Monday 9 December 2013

Kesalahan Rukun Solat - Rukun Qauli


بسم الله الرحمن الرحيم


Bersiar-siar menuju ke pekan,
Mahu membeli buah longan,  
Mahu menegur satu kesilapan,
Yang sering kita lakukan .


Assalamualaikum . sekian lama ana dah tak update blog ini , hari ini ana nak kongsikan mengenai Rukun Solat . Rukun Solat ? Yup , Rukun Solat . Kenapa ana nak sentuh pasal Rukun Solat ni ? Ingat orang tak tahu ke ? Macam ni . Dalam solat , apabila kita melanggar Rukun Solat , maka solat kita adalah terbatal a.k.a tidak sah . Sememangnya, semua mengetahui bahawa Rukun Solat ada 13 dan terbahagi kepada tiga kategori ; rukun Qalbi , rukun Qauli , dan rukun Fi’li . Tapi , kali ini ana Cuma nak sentuh rukun Qauli sahaja .


Rukun Qauli ni bermaksud rukun yang kita kena ucapkan, WAJIB dilafazkan . Bermakna di sini , andai kita tidak lafazkan, solat kita adalah tidak sah . Yup, TIDAK SAH ! Dilafazkan macam mana ? Cukup sekadar didengar oleh telinga kita . Andai sembahyang berjemaah , tak perlu la sampai ganggu orang sebelah .

5 Rukun Qauli :

1. Takbiratul Ihram 


2. Bacaan al-Fatihah

3. Bacaan Tahiyat Akhir

4. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir

5. Lafaz Salam
Yang tanda merah ni adalah kesalahan yang sering kita lakukan apabila membaca al-Fatihah .




Sekian sahaja kali ni . Wassalamualaikum . .