Sunday 11 December 2011

GErhANa buLAN

Singgah di kedai membeli dadu,
Juga membeli tin cat,
Gerhana bulan selalu berlaku,
Tanda kiamat semakin dekat...

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih diberi peluang untuk hidup...

Malam semalam telah berlaku satu fenomena alam iaitu gerhana bulan... Saya boleh terlupa pula nak pergi surau sembahyang gerhana bulan... Ayah saya pula yang jadi wakil keluarga saya sembahyang berjemaah di surau. Sebenarnya, waktu Maghrib saya sembahyang berjemaah, lepas itu, saya balik rumah sebab saya tak ikut kelas agama di surau. Ayah saya ikut kelas tu.. Masa Isya' pula tak azan dan cuma iqamat sahaja.. Saya pun tak pergi la.. Rugi betul...

Kenapa dan apa yang saya rugi? Saya rugi kerana tak sembahyang gerhana bulan dan fenomena alam ni jarang berlaku..  Tapi, setiap perkara yang berlaku pasti ada perkara yang tersembunyi. Andai kita perhatikan, gerhana bulan sudah kerap dan acap kali berlaku pada zaman ini berbanding zaman dahulu.. Dan kita juga sedia maklum bahawa jika gerhana bulan atau matahari selalu berlaku, ia adalah tanda kiamat telah hampir sampai ke waktunya..

Kita adalah umat akhir zaman... Di zaman inilah kita telah melihat ramai yang lalai malah sengaja melupakan tuntutan ibadah yang wajib.. Saya juga mengaku banyak silap saya kerana tiada manusia yang sempurna.. Jadi, semoga kita melakukan ibadah dengan segera tanpa melengahkannya... InsyaALLAH.

Saya berharap cuti ini tidak dihabiskan dengan berhibur sahaja, tetapi juga diisi dengan perkara yang dicintai ALLAH.. Sekian, wassalamualaikum...



Published with Blogger-droid v2.0.1