinya, baginda memberitahu hal tersebut pada anaknya.. Nabi Ismail menyokong dan meminta ayahnya melaksanakan perintah tersebut... Pada hari yang ditunggu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail pergi ke suatu tempat... Berita Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya telah samapi ke pengetahuan kaumnya... Kaumnya mengatakan bahawa baginda gila kerana sanggup menyembelih anaknya sendiri...

Nabi Ismail telah bersedia untuk disembelih... Baginda berkata “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Begitulah hebatnya cinta Nabi-Nya kepada YANG MAHA KUASA... Cinta yang melebihi segalanya yang ada di dunia ini... Mengalahkan cinta manusia, kerana cinta manusia boleh terpadam, tapi cinta pada ALLAH, adalah cinta yang hakiki...

jika sendiri janganlah merasa sepi,,ada ALLAH yg mengawasi..
jika sedih jngan pendam dalam hati,,ada ALLAH TEMPAT berbagi..
jika susah jangan menjadi pilu,,ada ALLAH tempat mengadu..
jika gagal jangan putus asa,,ada ALLAH tempat meminta..
jika bahagia jangan menjadi lupa,,ada ALLAH tempat memuja ..
ingatlah ALLAH selalu,,nescaya ALLAH akan mengingatimu...

Saturday 5 November 2011

T@M@t!!!! sO H@ppY

Sedang khusyuk menonton cerita Sutun,
Bersama jiran sebelah,
Sudah tamat peperiksaan akhir tahun,
syukur, Alhamdulillah...

Assalamualaikum..... Alhamdulillah... saya baru tamat periksa akhir tahun semalam... Boleh rileks kan otak yang penat memikirkan jawapan... Sekurang-kurangnya sampai tahun depan je...

Tahun depan saya nak belajar bersungguh-sungguh... Saya nak dapatkan apa yang diharapkan oleh orang disekeliling saya, iaitu 10A... Itu termasuk sivik la... Saya nak pecahkan rekod sekolah saya... MAAHAD LUGHATUL QURAN, saya akan pecahkan rekod sekolah...

Tapi, kejayaan takkan datang bergolek... Kita perlu berusaha barulah boleh berjaya... Tapi, jangan lah kita tinggalkan suruhan ALLAH semata-mata sebab study... Kita juga perlu berdoa agar kita boleh berjaya....  Doa ialah SENJATA ORANG MUKMIN... Jadi, janganlah lupa untuk berdoa selepas setiap kali sembahyang 5 waktu...

Saya rasa, post kali tak nak panjang sangat... Sekian, wassalamualaikum...

AMALKANLAH!!!!

Tuesday 1 November 2011

PEperiKSAAN aKHIr tAhUn!!¡¡!

Ilmu hendaklah kita jaga,
Agar ia sentiasa terpelihara,
Peperiksaan akhir tahun sedang tiba,
Marilah berusaha untuk berjaya...

FAHAMILAH ISI KANDUNGANNYA!
Assalamualaikum... Alhamdulillah, pada waktu sekarang ni saya sempat blog ni... Saya dah lama tak buka blog ni sebab sekarang ni musim peperiksaan... So, I didn't want to open it during my last year exam... But, today was Tuesday, I so bored and suddenly I remembered this blog... Please pray for my success... Hehehe. Jangan MARAH!!! 

Target saya untuk peperiksaan akhir tahun ni ialah nak dapat 9A (tak termasuk sivik). Kalau nombor dalam kelas, saya tak kisah sangat sebab andai saya dapat 9A, saya mesti TOP ONE... Tapi, reason lain sebab, tahun depan, saya telah melangkah ke alam TINGKATAN 3.. PMR menanti saya..

BUDAK-BUDAK PUN TAHU NAK BERJAYA!!!
Lagipun, tajuk-tajuk untuk peperiksaan PMR masuk sukatan pelajaran untuk tingkatan 1 & 2 sekali.. So, I will start from here... Bak kata pepatah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.. Kalau kita nak berjaya mesti bersusah dahulu... Mana boleh berjaya tanpa usaha..

Atau kata pepatah yang lain iaitu, 'sediakan payung sebelum hujan'.. Maksudnya, kita hendaklah sedia dalam semua perkara atau perkara tersebut tak akan menjadi... Jangan masa dah hampir periksa baru buka buku... Susah masuk dalam kepala... Rasanya, cukup sampai sini.... Sekian, wassalamualaikum...