Seorang pelakon banyak berlatih ,
Penat berlatih peluh menitik ,
Karangan saya telah dipilih ,
Sebagai karangan yang terbaik .
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . Saya nak kongsi jugak karangan ni . . Cikgu Maisarah selaku guru mata pelajaran bahasa Melayu memilih karangan ini (blog cikgu Maisarah) . Nak kata yang terbaik , dalam kelas je kot . . Tapi , ALHAMDULILLAH . . Markah 27/30 . . Tapi , bila saya taip balik karangan ni , saya perasan ada kesilapan yang mungkin cikgu tak perasan . . Pandai pandai lah betulkan nanti . .
Maklumat di bawah menunjukkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan .
Mutakhir ini , sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia dalam aspek kemajuan sains dan teknologi ini . Adaptasi ini menyebabkan masyarakat semakin alpa dengan hasil pertanian negara sendiri kerana lebih mempercayai khasiat buah-buahan yang diimport berbanding buah-buahan tempatan . Bukti yang sahih dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan jumlah pengambilan buah-buahan dalam kalangan penduduk Malaysia hanyalah sebanyak 60 kilogram per kapita berbanding 130 per kapita di negara maju yang lain . Persoalannya , apakah usaha-usaha yang efektif dan drastik yang harus dijalankan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ?
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas , antara usaha yang dilakukan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ialah dengan meyakinkan masyarakat akan khasiat buah-buahan tempatan . Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh saintis Malaysia sendiri , buah-buahan tempatan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan serat . Bagi menunjukkan kesahihan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah buah durian mempunyai fiber yang tinggi , vitamin C , dan vitamin A . Walaupun ramai yang mengatakan buah durian bersifat panas , Allah juga menciptakan buah manggis pada musim yang sama yang bersifat sejuk . “ Sesungguhnya , Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ” , petikan makna surah Faatir , ayat 38 . Dengan berbuat demikian , sudah terang lagi bersuluh , pastinya ramai rakyat Malaysia akan lebih banyak makan buah-buahan tempatan .
Selanjutnya , usaha yang perlu dilakukan ialah menjalankan kempen secara berterusan . Kempen yang dilakukan ini boleh memberikan impak positif dan seterusnya semakin ramai rakyat Malaysia khususnya generasi dotkom ini . Dalam konteks ini , sebagaimana yang kita sedia maklum , Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia atau nama komersialnya , FAMA telah memperkenalkan kempen “ Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan ” . Kempen ini diperkenalkan ke sekolah amat bertepatan sekali kerana ia sejajar dengan hasrat FAMA bagi menggalakkan golongan muda gemar makan buah-buahan tempatan termasuk buah-buahan bermusim . Inisiatif kerajaan ini , iaitu melakukan kempen secara berterusan mestilah disokong oleh masyarakat konvesional agar usaha bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan dapat direalisasikan .
Selain itu ,
bagi mencenderungkan masyarakat makan buah-buahan tempatan , buah-buahan tersebut perlulah disajikan bersama dengan menu harian . Bagi memperoleh tubuh badan yang sihat , seseorang itu perlu mengambil sekurang-kurangnya 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran . Negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan tropika . Sebagaimana yang kita sedia maklum , pakar pemakanan sangat menggalakkan kita supaya mengambil buah-buahan dalam diet harian terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah obesiti . Malar-malar , buahan mempunyai rendah kalori dan lemak serta tidak mengandungi kolestrol . Ia juga membekalkan vitamin , mineral , serat dan antioksida untuk meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit seperti sembelit , melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser . Disebabkan keistimewaan inilah , masyarakat sewajarnya makan buah-buahan tempatan yang penuh dengan 1001 manfaat ini .
Di samping itu , usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menghidangkan makanan dalam pelbagai bentuk . Gaya hidup yang serba kekurangan dahulu telah membuatkan kita menjadi kreatif . Fenomena ini persis kata orang tua-tua , pengalaman adalah sebaik-baik guru . Sebagai analoginya , terdapat masakan orang Melayu yang mengaandungi buah seperti nangka masak lemak , gulai tempoyak cili api , rojak , dan sebagainya . Dari penjuru kiri dunua iaitu barat , mereka juga telah memperkenalkan makanan seperti koktel buah , pencuci mulut dan sebagainya . Penggemar ikan juga telah memperkenalkan masakan ikan tiga rasa di mana kuahnya tidak sedap tanpa buah nenas yang masam dan membantu dalam mengurangkan kadar tekanan darah . Rakyat Malaysia sepatutnya meluaskan horizon pemikiran agar semakin banyak makan yang lebih berkhasiat dan pelbagai bentuk dari buah-buahan . Tegasnya di sini , masyarakat perlu makan buah-buahan tempatan yang ternyata boleh dihidangkan dalam pelbagai bentuk yang kita minati .
Sebagai penghias bicara akhir , dapatlah kita simpulkan di sini bahawa semua pihak memainkan peranan yang sama untuk merealisasikan inisiatif kerajaan ini . Ini akan membantu merangsang ekonomi negara dalam menjana pertumbuhan negara . Semua pihak yang terbabit harus bekerjasama “bagai aur dan tebing” untuk menangani perkara ini bak peribahasa Melayu , berat sama dipikul , ringan sama dijinjing . Diharapkan usaha-usaha yang dilakukan ini menyedarkan rakyat Malaysia supaya sentiasa menyokong kerajaan dengan membeli barang buatan dan hasil tempatan .
Sekian sahaja untuk kali ini . . Wassalamualaikum . .
Thanks. Contoh banyak untuk rujukan (:
ReplyDeleteAfwan kasiran . . Harap Bermanfaat . .
Deletemmg power karangan ni...harap boleh pertingkatkan lagi dengan meningkatkan vocabularies kay? ;)
ReplyDeleteSyukran . . InsyaALLAH ana akan sentiasa tambah bunga-bunga penulisan dalam menulis karangan akan datang . .
Deletemohon copy~
ReplyDeletesilakan . . Ilmu memang utk dikongsi . .
DeleteWow !! :D
ReplyDeleteBanyak betul contoh untuk rujukan !!
Confirm dapat A+ dalam Exam nanti :D
Wah, makin excited pulak bila ramai yang bagi sokongan :D ! !
ReplyDeleteInsyaALLAH , bersama-sama dapatkan A+ subjek BM ni . .
AMIN :) ! !
thank you you :)
ReplyDeletemost welcome :)
Deletethnks for share this essay . so nice n gorgeous .. keep it up . xie xie
ReplyDeleteMost welcome my dearest miss mimpi... Thank you too :)
DeleteThanks.. sangat bermanfaat..
ReplyDeleteWelcome ... Syukran jgak :)
Deletethanks so much
ReplyDeletethanks so much
ReplyDeletetodkdeh ayat mu
ReplyDeleteContoh karangan yang sgt membantu
ReplyDelete