Tuesday, 21 August 2012

RayA SAya

Anak Pak Mail anak dara sunti,
rupanya ayu sungguhlah sopan,
Ramadhan pergi Syawal mengganti,
Semoga disambut dengan kesyukuran .

Assalamualaikum . . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H MAAF ZAHIR & BATIN . . Macam mana dengan raya korang ? Mesti best kan? Pagi-pagi Malam raya lagi dah kecoh . .

Dah dah . . Saya nak cerita pasal raya saya hari pertama . . Sibuk je kacau cerita orang . . Tacing ke ? Lah, janganlah tacing . . Kita kenalah ikut tajuk . . Seperti tajuk di atas 'RAYA SAYA' , jadi saya nak cerita pasal raya saya lah . . Macam buat karangan , mesti ikut tajuk kan ? Lari tajuk boleh tolak markah . . Coretan saya ni pun tetap nak dapat markah yang terbaik jugak . . Hehehehe . . Eh eh , tengok . . Saya pulak dah lari tajuk . . Korang lah ni . .



Oklah , hari raya mesti ramai beli baju baru kan ? Saya pun tak terlepas jugak . . Pagi raya yang pertama , ingatkan nak bangun awal . . Tapi , malang tak berbau . . Saya terlepas sembahyang raya . . Tu tak lah penting sangat . . Saya pun terlepas sembahyang SUBUH . . Tak malu betul . . Sekolah arab tapi bangun pun lambat . . Nasib baik ALLAH MAHA MENGETAHUI . . Jadi saya Qada' lah sembahyang saya . .

Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].

Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].


Kalau tahu bangun lambat , saya berhenti mesej dengan MUHAMMAD KHAIRULMARZUQI bin KHAIRUDIN . . Main mesej sampai pagi . . Dah lah tak ada penamat . . Saya dah tidur dulu . . Padahal baru dua minit tunggu dia balas . . Tapi , tak boleh jugak salahkan dia . . Sorry ya wahai SAHABATKU . . Hah , dia pun ada blog . . Blog dia King_Zuqi97 . . Klik laa . . Follow sekali . .

Alhamdulillah . . Sembahyang raya cuma SUNNAT MUAKKAD . . Sunnat yang dituntut . . Alamak ! Lari tajuk lagi . . Korang punya pasal lah ni Tak apa , ilmu yang ada haruslah dikongsikan . . Baju raya saya yang warna coklat pun melepas untuk dipakai pada pagi itu . . Hari itu jugak , saya makan puas-puas . . Kenyang jangan cakap lah . . Baru makan sikit , kenyang sampai petang . . Tapi , tengah hari itu makan lagi walaupun masih kenyang . . Almaklum lah , sebulan atau lagi tepat , 29 hari tak makan tengah hari . . Balas dendam lah . . Hehehehehe. .

Petang itu pulak , singgah rumah nenek . . Ingatkan dekat rumah nenek cuma ada mak cik , suaminya dan anak-anaknya . . Tak sangka , diserbu oleh sedara sebelah atuk . . Ramainya . . Segan betul ! Padahal semua sepupu , tapi tak rapat serta buat-buat tak kenal . . Hehehehe . . Malam itu pulak baru rasmi pakai baju raya . . Saja nak berhias . . Sembahyang Isya' pulak sembahyang siap bersampin lagi . . Hahahahahaha . . Pak cik-pak cik sebelah mak pulak datang rumah . . Layan jela . . Dengar bahasa Sarawak lah pulak . . Nasib baik mak yang orang SARAWAK membolehkan saya sebagai anaknya faham bahasa ibundanya . .

Malam Makan punya pasal , satu hari banyak kali buat appointment dengan MR. TAN . . Kenyang yang amatlah . . Kejap makan ketupat , kejap makan biskut raya . . Sakit dah perut ni . . Tapi , masih jugak diseksa . . Hahahahaha . . Biasalah , hari pertama raya . .

Baiklah , cukuplah setakat ni . . Sekian , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Sunday, 29 July 2012

Ramadhan, Kau Datang Lagi ! !

Orang taat orang yang setia,
Mendengar perintah menjauhi laranganNya,
Bulan puasa bulan yang mulia,
Bulan untuk umat manusia. .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . Alhamdulillah . . Bulan RAMADHAN tiba lagi . . Seronok rasanya bila tiba lagi bulan yang mulia ni . . "RAMADHAN KARIM" "ALLAHU AKRAM" . . Inilah yang selalu diucapkan pada bulan RAMADHAN NI . .

Kalau bulan puasa ini, orang selalu cakap "PUASA PENUH YE" , "TAK PUASA EA ?" , serta apa sahaja yang mesti ada ayat "PUASA" kt dalamnya. Rasanya, itulah yang sering diucapkan. Tak pun, orang akan berazam nak puasa penuh.


Maaf lah tapi, takkan lah dah mumayiz pun nak berniat  macam tu ? Pelik lah . Macam lah tak boleh tahan ? Kalau yang ada gastrik, sakit atau yang sewaktu dengannya tak apa lah . Bagi kaum HAWA pula, memang lah  mereka tak boleh puasa penuh sebulan, mereka kan ISTIMEWA (seperti kata-kata Kak Ros-Upin&Ipin) . ALLAH dah bagi cuti beberapa hari dalam sebulan . Tapi, wahai kaum HAWA , walaupun kamu semua tidak berpuasa , jangan bersedih . Jikalau kamu semua menyediakan makanan untuk orang yang berbuka , maka kamu semua juga dapat .

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Hah, kan seronok tu . Kaum ADAM pula , sepatutnya berniat untuk memenuhkan MASJID atau SURAU atau bersama keluarga sahaja menunaikan SOLAT TERAWIH berjemaah . Bagi sangat handal di padang , bagi yang sangat aktif bersosial , bagi yang sakan bershopping , bagi yang gagah di khalayak ramai , bagi yang berjaga di malam hari menonton bola , bagi yang kuat bekerja , dan segala yang sewaktu dengannya , bersolat terawih lah . Bukan 8 RAKAAT je , tapi 20 RAKAAT terus .
Memang lah pada zaman Nabi MUHAMMAD S.A.W , baginda buat sebanyak 8 rakaat sahaja , dan solat terawih ni sunat muakad je , tetapi ia hanya ada di bulan Ramadhan. 20 rakaat dibuat ketika zaman Khalifah Saidina Umar r.a . . 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: kamu hendaklah mengikut sunnah aku dan sunnah Khulafa’ Rashidin (Khalifah yang Empat), pegang kemas-kemas dengan taring-taring kamu.

Lagipun , bulan Ramadhan 30/29 hari je . Setahun pun sekali je . Dalam bulan ni kan ada satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam LAILATUL QADAR . Rasanya semua dah tahu kelebihan malam ni . So , tak payah cerita panjang berjela-jela . Cuma nak tanya , pada malam-malam awal terawih , memang ramai orang kat masjid/surau . Sejuk je mata memandang. Tapi bila dah dekat-dekat dengan raya atau malam-malam terakhir terawih , orang dah macam dah tak ada . Padahal semua tahu , malam terakhir itulah ada malam LAILATUL QADAR .

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Sudah terang lagi bersuluh kan ? So , it's up to you now . Sesungguhnya pintu SYURGA sentiasa terbuka seluas-luasnya di bulan Ramadhan manakala pintu NERAKA tertutup serapat-rapatnya . 

Mungkin ada yang kata saya ni berlagak atau cakap saja , bukan dia buat pun . Baiklah , sebelum itu kemaafan yang saya pinta . Saya juga manusia seperti anda semua dan tak lari dari melakukan kesilapan . Kini , saya sedar dan cuba untuk menjadi yang muslim yang terbaik . Tutup buku lama dan buka buku baru . Setakat ini sahaja coretan kali ini , kalau panjang lagi , mungkin boring pula membacanya .

Sekian , wassalamualaikum . .

Saturday, 9 June 2012

PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA



13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya HARAM.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka ALLAH akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan ALLAH.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .

KETAQWAAN SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ

1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."


3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."


Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"
Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.
Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."
Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."
Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."
Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .