Sunday 30 December 2012

Pantun Atuk


Tahan sabar bila dikutuk ,
Kerana kita diberi pahala ,
Ini pantun pemberian atuk ,
Yang diberikan kepada saya . .

Assalamualaikum . . Bismillahirrahmanirrahim . . Post hari itu (klik sini) , saya ada cakap tentang hadiah dari atuk . . Atuk bagi saya pantun 7 rangkap . .

Nampak tak ? ? Hehehe . . Baiklah . . Saya taip semula menggunakan tulisan yang lebih jelas dan ejaan terkini . . Hehehe . . Atuk saya ini biasa tulis jawi . . Tulisan rumi dia kebanyakkan guna ejaan lama . .


Klik untuk imej yang lebih besar


1. Bukit Gambir zaman kereta lembu ,
    Tiada kereta tiada lori ,
    Orang Terpinggir hendak maju ,
    Kuat usaha tenaga sendiri .

2. Bukit Gambir dekat Gersik ,
    Ada pelawat hendak datang ,
    Orang terpinggir sedang asyik ,
Kerja kuat pagi petang .

3. Bukit Gambir banyak itik ,

   Tauke sedang keluar negeri ,
   Orang terpinggir tidak lokek ,
   Siapa minta segera diberi .

4. Bukit Gambir ada kuda ,
    Pantas sekali untuk berlari ,
    Orang terpinggir usaha berganda ,
    Untuk ubah nasib diri .

5. Bukit Gambir awannya putih ,
    Nampak dari Bandar Pekan ,
    Orang terpinggir hati bersih ,
    Tidak lagi berbuat keburukkan .

6. Bukit Gambir sungainya tohor ,
    Tempat basuh kain pelikat ,
    Orang terpinggir sudah masyhur ,
    Semua pelawat jauh dan dekat .

7. Bukit Gambir hasilnya getah ,
    Kelapa sawit ada juga ,
    Orang terpinggir sentiasa betah ,
    Susah pahit dibuat juga .

Sekian sahaja . . Wassalamualaikum . .

Saturday 29 December 2012

Keputusan PMR saya

Balik rumah terus mandi ,
Lepas mandi masuk bilik ,
Keputusan PMR telah diketahui ,
Alhamdulillah , keputusan baik . .

Assalamualaikum wbt . . Kaifa halukum ? ? Alhamdulillah , ana bilkhair . . Macam mana keputusan korang ? ? Mesti keputusan korang baik-baik kan ? ? Amin laa . . Kepada yang tak beroleh keputusan yang baik , SPM menanti kita . . Pada pelajar Sekolah Menengah Agama (Lughatul Quran-khususnya) , kita boleh tebus semasa Sijil Menengah Agama(SMA) nanti . .

Keputusan saya ? ? Saya mengambil 9 subjek dan memperoleh 8A 1B . . Alhamdulillah sebab saya dapat mengharumkan nama sekolah , membanggakan emak dan ayah , dan membuktikan bahawa pelajar sekolah agama sememangnya boleh berjaya walaupun kami belajar sebanyak 18/19 subjek . .


klik untuk gambar yang lebih besar
Yang saya suka , saya terasa seperti artis pulak masa tu sebab ramai cakap tahniah . . Cikgu Maisarah (blog beliau) telefon saya semata-mata nak ucapkan tahniah (dan lain-lain) . . Dan , yang paling saya suka ialah hadiah . . Hehehe . . Atok , nenek , dan makcik-anak kedua (sebelah ayah-anak pertama) masing masing memberi saya RM100 . . Makcik-anak ketiga , bagi saya seutas jam tangan jenama Polo Club Britannia , berharga RM200 lebih , tapi tak tahu lah kalau berapa harga yang dijual sebab katanya dah diskaun . .

Atok saya bukan bagi duit saja , malahan dia juga bagi pantun . . Dia memang kreatif orangnya . . Sebab itu saya selalu letak pantun dalam blog saya . . Saya nak puisi tradisional ini tidak dilupakan . . Mak ayah saya tak beri saya hadiah . . Mungkin mereka nak hadiahkan saya motor agaknya lah . . Hehehe . .

Tapi , saya tak harapkan sangat sebab , saya yang nak hadiahi mak ayah saya dengan keputusan saya ini . . Terima kasih Mak dan Ayah sebab sentiasa doakan Wan sehingga berjaya . . Terima kasih Ayah sebab selalu meluangkan masa pagi , petang  , dan malam untuk hantar Wan ke sekolah . . Wan sayang Mak dan Ayah . . I love both of you . .

Sekian sahaja . . Wassalamualaikum . .

Tuesday 18 December 2012

Keputusan PMR

Sungguh sedap makan petai ,
Petai dibeli di pasar ,
Debaran semakin dirasai ,
Kerana keputusan PMR sudah keluar . .

Assalamualaikum . . Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah hampir masuk ke tahun baru . . Alhamdulillah juga kerana kita masih hidup sehingga hari ini . . Tak lupa juga , bagi pelajar PMR 2012 , keputusan akan keluar pada hari esok (19 Disember 2012) selepas jam 10 pagi . .

Bagi yang tidak dapat hadir pada hari tersebut , ada cara lain yang boleh kita ketahui keputusan PMR kita . . Gambar dibawah ini menunjukkan cara semakan keputusan secara online dan melalui SMS . .

Melalui SMS

Secara online

Sekian sahaja . . Ma'as salamah . .  Wassalamualaikum . .

Friday 14 December 2012

01.02.34

Pagi-pagi bangun pukul lima ,
Pakai baju selepas mandi ,
Tarikh hijrah jangan lupa ,
Tarikh bermula penghijrahan nabi . .

Assalamualaikum . . Alhamdulillah , rajin pula saya post berturut hari ni . . Tengok tarikh la . . Nak cerita hari ni 1 Safar 1434 . . Kan lagi cantik tu . .

Selalu kita ingat tarikh Masihi sahaja . . Apa kata mulai hari ini , kita ingat tarikh Hijrah sekali . . Kan lagi bagus . . Sebenarnya saya pun tak ingat . . Saya tahu dari status fb kawan . . Terima kasih la . . Saya tak ingat fb siapa , tapi terima kasih kerana saling ingat-mengingatkan . .

Hah , semalam kecoh sebab Malaysia kalah . . Peminat bola sepak tak habis-habis kutuk refree dan pemain Thailand . . Wahai SAHABAT , ingatlah . . Jika ALLAH dah tetapkan Malaysia kalah , kalah juga . . Mesti ada hikmah . . Mungkin sebab kita akan angkuh kalau kita menang . . Atau mungkin kita tinggalkan atau lambatkan solat Isyak sebab nak tengok bola . . Boleh jadi juga . . Ingat juga , refree dan pemain Thailand tu pun manusia walaupun berbeza agama , mereka tetap makhluk ALLAH . . Tetap manusia yang sering melakukan kesilapan . .

Sepatutnya bersyukurlah sebab dapat masuk semi-final . . Alhamdulillah . . Baiklah , setakat ini sahaja . . Wassalamualaikum . .

Wednesday 12 December 2012

12.12.12

Sungguh sedap mee kari ,
Sekali makan pasti ingin lagi ,
Tarikh keramat hari ini ,
100 tahun hanya sekali . .

Assalamualaikum . . Wah wah wah . . Mesti ramai pilih tarikh hari ini . . Tak kisah lah untuk kahwin , tunang atau melahirkan anak ke (boleh pula pilih tarikh untuk melahirkan anak ? ?) . . Mungkin ada yang membuat konsert (harapnya islamik la) . . Bersunat ? ? Boleh jadi jugak . .

Pagi tadi saya dengar JoHaRa PaGi Era . . Kecoh betul . . Ray tak ada dekat studio sebab pergi ke Hospital Kajang (tak pasti betul atau tak) . . Misi dia untuk mencari bayi yang lahir pada tarikh 12.12.12 . .

Seronok juga dengar sebab ada ibu-ibu yang melahirkan anak pada tarikh ni dan semestinya mereka gembira . . Baru satu hospital . . Kalau semua hospital di dunia ni pasti angka bayi yang lahir pada hari ini mencecah tujuh angka . . Itu anggaran saya . . Saya bukan pakar , jadi kalau salah jangan marah laa . .

Okey laa , setakat ini sahaja coretan saya . . Sekian , ma'as salamah . . Wassalamualaikum . .

Monday 10 December 2012

BerSuNat

Kalau pergi membeli baju ,
Jangan ketat atau sendat ,
Ini kisah dua adikku ,
Yang baru sahaja bersunat . .


Assalamualaikum . . Alhamdulillah dapat juga idea untuk blog ni . . Post kali ini berkaitan sunat . . Sunat ? ? Siapa yang bersunat ? ? Semestinya 2 adik lelaki saya yang comel dan hyperactive . .

Semalam (9 Disember 2012) , Alhamdulillah adik-adik saya selamat bersunat . . Mestilah selamat , mana ada orang yang meninggal sebab bersunat . . Hehehe . . Balik rumah je dua-dua mereka dah berair mata . . Seorang masih mengalir air mata , seorang lagi air mata dia cuma bertakung di kelopak matanya . . Yang menangis mestilah si bongsu (Syahrul) , yang menahan pulak si abang (Syarifuddin) . . Kesian pun ada tengok dyorang . .

Tapi , untungnya dyorang sebab tak kena balut . . Masa bengkak mestilah sakit tapi tak sesakit yang kena balut . . Dalam famili , sayalah satu-satunya yang dibalut 'anu'nya . . Pedih memang pedih lah . . Apa pun semua tu dah berlalu . . Alhamdulillah sebab tanggungan mak ayah saya dah lepas kerana semua dah sunat . . Ops , terlupa pula . . Mereka masih perlu menanti anak-anak mereka berkahwin dahulu , barulah lepas . .

Walau bagaimanapun , sakit yang paling sakit selepas mati ialah ibu yang melahirkan anak . . Itulah pengorbanan mereka . . Sakit itu memang sakit yang amat sangat . . Tapi akan hilang selepas melihat anaknya selamat . . Ingat ! ! Pengorbanan ini sangat berharga sebab mereka perlu bertarung nyawa supaya anak dan dirinya selamat . . Malangnya , ada juga yang meninggal sama ada ibunya atau anaknya atau kedua-dua mereka sekali (macam hukuman pulak) . .

Ikan siakap ikan tenggiri ,
Lain kali post lagi . .


Sekian sahaja post kali ini . . Wassalamualaikum . .
Syahrul -7 tahun (kiri) dan Syarifuddin-10 tahun (kanan)

Wednesday 5 December 2012

TuKanG MAsaK

Kurang pedas ditambah lada ,
Kurang lemak ditambah santan ,
Ingin berkongsi sebuah cerita ,
Kisahku memasak sejenis makanan . .


Assalamualaikum . . Alhamdulillah . . Dah lama saya tak post kat blog ni . . Bila nak post , tak ada idea dan kadang-kadang tak ada internet . .

Ok , mengikut pada tajuk kat atas tu , saya nak cerita yang makanan yang saya buat . . Makanan tu cucur bawang + bilis . . Senang cerita , saya buat sendiri . . So , saya namakan cucur E-one . . Hehehe . . Memang dah lama saya teringin nak masak cucur ni . . Tapi , bahan selalu tak ada dan kadang-kadang malas (sifat saya 24 jam) . .

Saya buat semalam  (4 Disember 2012) . . Masa 2/12/2012 , saya buat tapi dengan mak saya . . Tapi , semalam saya buat sendiri sebab mak saya demam . . So  , pagi-pagi sementara menunggu Subuh , saya cari ilham untuk cucur ni . .

Selepas solat Subuh , saya dan kawan saya (Fahmi Iqbal) dah planning nak jogging . . Untuk pengetahuan am , kitorang jogging dua hari sekali . . Cadangan Fahmi . . Saya ikut saja tapi saya buat setiap hari cuma bila dia tak jogging bersama , saya naik basikal . . Senang sikit . . Lepas balik lebih kurang pukul 8 pagi , saya terus bersihkan diri dan menyidai pakaian saya yang saya basuh sebelum berjogging (menggunakan mesin basuh automatik) . .

Masuk terus kepada resepi je la . . Ok , bahan-bahan yang saya gunakan mestilah yang berikut :
Penggunaan tisu untuk menyerap minyak adalah
lebih daripada surat khabar

1. Tepung
2. Air
3. Telur (1 biji)
4. Bawang merah (1 biji)
5. Bawang putih (2 ulas)
6. Ikan bilis (ikut kesesuaian)
6. Kunyit (kurang 1 sudu kecil)
7. Madu lebah (1 sudu besar)


Tepung dan air tu ikut nisbah yang sama . . Pastikan jangan terlebih air . . Air kurang sikit tak apa sebab ada telur . .

Bawang-bawang tu ditumbuk dengan ikan bilis tau . . Jangan lupa letak garam . . Yang lain macam biasa la . . Goreng , masak , siap , dan hidangkan . . Enak dimakan dengan sos cili pencicah . .

Ok lah . . Setakat ini sahaja post kali ni . . Ma'as salamah . . Wassalamualaikum . .

Tuesday 21 August 2012

RayA SAya

Anak Pak Mail anak dara sunti,
rupanya ayu sungguhlah sopan,
Ramadhan pergi Syawal mengganti,
Semoga disambut dengan kesyukuran .

Assalamualaikum . . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H MAAF ZAHIR & BATIN . . Macam mana dengan raya korang ? Mesti best kan? Pagi-pagi Malam raya lagi dah kecoh . .

Dah dah . . Saya nak cerita pasal raya saya hari pertama . . Sibuk je kacau cerita orang . . Tacing ke ? Lah, janganlah tacing . . Kita kenalah ikut tajuk . . Seperti tajuk di atas 'RAYA SAYA' , jadi saya nak cerita pasal raya saya lah . . Macam buat karangan , mesti ikut tajuk kan ? Lari tajuk boleh tolak markah . . Coretan saya ni pun tetap nak dapat markah yang terbaik jugak . . Hehehehe . . Eh eh , tengok . . Saya pulak dah lari tajuk . . Korang lah ni . .



Oklah , hari raya mesti ramai beli baju baru kan ? Saya pun tak terlepas jugak . . Pagi raya yang pertama , ingatkan nak bangun awal . . Tapi , malang tak berbau . . Saya terlepas sembahyang raya . . Tu tak lah penting sangat . . Saya pun terlepas sembahyang SUBUH . . Tak malu betul . . Sekolah arab tapi bangun pun lambat . . Nasib baik ALLAH MAHA MENGETAHUI . . Jadi saya Qada' lah sembahyang saya . .

Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].

Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].


Kalau tahu bangun lambat , saya berhenti mesej dengan MUHAMMAD KHAIRULMARZUQI bin KHAIRUDIN . . Main mesej sampai pagi . . Dah lah tak ada penamat . . Saya dah tidur dulu . . Padahal baru dua minit tunggu dia balas . . Tapi , tak boleh jugak salahkan dia . . Sorry ya wahai SAHABATKU . . Hah , dia pun ada blog . . Blog dia King_Zuqi97 . . Klik laa . . Follow sekali . .

Alhamdulillah . . Sembahyang raya cuma SUNNAT MUAKKAD . . Sunnat yang dituntut . . Alamak ! Lari tajuk lagi . . Korang punya pasal lah ni Tak apa , ilmu yang ada haruslah dikongsikan . . Baju raya saya yang warna coklat pun melepas untuk dipakai pada pagi itu . . Hari itu jugak , saya makan puas-puas . . Kenyang jangan cakap lah . . Baru makan sikit , kenyang sampai petang . . Tapi , tengah hari itu makan lagi walaupun masih kenyang . . Almaklum lah , sebulan atau lagi tepat , 29 hari tak makan tengah hari . . Balas dendam lah . . Hehehehehe. .

Petang itu pulak , singgah rumah nenek . . Ingatkan dekat rumah nenek cuma ada mak cik , suaminya dan anak-anaknya . . Tak sangka , diserbu oleh sedara sebelah atuk . . Ramainya . . Segan betul ! Padahal semua sepupu , tapi tak rapat serta buat-buat tak kenal . . Hehehehe . . Malam itu pulak baru rasmi pakai baju raya . . Saja nak berhias . . Sembahyang Isya' pulak sembahyang siap bersampin lagi . . Hahahahahaha . . Pak cik-pak cik sebelah mak pulak datang rumah . . Layan jela . . Dengar bahasa Sarawak lah pulak . . Nasib baik mak yang orang SARAWAK membolehkan saya sebagai anaknya faham bahasa ibundanya . .

Malam Makan punya pasal , satu hari banyak kali buat appointment dengan MR. TAN . . Kenyang yang amatlah . . Kejap makan ketupat , kejap makan biskut raya . . Sakit dah perut ni . . Tapi , masih jugak diseksa . . Hahahahaha . . Biasalah , hari pertama raya . .

Baiklah , cukuplah setakat ni . . Sekian , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Sunday 29 July 2012

Ramadhan, Kau Datang Lagi ! !

Orang taat orang yang setia,
Mendengar perintah menjauhi laranganNya,
Bulan puasa bulan yang mulia,
Bulan untuk umat manusia. .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . Alhamdulillah . . Bulan RAMADHAN tiba lagi . . Seronok rasanya bila tiba lagi bulan yang mulia ni . . "RAMADHAN KARIM" "ALLAHU AKRAM" . . Inilah yang selalu diucapkan pada bulan RAMADHAN NI . .

Kalau bulan puasa ini, orang selalu cakap "PUASA PENUH YE" , "TAK PUASA EA ?" , serta apa sahaja yang mesti ada ayat "PUASA" kt dalamnya. Rasanya, itulah yang sering diucapkan. Tak pun, orang akan berazam nak puasa penuh.


Maaf lah tapi, takkan lah dah mumayiz pun nak berniat  macam tu ? Pelik lah . Macam lah tak boleh tahan ? Kalau yang ada gastrik, sakit atau yang sewaktu dengannya tak apa lah . Bagi kaum HAWA pula, memang lah  mereka tak boleh puasa penuh sebulan, mereka kan ISTIMEWA (seperti kata-kata Kak Ros-Upin&Ipin) . ALLAH dah bagi cuti beberapa hari dalam sebulan . Tapi, wahai kaum HAWA , walaupun kamu semua tidak berpuasa , jangan bersedih . Jikalau kamu semua menyediakan makanan untuk orang yang berbuka , maka kamu semua juga dapat .

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Hah, kan seronok tu . Kaum ADAM pula , sepatutnya berniat untuk memenuhkan MASJID atau SURAU atau bersama keluarga sahaja menunaikan SOLAT TERAWIH berjemaah . Bagi sangat handal di padang , bagi yang sangat aktif bersosial , bagi yang sakan bershopping , bagi yang gagah di khalayak ramai , bagi yang berjaga di malam hari menonton bola , bagi yang kuat bekerja , dan segala yang sewaktu dengannya , bersolat terawih lah . Bukan 8 RAKAAT je , tapi 20 RAKAAT terus .
Memang lah pada zaman Nabi MUHAMMAD S.A.W , baginda buat sebanyak 8 rakaat sahaja , dan solat terawih ni sunat muakad je , tetapi ia hanya ada di bulan Ramadhan. 20 rakaat dibuat ketika zaman Khalifah Saidina Umar r.a . . 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: kamu hendaklah mengikut sunnah aku dan sunnah Khulafa’ Rashidin (Khalifah yang Empat), pegang kemas-kemas dengan taring-taring kamu.

Lagipun , bulan Ramadhan 30/29 hari je . Setahun pun sekali je . Dalam bulan ni kan ada satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam LAILATUL QADAR . Rasanya semua dah tahu kelebihan malam ni . So , tak payah cerita panjang berjela-jela . Cuma nak tanya , pada malam-malam awal terawih , memang ramai orang kat masjid/surau . Sejuk je mata memandang. Tapi bila dah dekat-dekat dengan raya atau malam-malam terakhir terawih , orang dah macam dah tak ada . Padahal semua tahu , malam terakhir itulah ada malam LAILATUL QADAR .

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Sudah terang lagi bersuluh kan ? So , it's up to you now . Sesungguhnya pintu SYURGA sentiasa terbuka seluas-luasnya di bulan Ramadhan manakala pintu NERAKA tertutup serapat-rapatnya . 

Mungkin ada yang kata saya ni berlagak atau cakap saja , bukan dia buat pun . Baiklah , sebelum itu kemaafan yang saya pinta . Saya juga manusia seperti anda semua dan tak lari dari melakukan kesilapan . Kini , saya sedar dan cuba untuk menjadi yang muslim yang terbaik . Tutup buku lama dan buka buku baru . Setakat ini sahaja coretan kali ini , kalau panjang lagi , mungkin boring pula membacanya .

Sekian , wassalamualaikum . .

Saturday 9 June 2012

PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA



13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya HARAM.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .

KETAQWAAN SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."


3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."


Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"
Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.
Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."
Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."
Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."
Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .

M A A F K A N K U ! ! !

Jangan mengalah ketika jatuh,
Bangun semula sambung berlari,

Tiada kemahuan mahu bergaduh,
Hanya kerana kekhilafan diri. .


Assalamualaikum . Sekali lagi pasal SAHABAT post saya kali ini . Cuma nak kata, kitorang gaduh . Tarikh Selasa 22 Mei 2012 .

Saya yang buatkan kitorang tak bertegur beberapa hari . Mungkin sebab kata2 saya terlebih cili api dan terlampau pedas . Saya sedar kesalahan saya . Tapi, kata2 saya berunsur teguran . Teguran mestilah diberi kepada mereka yang buat salah, kan ? Nak kata dia salah, dia belum sempat buat salah lagi . Kawan saya yang lagi seorang tak pula saya tegur sebab, andai saya cakap or tegur dia pun, dia pasti MANTOL balik . Tu yang “seronok” sangat dengan dia ni . Dan, saya pula yang melebih2 tegur kawan yang belum buat kesilapan tu . So, kesimpulan saya saya yang BERSALAH dalam hal ini . Sebelum tu, saya tak nak cakap kesalahan diorang apa sebab tak baik sebarkan aib orang .

Masa balik dari sekolah, saya cepat2 turun ke bawah dengan kawan yang lain tanpa salam dia . Berdendam juga saya ni . Tinggalkan dia tanpa sepatah kata . Saya telah berlaku kejam pada kawan yang telah dianggap SAHABAT SEJATI yang SEBATI . :-( .

Lepas balik sekolah, semua pelajar telah diwajibkan untuk sembahyang dahulu sebelum balik rumah . Masa balik tu, saya sorang2 sebab kawan2 saya tinggal di asrama . Saya ternampaklah kawan saya (saya labelkan dia sebagai Sol) ada dekat bilik guru . Saya cadang nak pergi kat situ . Tapi, dekat tangga saya dengar suara SAHABAT saya, saya terus tak jadi naik .

Masa ambil wuduk, dia ada . Tapi, saya malas nak lari . Yela, tengah ambil wuduk nak berhenti buat apa . Lepas sembahyang pula, saya cepat2 keluar dan pakai kasut . Saya tunggu Sol sebab kitorang berdua letak kasut di tempat yang sama dan sama2 pelajar luar . Saya tanyalah pada Sol , SAHABAT ada cakap apa2 tak . Sol kata, masa dia kat bilik guru, SAHABAT cari saya . Masa ambil wuduk pun, Sol kata SAHABAT perhatikan saya je .

Baru saya tahu, ada juga kawan yang ambil berat pasal saya. Huhu . Petang tu kitorang balik lambat sebab ada kelas Sains . Saya curi2 tengok SAHABAT (dia kat meja sebelah saya dan duduk agak dekat dengan saya - meja makmal sebesar meja guru) . Dia memang senyap sampai cikgu pun boleh perasan . Tekaan saya, pasal saya kot . Terlupa pula, masa lepas tegur, saya ada cakap 'tak nak kawan' pada dia dengan nada ngada2 + serius . Tapi, alasan yang dia bagi sebab dia puasa .

Seharian tu memang tak tegur lagi . Esok pun sama cuma dia dah boleh bising2 sikit . Time dia MENCARUT saya teringin nak tegur, tapi saya biarkan je dia . Tak ada mood untuk menegur . Hari berikutnya, masa balik sahaja berjumpa tapi dalam kelompok semasa tengah lepak2 dengan KAWAN lain . Dia datang dan cakap dia balik dulu dan menghulurkan tangan untuk salam . Saya sambut salam dia, tapi ego saya menghalang saya melihat dia . Saya salam dia sambil toleh kepada orang lain .

Hari berikutnya, iaitu Jumaat, saya masih mengelak dari berjumpa dengan dia. Sampailah masa kelas tambahan semasa cuti 2 minggu anjuran pihak sekolah, barulah saya berteguran dengan dia. Masih layakkah saya masih bergelar seorang teman dengan melayan dia begitu ? Saya rasa, memang dia lebih baik jika bersahabat dengan orang lain . Sebab, saya sendiri tidak merasa saya patut ada kawan sebaik dia . Sejujurnya, dia juga yang BUKA MATA HATI saya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH . Saya tertanya2, adakah saya masih layak menerima SAHABAT sedangkan diri saya masih dalam kehinaan . Mungkin saya patut menjauhkan diri saya dari dia sehingga saya betul2 bersedia .

Walau bagaimana pun, kitorang dah berbaik semula . Saya rasa setakat ini sahaja coretan post kali ini . Saya berharap, SAHABAT sudi memaafkan diri saya . AMIN AMIN AMIN YA RABBALAMIN . Sekian, syukran . Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Friday 8 June 2012

FAEDAH ZIKIR

Anak Pak Mail sedang bersukan,
Sebelum itu solat sunat dua rakaat,
Kali ini ingin mengongsikan,
Faedah-faedah zikir, semoga bermanfaat . .



"7 Faedah Zikir"


Mengingat ALLAH (baca: dzikir) merupakan pokok dari pada syukur. Manfaat yang besar dapat diperoleh dengan mengerjakan amalan ini. Namun, sayang sekali kebanyakan orang melupakan dan melalaikannya. Padahal, faedah dzikir itu banyak sekali, di antaranya adalah:

[1] Mendatangkan pertolongan Allah
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (QS. al-Baqarah: 152)


[2] Mendatangkan ampunan dan pahala yang besar
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allah, lelaki maupun perempuan, maka Allah sediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-
Ahzab: 35)


[3] Sebab hidupnya hati
RASULULLAH shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingat Rabbnya
(Allah) dengan orang yang tidak mengingat Rabbnya, seperti perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang sudah mati.” (HR. Bukhari)


[4] Mendatangkan ketentraman jiwa
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tentram.” (QS. ar-Ra’d: 28)


[5] Jauh dari perangkap setan
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Barangsiapa yang berpaling dari mengingat ar-Rahman maka akan Kami jadikan setan sebagai pendamping yang selalu menemaninya.” (QS. az-Zukhruf: 36)


[6] Jalan menuju keikhlasan
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang munafik itu berusaha mengelabui Allah, sedangkan Allah justru mengelabui mereka. Apabila mereka berdiri untuk sholat maka mereka berdiri dengan penuh kemalasan, mereka mencari-cari pujian manusia, dan mereka sama sekali tidak mengingat Allah kecuali sedikit.” (QS. an-Nisaa’: 142)


[7] Perlindungan Allah pada hari kiamat
RASULULLAH shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Allah pada hari kiamat… di antaranya adalah seorang lelaki yang mengingat Allah dalam keadaan sepi, kemudian meneteslah air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan yang perlu diingat bahwasanya dzikir yang benar adalah yang dilandasi keikhlasan niat dan dikerjakan dengan mengikuti Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allahul muwaffiq.

Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .

Friday 11 May 2012

SAHABAT VS KAWAN

Semakin ku ingin rapati SAHABAT,
semakin ku jauh darinya dek halangan melintasi . .
Ingin ku mengadu pada seseorang,
insan bernama SAHABAT . .

Tetapi, benteng bernama KAWAN telah menghalang . .
Adalah seharusnya aku mengadu pada Yang Maha Mendengar
kerana aku adalah makhluk ciptaan-Nya . .
Lebih baik aku menangis
tanpa SAHABAT di sisi
kerana ALLAH sentiasa ada bersamaku . .

Saat ada INSAN datang menghampiri,
lantas aku mengelap titisan air mata yang bermanik di mata . .

Menjarakkan hubungan bukan atas dasar kerelaanku . .

Mungkin bahkan sememangnya
ada HIKMAH atas setiap yang berlaku . .

Tapi demi KAWAN,
demi KAWAN yang mahu mendekati SAHABAT,
pengorbanan perlu dilakukan . .
Anggapanku, akulah yang perlu mengundurkan diri,
akulah yang wajar ditolak ke tepi . .

Kerana,
bukan setiap detik yang berlalu
aku sentiasa di samping SAHABAT . .
Sesungguhnya, aku sendiri mengaku,
aku bukanlah SAHABAT SEJATI mu . .

Thursday 3 May 2012

Pertandingan Perbahasan

Pergi bersiar di negeri Kedah,
Singgah dahulu ke Pekan,
Pertandingan bahas memang susah,
Walaupun payah pengalaman menyeronokkan.

 Assalamualaikum . . Mula minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update ceritera kat blog ni . . Antara sebabnya, malas. . Hehehe . . Sebab lain tak ada masa . . Dan juga sebab lupa . .

 Cukup setakat ini pengenalan . . Hehe . . Nak cerita pengalaman masa pertandingan perbahasan . . Banyak sungguh yang saya pelajari semasa masuk pertandingan ini . . Kakak2 yang saya tak kenal pun boleh jadi rapat . . Mula2 saya tak nak pun kenal dengan diorang, tapi sejak diorang mula MANTOL2 dengan saya, saya pun mula mantol balik laa . . Tak nak mengalah . . Hehe . . Saya masuk bahas ni semasa pertandingan peringkat sekolah . . Tapi, sebelum pertandingan tu, Cikgu Maisarah (Cikgu Mai) memang nak ambil saya sebagai PELAPIS sahaja . . Selepas mesyuarat(cikgu2), saya jumpa dengan Cikgu Mai dan dia suruh saya masuk peringkat sekolah sebab nak tengok macam mana saya berbahas. .

 Peringkat sekolah(wakil rumah sukan-merah), saya menjadi menteri ke-2, barisan kerajaan . . Berhadapan dengan pembangkang(rumah biru), dan pembangkang ke-2 ialah Kak Amira Nashihin(Kak Chi'in) . . Mula2 tengok muka dia memang TAKUT, SO SCARY . . Huhuhu . . Pembahas terbaik Maahad Lughatul Quran . . Tapi, kumpulan dia kalah . . Hehe . . Sebab pembangkang ke-3 tak bercakap apa2 . . Kumpulan saya dapat johan . . Kumpulan ke-2 rumah kuning . . Semasa saya berdiri untuk membidas, memang gagap . . Ramai mengejek saya . . STRES!! Sampai hari ini saya tersipu2 malu bila mengenangkannya . .

 Semasa nak ke peringkat negeri (wakil sekolah), 2 minggu (lebih kurang) baru kitorang berbincang pasal tajuk2 yang akan dibahaskan. . 3 tajuk kerajaan, 1 tajuk sama ada kerajaan atau pembangkang . . Memang tak sempat laa . . Tapi, belum dipilih menjadi wakil sekolah lagi, baru pemilihan . . Lagi 2 hari sebelum pertandingan sebenar tu, baru saya TERPILIH . . Takut jugak la tak terpilih, dalam masa yang sama harap jugak tak terpilih . . Hehe . . Pelik kan ? ? Apa pun, saya seorang je lelaki yang terpilih serta saya seorang je form 3 yang dipilih . . Bangga jugak laa . . Dalam masa yang sama, takut jugak laa . . Kenapa takut ? ? Yela, kan wakil sekolah, bukan wakil tingkatan . . Lawan pulak dengan sekolah yang diwakili oleh budak2 menengah atas (kecuali form 6), siapa tak gentar . . Huhu . . Nasib baik dah lepas . .

 Ok, saya bukan pergi dengan geng bahas je, tapi dengan wakil2 yang lain jugak (misalnya syarahan, nasyid, seni khat) . . Ramai jugak laa . . Pertandingan yang berkumpulan (kecuali nasyid) diadakan pada hari Jumaat . . Selebihnya, pada hari Sabtu . . Saya tak ada kawan la masa hari tu, cuma Solihen (wakil sekolah-forum) dan Isma (wakil sekolah - tamsiliah) . . Tapi Solihen balik awal sebab Ustaz Rashid (guru forum) nak jemput isteri dia dekat Negeri Sembilan . . Jadi diorang balik dulu . . Isma jumpa masa dah nak pergi sembahyang jumaat . . Apa pun, memang sepi lah tak ada kawan . . Sekolah tu kecil je, sebab tu banyak tempat (berpecah - jauh2 pulak tu) . .

 Tapi, lepas sembahyang jumaat, saya jumpa Cikgu Mai dan Saufi . . Nasib baik Saufi ada . . Kenapa Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi ? ? Sebab, masa hari jumaat tu, pensyarah Cikgu Mai datang . . Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi tapi dengan syarat kitorang menang saringan . . Saufi ikut sebab sepanjang latihan bahas (bukan datang semua laa) dia ada temankan saya . . Yela, saya seorang je hero bahas (bangga kejap) masa latihan . . Hehe . . Kalau ikutkan, ada lagi yang Cikgu Mai nak bawa, tapi keadaan tak mengizinkan . . Tak pe lah . . Ada Saufi okeylah . . Tak lah saya sunyi . .

 Bercerita pulak masa di medan perbahasan . . Saya selaku PERDANA MENTERI . . Huhu . . Bangga la jugak . . Tapi, ada jugak yang sampai ke hari ini mengejek saya . . Apapun, saya tak kisah sangat (walaupun hati geram) . . Masa lawan dengan SMALAT ( SMA Lughatul Arabiah, Tangkak), saya memang agak pening . . Sebab dalam perjalanan ke Sekolah Khairiah Segamat, saya mabuk(mabuk air-cond) . . Takut jugak . . Tapi, saya yakinkan diri saya . . Kami cuma disokong oleh Cikgu Mai dengan Mak Min . . Tak nafikan jugak kawan2 bagi sokongan. Tapi, berbanding kawan2 saya yang jugak jadi wakil sekolah, mereka dapat sokongan dari cikgu2 dan peserta lain, tapi kitorang?? Hanya hadapi bersama2 tanpa sokongan padu dari orang lain . .

Dipendekkan cerita, kami menang saringan tapi kalah peringkat 1 . . Kalah lawan dengan SMA Keluang, Johor . . Geram, sedih dan perasaan yang dirasai apabila kalah dirasai masa diumumkan 'usul ditolak' . . Kak Teha (menteri ke-3) nangis masa kitorang kalah . . Bagi dia, dia punca kekalahan kitorang . . Padahal, kami kalah 3-0 . . Maksudnya, kami bertiga sama2 kalah dengan lawan kami . . Yang payahnya, saya tak suka bergambar (tak ada kena mengena kan?) . . Sebab, lepas dah tamat lawan tu, ada lah cikgu suruh tangkap gambar beramai2 . . Saya memang tak suka bergambar . . Biarlah orang kata apa, itulah diri saya . .

Lepas kalah tu, kami bergerak ke Sekolah Agama Parit Jawa(tempat bahas bahasa arab diadakan) . . Diringkas cerita, bahas bahasa arab dapat masuk final . . Malahan, mendapat johan dalam pertandingan tu . . Jealous pun ada gak . . Nak diakhirkan cerita, kami balik malam . . Kesian Ustaz Mubin . . Dia pemandu tapi kami semua penumpang tidur . . Termasuk saya lah tu . . Sebelum balik, kami(perkataan yang lebih sedap) singgah ke kedai makan dahulu . . Sebelum terlupa, saya balik naik van sekolah bersama2 dengan peserta tamsiliah dan bahas bahasa arab (lelaki sahaja) . .

 Sampai sekolah, saya lepak dekat surau untuk cas bateri telefon saya yang dah lemah (jahat gak saya ni) untuk telefon abang saya atau mak saya (lupa pulak) . . Malam tu (hari tu sekali) memang tak boleh dilupakan . . Malam tu saya memang agak sedih lah . . Apa pun, saya akan cuba pada tahun hadapan . .

Tapi, rasanya, macam nak cuba yang lain . . Tengoklah tahun hadapan saya masuk apa . . Apa pun yang saya masuk, target saya dapat nombor tiga atau ke-atas . . Sekian, wassalamualaikum . .

Thursday 2 February 2012

KeLiRu + BuNTu - pErGI AtAu TeTAp

Untuk berjaya usaha perlu gigih,
Barulah berjaya ke puncak tertinggi,
Antara dua pilihan perlu dipilih,
sama ada kekal atau pergi...



Assalamualaikum... Pada waktu malam hari Ahad malam Isnin, saya mendapat satu lagi perkara yang agak menyakitkan hati saya... KEKAL atau PERGI.. Dua pilihan yang perlu saya pilih dah pertahankan...
PERGI ATAU TETAP TINGGAL


Pada malam itu, emak saya(ketika angin baik) ada bertanya sendiri.. Dia tanya ' kenapa orang perlu belajar? kenapa tak terus pandai je?'.. Saya secara spontan pun menjawab, ' Menuntut ilmu kan wajib'.. Mak saya terus senyap dan sambung berkhayal... Masa itu, saya sedang membuat kerja sekolah(kantoi suka buat kerja last minute).. Mak saya pula sedang mengajar adik saya membuat kerja sekolah..


Malam itu, ayah saya pergi ke surau.. Lambat juga dia balik dari surau.. Saya kurang ingat la apa yang berlaku, emak saya tiba2 marah ayah saya... Masa itu, emak saya (dalam mood marah) ada cakap pada saya (tapi taklah dia marah saya), dia kata 'Wan, pindah jela sekolah sini.. Belajar tinggi-tinggi buat ape,'.. potongan ayat yang menikam hati saya..


Saya mungkin perlu pindah ke sini, supaya tak membebankan siapa2 terutama ayah saya yang perlu berkorban tenaga dan masa untuk menghantar saya.. Ayah saya pernah tidur semasa menunggu saya dekat sekolah.. Saya tahu dia penat.. Mana mungkin tak penat, dia perlu menghantar perencah ke Muar, Tangkak dan Sungai Mati.. Kadang2 sampai Pagoh, kemudian terus berkejar untuk mengambil saya... Kan penat tu?? Yang seronoknya, saya dapati, ayah saya tak pernah mengeluh.. Walaupun penat, demi kepentingan keluarga, dia sanggup berpenat lelah..



Mungkin kawan saya akan mencadangkan saya tinggal di asrama andai saya beritahu kepada mereka.. Maaf berjuta2 maaf saya pohon.. Bukan kerana saya takut untuk tinggal di asrama.. Tapi, saya ada sebab tersendiri.. Sebabnya, mungkin ramai rasa ia hal yang kecil, tapi tidak bagi saya.. Hal yang kecil lah yang selalu kita abaikan padahal ia juga boleh merosakkan kita.. Sebabnya ialah andai kata saya tinggal di asrama sejak Form 1, saya pasti dan sangat yakin.. Perangai dan sikap saya sangat berbeza berbanding hari ini... Mungkin ada yang cakap saya lebih alim atau lebih pandai berdikari.. Saya tidak menolak perkara ini akan berlaku..



Tapi, melalui apa yang saya perhatikan dan lalui, saya mudah terpengaruh ketika tingkatan 1... Saya bersyukur saya tidak pergi ke orientasi dan berkenalan terlalu ramai batch form 1 masa itu.. Saya juga bersyukur kerana pada hari pertama persekolahan, saya mula2 berkenalan dengan Solihen, Farhan, Yusof, dan Hafizuddin.. Perangai mereka sangat saya senangi waktu itu.. Dan sebelum saya berkenalan dengan mereka, hati saya terdetik berkata, ' Wan tak suka sekolah ni.. Nak pindah!!!! '.. Tapi, bila saya dapat kawan, hati saya berkata, 'Wan tak nak pindah '.. Pada masa itu, saya sudah mengenal erti sahabat.. Andai saya baru berkenal dengan seseorang itu walaupun sekejap, saya berharap dia selalu berada di pandangan mata saya.. Sehingga kini, saya masih menghargai kawan saya.. Tapi hanya dalam diam.. Bagi saya, tidak perlu ditunjukkan, biar mereka sedar sendiri... 


Lagipun, saya kurang yakin apabila saya tinggal di asrama, perangai saya akan sentiasa positif.. Pasti saya akan menuturkan bahasa2 yang kesat.. Saya bukan mahu berlagak, tapi, apabila saya mendengar kata2 kesat, teringin saya pergi jauh dari tempat itu dan menutup telinga walaupun yang menuturkan itu adalah sahabat baik saya... Tapi, saya akan menegur kesalahan mereka..  Pernah dulu saya menuturkan kata2 kesat, kemudian saya berasa amat bersalah.. Dan ALHAMDULILLAH, saya dah tidak menggunakan perkataan itu..

Pada tahun ini, saya bakal menghadapi PMR, kebanyakkan mengatakan saya adalah harapan sekolah.. Andai perangai saya teruk, secara automatik, saya pasti keputusan saya merosot.. Mana mungkin tidak, saya pasti tidak mudah untuk memahami sesuatu subjek, dan kemudian akan mengabaikan tuntutan saya sebagai pelajar.. Jika saya baru mula mahu tinggal di asrama pada tahun ini, baik lupakan.. Saya tak mahu.. Ada alasan tapi saya tak mahu beritahu apakah ia.. Saya bukan ingin memburukkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, tapi kebanyakkan mereka mudah MENCARUT (mengatakan perkataan yang kesat), tidak kira senior atau junior, lelaki atau perempuan, mencarut telah menjadi rutin dalam perbualan mereka.. Maaf andai terasa... Tetapi itu adalah KENYATAAN.. Hanya sesetengah sahaja yang baik dan bagus akhlak mereka..
SEDIHNYA KALAU PERGI



Soalan dua pilihan tadi, jika saya memilih untuk TETAP di MAAHAD LUGHATUL QURAN, saya perlu mengetahui keputusan emak saya.. Jika saya memilih untuk PINDAH, saya mungkin akan meninggalkan sahabat-sahabat yang mengajar saya erti PERSAHABATAN.. Saya mungkin memilih untuk bersekolah di sekolah menengah kebangsaan biasa.. Tinggallah segala kenangan saya di sana, tinggallah ilmu agama yang saya telah pelajari selama 2 tahun di situ..

SELAMAT TINGGAL SAHABAT
Saya merasakan, jika keputusan pindah yang perlu saya pilih, saya akan pindah tapi tanpa pengetahuan kebanyakan orang.. Kerana, saya tahu, tiada siapa yang perasan kewujudan saya melainkan di bidang akademik sahaja.. Ketika di rumah, saya selalu teringatkan kawan2 saya di asrama, tapi saya tidak yakin mereka mengingati saya.. TAPI KEPUTUSAN BELUM DIPILIH... Andai sudah, barulah ayah saya akan menguruskan perpindahan saya. Saya akan pergi ke sekolah baru dahulu, barulah mengambil fail2 yang penting... Biarlah kejutan yang saya buat.. Dan saya rasa, mungkin saya patut pinggirkan diri saya daripada rakan2 saya.. Itu mungkin dapat membuat saya menyesuaikan diri andai mereka tiada di samping saya lagi.. MAAFLAH SAHABAT!!!

Sekian sahaja (walaupun agak panjang, maaf).. Wassalamualaikum...

Wednesday 25 January 2012

MEngAPa SAhaBAT??? - DiaRI hATi

sungguh sedih sahabat pergi,
hanya menangis di kala sepi,
diari hati tiada siapa mengerti,
hanya ALLAH yang memahami...

Assalamualaikum.. Tepat jam 12.20am (20 minit selepas 21 Jan 2012), pada tarikh 22 Jan 2012. Saya mengetahui ape yang membuat perasaan menjadi sangat gelisah.. Benar lah sangkaan saya.. Cume 1 mesej sahaja, hanya 1 ayat sahaja, cukup untuk membuat saya merasa sangat sebak mengetahuinya.. 

FRIENDSHIP NEVER ENDS
Perkre yg sangat saya takutkan berlaku dalam persahabatan bakal berlaku lagi... Cukuplah, saya merayu pada Tuhan Yang Maha Esa, jangan lah berulang lagi perpisahan dalam persahabatan ini.. Mengapa mereka perlu hadir dengan memberi ketenangan, ketulusan, keceriaan walaupun mereka akan pergi jauh dari pandangan mata ku yg terbatas.. Saya tak sanggup menghadapi perpisahan 2 jiwa lagi..

Cukuplah jika mereka tiada selalu di sisi ku, jika ku masih mampu menatap wajah mreka yang selalu memberi ketenangan, dan YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA MENDENGAR, dengarlah dan perkenanlah doa hambaMu yang kerdil lagi hina, hamba merayu, jangan lah ENGKAU pisahkan lagi insan-insan yang ku gelar TEMAN SEJATI, TEMAN SEHIDUP SEMATI... ان الله سميعا ..بصيرا..



Semua nak tahu tak sape yang saya maksudkan ni? Nama dia Muhammad KhairulMarzuqi.. Walaupun saya jarang bersembang atau SMS dengan dia, tapi, dialah yang berada di atas sekali dalam carta sahabat saya. Saya jarang bersembang dengan dia sebab dia selalu sibuk dan saya tak nak kacau dia... Saya tak nak SMS dia sebab takut ganggu dia.. Saya SMS dia bila ada hal penting sahaja, andai dia balas, saya akan tanya dia sibuk atau tak.. Saya kadang-kadang cemburu jugak sebab dia rajin sangat.. Bila SMS dia, mesti dia buat kerja sekolah atau buat nota sendiri.. Saya ni jenis yang pemalas sikit... Dan suka buat perkara lambat dan tangguh.. Hehehe...
TAK NAK LETAK GAMBAR KAWAN SAYA,
PERLU KEBENARAN MEREKA DULU.. HE3.




Nak tahu tak siapa kawan saya yang dah pindah dan buat saya sebak dengar berita perpindahan dia? Nama di pula Muhammad Nabil Fahmi... Asalnya, saya paling tak suka dia.. Sebab dia berlagak.. Bila dah lama2 kenal dia, baru saya kenal dia dengan lebih mendalam.. Dia bukanlah berlagak... Tapi, siapa2 yang duduk sebelah dia memang kena sabar, sebab dia suka bercerita. Tak kisah la kita sedang buat apa, bila dia nak bercerita, dia akan cerita juga.. Kita kena dengar je... 


Dua-dua orang ni sahabat saya yang TOP 5.. Rasanya, kita tetap kena kacau sahabat kita walau pada bila2 masa sahaja... Sebab, apabila jarang berhubung, maka hubungan itu semakin renggang.. Masa tahu Nabil pindah, saya cuma sebak je.. Segan nak nangis sebab dekat sekolah, dalam bilik guru... Tak kan nak nangis, malu lah... Tapi ada 1 malam tu, saya nangis sebab Nabil pindah.. Tak tahu kenapa baru saya rasa kehilangan dia.. Pelik kan saya ni...
SAYANGILAH SAHABAT ANDA!!!


Tak tahu lah kalau si Marzuqi ni pindah, apa yang saya akan buat tanpa dia.. Memang saya masih boleh berhubung, tapi saya nak bersua muka dengan dia.. Saya memang paling benci dengan PERPISAHAN.. Sebab pada usia saya yang sekarang ni, SAHABAT lah antara orang yang paling saya perlukan untuk bersama-sama mencapai kejayaan.. Kita tak boleh hidup tanpa insan yang bergelar teman kan? Oleh itu, bersama-sama lah kita sentiasa menjaga ukhuwah yang telah terbina.. 

Dan sebelum berakhir, lagu SAHABAT oleh AIZAT (lagu background blog ni) ni buat mereka yang telah pergi jauh dari saya... Dan video berikut adalah kenangan saya di 2 Syafiee bersama sahabat.. Carilah mana sahabat yang saya ceritakan di video tersebut..  Enjoy it.. Sekian sahaja ... Wassalamualaikum...

#sumber ayat diperolehi dari dalam hati saya..
SAHABAT SEJATI
UMPAMA POHON RENDANG
YANG DAPAT MENJADI
TEMPAT UNTUK BERTEDUH



PAUSE DULU LAGU BACKGROUND BLOG NI (KAT ATAS),
KALAU NAK MENGHAYATI VIDEO INI..