Sunday 29 July 2012

Ramadhan, Kau Datang Lagi ! !

Orang taat orang yang setia,
Mendengar perintah menjauhi laranganNya,
Bulan puasa bulan yang mulia,
Bulan untuk umat manusia. .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . Alhamdulillah . . Bulan RAMADHAN tiba lagi . . Seronok rasanya bila tiba lagi bulan yang mulia ni . . "RAMADHAN KARIM" "ALLAHU AKRAM" . . Inilah yang selalu diucapkan pada bulan RAMADHAN NI . .

Kalau bulan puasa ini, orang selalu cakap "PUASA PENUH YE" , "TAK PUASA EA ?" , serta apa sahaja yang mesti ada ayat "PUASA" kt dalamnya. Rasanya, itulah yang sering diucapkan. Tak pun, orang akan berazam nak puasa penuh.


Maaf lah tapi, takkan lah dah mumayiz pun nak berniat  macam tu ? Pelik lah . Macam lah tak boleh tahan ? Kalau yang ada gastrik, sakit atau yang sewaktu dengannya tak apa lah . Bagi kaum HAWA pula, memang lah  mereka tak boleh puasa penuh sebulan, mereka kan ISTIMEWA (seperti kata-kata Kak Ros-Upin&Ipin) . ALLAH dah bagi cuti beberapa hari dalam sebulan . Tapi, wahai kaum HAWA , walaupun kamu semua tidak berpuasa , jangan bersedih . Jikalau kamu semua menyediakan makanan untuk orang yang berbuka , maka kamu semua juga dapat .

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Hah, kan seronok tu . Kaum ADAM pula , sepatutnya berniat untuk memenuhkan MASJID atau SURAU atau bersama keluarga sahaja menunaikan SOLAT TERAWIH berjemaah . Bagi sangat handal di padang , bagi yang sangat aktif bersosial , bagi yang sakan bershopping , bagi yang gagah di khalayak ramai , bagi yang berjaga di malam hari menonton bola , bagi yang kuat bekerja , dan segala yang sewaktu dengannya , bersolat terawih lah . Bukan 8 RAKAAT je , tapi 20 RAKAAT terus .
Memang lah pada zaman Nabi MUHAMMAD S.A.W , baginda buat sebanyak 8 rakaat sahaja , dan solat terawih ni sunat muakad je , tetapi ia hanya ada di bulan Ramadhan. 20 rakaat dibuat ketika zaman Khalifah Saidina Umar r.a . . 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: kamu hendaklah mengikut sunnah aku dan sunnah Khulafa’ Rashidin (Khalifah yang Empat), pegang kemas-kemas dengan taring-taring kamu.

Lagipun , bulan Ramadhan 30/29 hari je . Setahun pun sekali je . Dalam bulan ni kan ada satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam LAILATUL QADAR . Rasanya semua dah tahu kelebihan malam ni . So , tak payah cerita panjang berjela-jela . Cuma nak tanya , pada malam-malam awal terawih , memang ramai orang kat masjid/surau . Sejuk je mata memandang. Tapi bila dah dekat-dekat dengan raya atau malam-malam terakhir terawih , orang dah macam dah tak ada . Padahal semua tahu , malam terakhir itulah ada malam LAILATUL QADAR .

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Sudah terang lagi bersuluh kan ? So , it's up to you now . Sesungguhnya pintu SYURGA sentiasa terbuka seluas-luasnya di bulan Ramadhan manakala pintu NERAKA tertutup serapat-rapatnya . 

Mungkin ada yang kata saya ni berlagak atau cakap saja , bukan dia buat pun . Baiklah , sebelum itu kemaafan yang saya pinta . Saya juga manusia seperti anda semua dan tak lari dari melakukan kesilapan . Kini , saya sedar dan cuba untuk menjadi yang muslim yang terbaik . Tutup buku lama dan buka buku baru . Setakat ini sahaja coretan kali ini , kalau panjang lagi , mungkin boring pula membacanya .

Sekian , wassalamualaikum . .

No comments:

Post a Comment