Thursday 21 November 2013

Tekanan a.k.a Stress

بسم الله الرحمن الرحيم

Berjalan-jalan menuju ke pekan,
Hendak membeli udang galah,
Fakta ini mengenai tekanan,
Dipetik dari Dato’ Fadzilah Kamsah.

Assaalamualaikum. Alhamdulillah, kita dah mula cuti sekolah. Yeah! Ana pun suka cuti sekolah tapi tahap kebosanan pun tinggi. Tak ada aktiviti yang ana nak buat. Sekarang ni, ana tolong ayah ana dekat kilang ayah ana. Kadang-kadang laa. Ikutkan, ana nak amik lessen. Tapi, tak tahu bila.

Ok lah, ni ana nak kongsi pasal stress a.k.a tekanan. Ana dapat dari laman sosial facebook. Tekanan ni banyak jenis. Bergantung pada seseorang individu. Mungkin ada yang stress pasal kerja, atau gaji, atau belajar, dan sebagainya. Semoga kita dapat hadapi stress!


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamu'alaikum sahabat tersayang. Semua orang yang normal pasti mengalami stress. Cuma orang yang GILA saja yang tak rasa stress.

Antara PUNCA stress:
1. cuai tentang ibadah,
2.hati yang kotor,
3.tak sabar,
4.terlalu cerewet,
5.perisau,
6.nak jaga hati orang,
7. terlalu perfectionist,
8. kabur & tak pasti apa nak buat,
9. tiada coping skills,
10. kesihatan terganggu, etc

Antara cara nak KAWAL stress:
1Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain,
5.Bersedekah,
6.Ingat akan mati,
7.Tidur yang cukup,
8.Bangun tidur secara konsisten,
9.Bertenang sebelum tidur,
10.Elak risau sebelum tidur,
11.Kawal alat elektronik,
12.Tilam yang sesuai,
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor),
14.Mulakan hari dengan senyum & doa,
15.Peluk bayi,
16. Kegiatan riadah atau bersukan,
17. Mengawal diet,
18.Membelai org tersayang selalu,
19.Jadi orang baru,
20.Senyum selalu,
21.Urut mengurut,
22.Mandi air suam,
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/kaunselor,
24.Tengok ikan dalam akuarium,
25.Menangis,
26.Tukar skrip, bisikan kendiri,
27.Lebih tegas (asertif),
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri,
29.Penafasan yang sempurna,
30.Bercerita dan mendengar cerita,
31.Bercuti/ berehat/ bersantai,
32.Menjerit di tempat yang 'private‘,
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi,
34. Muhasabah diri,
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang,
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya,
37.Beruzlah (berkhalwat-mengasingkan diri),
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang,
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan,
40.Sentiasa redha dan bersyukur,
41. Minta bantuan pakar/ulama,
42. Menonton/ membaca kartun,
43.Perbaiki komunikasi,
44.Berterusan berdoa,
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama,
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes),
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari,
48.Letak gambar belakang pintu,
49. Gambar dalam dompet/beg tangan,
50.Gambar atas meja,
51.Momento kenangan manis,
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung),
53.Lihat bunga atau pokok hijau,
54.Berkebun/bertanam sayur,
55. Bermain dengan haiwan kesayangan,
56.Cari kumpulan sokongan yang positif,
57.Terapi Aroma,
58. terapi Warna, dan banyak lagi.

Moga ALLAH rahmati & rawat stress kita. Aameen, wassalam.


Semoga perkongsian ana kali ini bermanfaat dan menjadi amalan jariah ana di akhirat nanti terutamanya kepada Dato’ Fadzilah Kamsah dan seluruh umat manusia. Wassalamualaikum.

No comments:

Post a Comment