Saturday 30 March 2013

Hilang Telefon?

Apam pisang apam balik ,
Makan bersama air susu ,
Sebuah perkongsian yang menarik ,
Tips dari muka buku .

Assalamualaikum . . Tips ini kita kena lakukan sebelum hilang telefon sebagai langkah berjaga-jaga . . Kalau dah hilang sebelum tahu tips ini , mungkin yang terbaik laporkan pada polis jela kot . .

Tips TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurang ­nya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Wassalamualaikum . .

Friday 29 March 2013

Bahasa Baru ? ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sungguh indah di pagi hari ,
Bertambah seri bersarapankan kebab ,
Mari kita bertukar bahasa diri ,
Dari Kata Melayu ke Kalimah Arab .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menghirup udara yang sekian kalinya kita sedut dan hembuskannya . . Baiklah , hari ini ana nak kongsi sesuatu yang ana rasa agak menarik bagi diri ana . .

Sekarang ni , ana dengan beberapa kawan ana selalu berbual dalam bahasa arab . . Andai ada kalimah yang kami tak tahu , kami guna 2 sumber . . Yang pertama , kamus dan kedua , guru Arab . . Bila kitorang bertutur dalam bahasa Arab , kitorang terasa seperti orang Arab . . Seronok sangat sebab kitorang boleh cakap bahasa ini . . Tapi , penggunaan 'ana' dan 'anta/anti' dalam perbualan harian tak sampai sebulan pun . . Tapi , dalam mesej , penggunaan 'ana' dan 'anta' , ana dah mula dengan seorang Sahabat ana lebih sebulan yang lalu . . Ismuhu KhairulMarzuQi . . Tapi , bila berbual , tak pula nak bahasakan diri 'ana' . . Berbual dalam telefon boleh pulak . . Apa lah dia ni . .

Kalau antum semua nak kuasai bahasa , ana cadangkan antum semua cuba selitkan sikit-sikit bahasa tu dalam perbualan harian kita . . Bahasa Inggeris kita boleh , tak akan bahasa lain tak boleh pulak , kan ? ? Nama komersialnya ialah bahasa rojak . .

Selepas itu , dah mahir sikit , cuba lengkap satu ayat pulak dalam bahasa tu . . Insya-ALLAH , mesti kita boleh kuasai bahasa tu walaupun sedikit . . Kalau ada kalimah yang kita tak tahu , rujuklah pakar macam kawan lain atau kamus atau guru . . Dari sini dah dapat faedah iaitu dapat tambah perkataan baru . . Bak kata pepatah , malu bertanya sesat jalan . . Lagipun , bertanya kan pintu ilmu . . Makin banyak bertanya makin bertambahlah ilmu kita . .

Nak lebih lagi , kita bersembang dengan kawan kita guna bahasa baru tu . . And the best way is we talk to our teacher in that language (Sorry with my wrong grammar) . . Dengan cara ini , kita mesti boleh kuasai sesuatu bahasa dengan cepat . .

Baiklah , cukup setakat ni . . Ana mengundur diri dulu . . WabillahiTaufiQ WalHidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . .

Thursday 28 March 2013

Couple - Perkongsian Ilmu

Pergi ke kedai membawa jala ,
Di dalam raga ada ikan ,
Mahu mengongsikan satu cerita ,
Yang menarik untuk dikongsikan .

Assalamualaikum . . Tak nak mukadimah yang panjang . . Baca saja . .


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..  Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..   Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kata saya kuat emo..  Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..  Lepas tu saya cuba buat lawak. Kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya. Terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. Tapi saya tak kisah.. Asalkan ada yang terhibur..

 Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa..  Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm, sms awek sampai pagi..  Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

 Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" . Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.. Dan masa itulah saya kenal awak.. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. Saya pun mulalah BERCINTA..

 Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..'ALL OUT'lah..  haha..  Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..  Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..  Tidak terasa pun kehilangannya..

 Mase bercinta memang indah..

Monday 25 March 2013

Karangan Terbaik Pilihan Cikgu

Seorang pelakon banyak berlatih ,
Penat berlatih peluh menitik ,
Karangan saya telah dipilih ,
Sebagai karangan yang terbaik .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . Saya nak kongsi jugak karangan ni . . Cikgu Maisarah selaku guru mata pelajaran bahasa Melayu memilih karangan ini (blog cikgu Maisarah) . Nak kata yang terbaik , dalam kelas je kot . . Tapi , ALHAMDULILLAH . . Markah 27/30 . . Tapi , bila saya taip balik karangan ni , saya perasan ada kesilapan yang mungkin cikgu tak perasan . . Pandai pandai lah betulkan nanti . .

Maklumat di bawah menunjukkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan .

Mutakhir ini , sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia dalam aspek kemajuan sains dan teknologi ini . Adaptasi ini menyebabkan masyarakat semakin alpa dengan hasil pertanian negara sendiri kerana lebih mempercayai khasiat buah-buahan yang diimport berbanding buah-buahan tempatan . Bukti yang sahih dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan jumlah pengambilan buah-buahan dalam kalangan penduduk Malaysia hanyalah sebanyak 60 kilogram per kapita berbanding 130 per kapita di negara maju yang lain . Persoalannya , apakah usaha-usaha yang efektif dan drastik yang harus dijalankan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ?

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas , antara usaha yang dilakukan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ialah dengan meyakinkan masyarakat akan khasiat buah-buahan tempatan . Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh saintis Malaysia sendiri , buah-buahan tempatan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan serat . Bagi menunjukkan kesahihan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah buah durian mempunyai fiber yang tinggi , vitamin C , dan vitamin A . Walaupun ramai yang mengatakan buah durian bersifat panas , Allah juga menciptakan buah manggis pada musim yang sama yang bersifat sejuk . “ Sesungguhnya , Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ” , petikan makna surah Faatir , ayat 38 . Dengan berbuat demikian , sudah terang lagi bersuluh , pastinya ramai rakyat Malaysia akan lebih banyak makan buah-buahan tempatan .

Selanjutnya , usaha yang perlu dilakukan ialah menjalankan kempen secara berterusan . Kempen yang dilakukan ini boleh memberikan impak positif dan seterusnya semakin ramai rakyat Malaysia khususnya generasi dotkom ini . Dalam konteks ini , sebagaimana yang kita sedia maklum , Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia atau nama komersialnya , FAMA telah memperkenalkan kempen “ Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan ” . Kempen ini diperkenalkan ke sekolah amat bertepatan sekali kerana ia sejajar dengan hasrat FAMA bagi menggalakkan golongan muda gemar makan buah-buahan tempatan termasuk buah-buahan bermusim . Inisiatif kerajaan ini , iaitu melakukan kempen secara berterusan mestilah disokong oleh masyarakat konvesional agar usaha bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan dapat direalisasikan .

Selain itu ,

Saturday 9 March 2013

Siapakah Yang Ada Iman Yang Paling Luar Biasa ?


Pergi sana pergi sini ,
Hendak mencari daun pegaga ,
Kali ini hendak berkongsi ,
Siapakah paling luar biasa imannya ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Saya jumpa kisah ni dekat facebook . Ingatkan nak share dekat facebook je , tetiba teringat pada blog yang dah penuh dengan sarang ni . So , share kat sini jela . Hayatilah.
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
 Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
 Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
 Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
 Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
 Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
 Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
 Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
 Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
 Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka."
Sekian , wassalamualaikum .