Friday 8 November 2013

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 - Hari Asyura



 بسم الله الرحمن الرحيم

Ke tepi pantai mahu berkelah,
Menaiki beca sudahlah berkarat,
Selamat menyambut maal Hijrah
Kepada semua muslimin dan muslimat.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, ana dapat bukak blog ana ni setelah sekian lama. Alhamdulillah, ana baru saja tamat peperiksaan Sijil Menengah Agama ( SMA ) dan peperiksaan akhir tahun. Apa-apa pun, seribu kemaafan ana pohon kepada semua pembaca.

Hari ini, ana nak kongsikan tentang kelebihan Hari Asyura. Sebelum tu, selamat menyambut maal Hijrah 1435. Agak lambat ana ucapkan. Tak apa, asalkan point yang ana nak cakapkan ni belum terlambat lagi.

Hari Asyura

1. Kelebihan :

Amalan yang lebih utama adalah berpuasa. Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” 

(HR. Muslim dan at-Tirmidzi)

-Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yang utama selepas puasa bulan Ramadhan :
Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)

-Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari-hari biasa atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaALLAH, ALLAH akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :

Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” 

(HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)

2. Kaedah puasa.
Rukunnya adalah niat dan menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar (masuk waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu Maghrib).

Niatnya adalah lintasan hati yg mengatakan bahawa kita berpuasa sunat kerana Allah Taala. Waktu berniat adalah sebelum masuk waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Zohor. Jadi, kalau belum makan (selepas Subuh) atau belum jimak dsb (pendek kata, belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa), maka boleh berniat sekalipun pada pukul 10 pagi dan meneruskan puasa sampai masuk waktu Maghrib.

3. Berapa hari puasa sunat ini?

Sebenarnya puasanya adalah sehari saja, iaitu pada 10 Muharram. Tetapi Nabi s.a.w. memerintahkan supaya kita sentiasa membezakan amalan Yahudi yang mengagungkan 10 Muharram itu :

Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)

Tetapi, kalau puasa hari Asyura (pada 10 Muharram) saja pun takde masalah, dan bukanlah makruh, tetapi sebaiknya puasa itu diperbanyakkan.. boleh melakukan sehari sebelumnya ( 9 Muharram, dipanggil hari Tasu’a) dan sehari pada 10 Muharram.. Atau kalau tak larat, boleh mulakan puasa pada 10 Muharram dan tambah sehari lagi puasa pada 11 Muharram. Kalau nak buat 3 hari (9 – 11 Muharram), itu pun boleh juga.. Malah puasa 3 hari berturut ini diamalkan oleh Imam as-Syafie.

Jadi, marilah kita sama-sama melakukan puasa sunat ini dan menambahkan belanja kepada ahli keluarga supaya dapat memberikan kegembiraan kepada ahli keluarga. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.. insyaALLAH, amin.

Sumber:Ustaz Love

Sekian sahaja pengongsian kali ini. 13 - 15 November 2013 ( Rabu hingga Jumaat ) adalah 9 - 11 Muharram .Semoga kita dapat menunaikan ibadah fardhu dengan lengkap dan ditambah dengan ibadah-ibadah sunat . Amin ! Wassalamualaikum.

No comments:

Post a Comment