Di dalam raga ada ikan ,
Mahu mengongsikan satu cerita ,
Yang menarik untuk dikongsikan .
Assalamualaikum . . Tak nak mukadimah yang panjang . . Baca saja . .
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak
suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya
menyibuk.. Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat
bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba
buat lawak. Kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila
ada orang gelak bila dengar lawak saya. Terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. Tapi saya tak
kisah.. Asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap
merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik
kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm, sms awek sampai
pagi.. Ada yang call awek sampai satu
malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?" . Dengan menggunakan akal seorang
pelajar tingkatan 4 itu.. Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.. Dan
masa itulah saya kenal awak.. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling
penting dalam hidup saya.. Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak
beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. Saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang
saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..'ALL OUT'lah.. haha..
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. 'gayut'
malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa
ber'couple' tu.. Tidak terasa pun
kehilangannya..
Mase bercinta memang
indah..
Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk saling pujuk-memujuk.. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk saling pujuk-memujuk.. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa
amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. Saya pernah
terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, Kata saya
macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar
ceramah.. Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan
saya kena berubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi
baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan.. Semua orang nak
masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu
saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu
solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran,
sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya
tak nak jadi baik seorang diri.. Jadi
saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. Saya kejut awak bangun
subuh..(calling) Saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak
terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak
berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah.. Bercinta kerana
Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple 'jiwang-jiwang'
je.. Ada yang siap wat mksiat lagi.. Pegang-pegang tangan dan macam-macam
lagi.. Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara'.. Tak guna ayat
jiwang-jiwang. Janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat.. Cuma sms dan call
je..
Dan awak terima
perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awak pun terima.. Walaupun
kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan
memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa
berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah.. Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di
akhirat kelak.
Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, Surah ke 7,ayat ke
164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah
beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang
silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa.. Saya mesti nak
tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang
kuat iman.. Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
Saya terbaca pasal couple..
"COUPLE
HARAM"
Saya tak percaya..
Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. Macam betul pulak.. huhu~~ Tapi
biasala.. Kalau kita suka satu benda tu.. Kita tetap akan cari alasan untuk
'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak
tahu pasal benda tu.. Dan teruskan saja hubungan kita.. Kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan.. Tak jiwang-jiwang.. Cuma saling ambil
berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tazkirah lagi.. Apa yang
haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat
Trial SPM.. Lagi tiga minggu sebelum trial.. Dalam masa tu, saya memang rajin
study dengan kawan.. Buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima.. Ada
juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur.. Saya kena marah pula..
Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah.. Ada yang kata
saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. Saya ada tempat mengadu.. huhu~~
Suatu masa.. Ketika
sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. Saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh
orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu
sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri
masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, Ade gak dosa-dosa yang
masih dilakukan.. Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa
pula ayat ini..
Dan janganlah kamu
campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang
hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya
terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau
tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur
orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya
menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya
selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya
fikir..
Dipendekkan cerita
lagi sekali.. Saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. Saya
harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke
seminar tu.. Saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. Sempat lagi
pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam
fikiran saya.. "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu
berakhir dengan sesi ta'aruf, Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti
sendiri. Lagipun kami semua penat.. Takkan nak panjang-panjangkan program
sampai tengah malam.. Pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya
tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa
inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya
teragak-agak..
"Kalaulah betul
couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa
fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri
'Brother' fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan
Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya
sikit boleh?"
"Em,boleh..duduklah.
Anta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,
sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni,
perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat
biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta
ke?"
Saya malu nak cakap
yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya
pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak
bang?"
"Akhi, memang
fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan
tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada
batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke
17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu
mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya
tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba
sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu
bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu
mengalah.
"Memang betul
niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap
sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu
bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad
dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari
(puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah
Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau
anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah
buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta
berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat
anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat
anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms
dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan
dengan dia, kan?"
Betul juga katanya.
Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa
lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju.
Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga
bang?"
"Em, betul, anta
dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina
tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call die pula, anta dapat elak zina
telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat
elak apabila bercouple.."
"Zina
hati?" Saya menduga.
"Betul, zina
hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana
menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab
larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan
melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan
berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye,
macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu.
Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya.
Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun
couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat
nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan.
Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada
anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."
"Saya risau la
bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka
untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan
dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat
terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."
Masa tu saya dah mula
sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik
tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab..
"Kalau
kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun,
mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam
berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali
pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna
lagi."
Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula,
cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta
scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple.
Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu
bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan
maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."
Saya dah tak dapat
tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti
couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya
nak buat bang?"
"Ana dulu,
hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu
salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas
itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya
tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain,
boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni
lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan
anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group
discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion
partner."
Tiba-tiba saya
terfikir..
"Dia ni nak
suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya
belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan,
baru saya tinggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari
la. Lalu dia jawab..
"Akhi, anta kena
ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak
akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya
sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak
tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni
pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."
Alamak...tak boleh
lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu
juga.
"Semuanya dah
jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak
larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak
sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah
bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak
taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah
jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik,
susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari
maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan
saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini
hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan
kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta
maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu
juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak
hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu
dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa
ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di
skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa
macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms,
dan clash dengan awak..
"Terima kasih
bang.."
"Takpe, dah
tanggungjawab.."
Malam tu saya saya
tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang
tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita
sebenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.
*******
Masa terus berlalu..
Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak,
bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala
dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang setuju..tapi tak
kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi
ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan
pertama.."
Saya rasa awak masih
tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang
lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama
tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya
tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi
saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta
manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta
Allah..
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan
Itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan
Itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
-Yang Terakhir-
"
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat
keputusan. Saya pasti apa yang saya buat
ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan
berpatah balik..
Sekian , wassalamualaikum . .
wah~ seronok bca cerita kau (Y) hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum . . Bukan cerita ana laa . . Kongsi dari fb je . . BTW , syukran . .
Deletealhamdulillah~
ReplyDeletead tips x nak tego senoir or kwn sndiri yg couple..
Alhamdulillah . .
DeleteCara paling sesuai untuk tegur senior or orang yg lbih tua dari kita banyak , tapi bagi ana , antara cara yang sesuai ialah kita tegur tapi dalam nada bergurau . . Sedikit sebanyak senior itu mgkin akan sedar silap dia dan akan cuba ubah . . Selain itu , bley jgak kalau tulis surat utk dia . . xpayah sebut nama kot , tapi dengan syarat bahasa kena lah lembut dan sopan . .
Untuk kawan sndri plak , bley je gne cra yg sme . . tp , lbih elok klau kte brjmpe dgn kwan kte tu sendirian . . jgn straight to the point pe yg nk kte nk ckp . . Biar masing-masing selesa dlu , bru kte masuk point . .