Monday 7 November 2011

hARI raYa AIDiL ADhA

Pergi ke masjid menaiki kereta,
Kereta dimiliki anak Pak Man,
Sudah tiba aidil adha,
Dirai dengan penuh keinsafan..


Assalmualaikum... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-2 raya haji... Semalam saya tak sempat nak post, buka laptop pun tak dapat... Hari ini, saya dapat buka la...

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha atau lebih selalu dipanggil Hari Raya Korban adalah hari raya ke-2 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Ianya berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)... 

Terdapat satu peristiwa pada hari ini, di mana pada zaman Nabi ALLAH, Ibrahim a.s telah mendapat satu mimpi pada satu malam... Mimpi itu berkenaan supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s... Apabila terjaga dari tidur, Nabi Ibrahin memberitahu isterinya, Siti Hajar apa yang dimimpikan... Isterinya mengatakan mimpi itu mainan tidur, tapi jika ia adalah wahyu, maka wajiblah baginya untuk melaksanakannya...

Pada keesokkan harinya, baginda memberitahu hal tersebut pada anaknya.. Nabi Ismail menyokong dan meminta ayahnya melaksanakan perintah tersebut... Pada hari yang ditunggu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail pergi ke suatu tempat... Berita Nabi Ibrahim mahu menyembelih anaknya telah samapi ke pengetahuan kaumnya... Kaumnya mengatakan bahawa baginda gila kerana sanggup menyembelih anaknya sendiri...

Nabi Ismail telah bersedia untuk disembelih... Baginda berkata “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Begitulah hebatnya cinta Nabi-Nya kepada YANG MAHA KUASA... Cinta yang melebihi segalanya yang ada di dunia ini... Mengalahkan cinta manusia, kerana cinta manusia boleh terpadam, tapi cinta pada ALLAH, adalah cinta yang hakiki...

jika sendiri janganlah merasa sepi,,ada ALLAH yg mengawasi..
jika sedih jngan pendam dalam hati,,ada ALLAH TEMPAT berbagi..
jika susah jangan menjadi pilu,,ada ALLAH tempat mengadu..
jika gagal jangan putus asa,,ada ALLAH tempat meminta..
jika bahagia jangan menjadi lupa,,ada ALLAH tempat memuja ..
ingatlah ALLAH selalu,,nescaya ALLAH akan mengingatimu...

No comments:

Post a Comment