Wednesday 17 February 2016

Pengenalan STAM

Bismillah,

Assalamualaikum semua pembaca sekalian! Kaifa haluka? Ana bilkhair, alhamdulillah wa syukur lillah :)

Baiklah, untuk post kali ini, saya akan cerita sedikit berkenaan STAM. Anda pernah dengar? Saya yakin kebanyakkan pelajar, ibu bapa malah tidak tahu berkenaan STAM ini. Saya akan kupas sedikit.

Apa itu STAM?

STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya!

STAM boleh diambil selepas SPM dan mengambil masa hanya 10 bulan sahaja. Namun, terdapat beberapa syarat untuk mengambil STAM, antaranya:


  • Mengambil Sijil Menengah Agama (Johor) atau Sijil Menengah Ugama (Tak pasti negeri mana, Hehe), dan/atau
  • Mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi ketika menduduki peperiksaan SPM, dan/atau
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM, dan/atau
  • Melepasi Imtihan Qabul - Peperiksaan Kelayakan
Jika anda nak tahu, ada sesetengah sekolah seperti Maahad Johor, hanya menerima pelajar yang mempunyai sijil SMA. Sejak tahun 2015, sekolah tersebut hanya menerima minimum pangkat Jayyid (Baik) untuk diterima masuk ke situ.

Ada jugak sekolah yang menerima pelajar yang hanya mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Itu semua bergantung pada sekolah tersebut. Ehem, tu laa sekolah saya - Maahad Lughatul Quran.

Bilangan subjek pun ada 10 sahaja. Kami panggil 'madah':

  • S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
  • S102 – Fiqh
  • S103 – Tauhid dan Mantiq 
  • S104 – Tafsir dan Ulumuhu
  • S105 – Hadith dan Mustolah
  • S106 – Nahu dan Sarf
  • S107 – Insya’ dan Mutalaah
  • S108 – Adab  dan Nusus
  • S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
  • S110 – Balaghah 
Inilah subjek yang anda akan ambil. Saya paling suka subjek FiQh, Nahu dan Sarf, serta Arudh dan Qafiyah. Best giler. Mungkin guru yang mengajar kot. Huhuhu.

TAPI!

Jika anda sekadar ambil untuk sambil lewa, mohon terus pada bidang yang lain. STAM bukan bidang yang anda jadikan pilihan terakhir selepas anda gagal di tempat lain. STAM ini lebih mencabar! Serius, tak tipu. Andai anda bersungguh, celah gigi je lulus.

Tapi, untuk lulus satu je syaratnya. LULUS SEMUA SUBJEK. Mudah kan> :P

Sekian, itu sahaja dahulu. InsyaALLAH, next saya akan share lagi pasal STAM.

Wassalamualaikum.

No comments:

Post a Comment