Monday 9 December 2013

Kesalahan Rukun Solat - Rukun Qauli


بسم الله الرحمن الرحيم


Bersiar-siar menuju ke pekan,
Mahu membeli buah longan,  
Mahu menegur satu kesilapan,
Yang sering kita lakukan .


Assalamualaikum . sekian lama ana dah tak update blog ini , hari ini ana nak kongsikan mengenai Rukun Solat . Rukun Solat ? Yup , Rukun Solat . Kenapa ana nak sentuh pasal Rukun Solat ni ? Ingat orang tak tahu ke ? Macam ni . Dalam solat , apabila kita melanggar Rukun Solat , maka solat kita adalah terbatal a.k.a tidak sah . Sememangnya, semua mengetahui bahawa Rukun Solat ada 13 dan terbahagi kepada tiga kategori ; rukun Qalbi , rukun Qauli , dan rukun Fi’li . Tapi , kali ini ana Cuma nak sentuh rukun Qauli sahaja .


Rukun Qauli ni bermaksud rukun yang kita kena ucapkan, WAJIB dilafazkan . Bermakna di sini , andai kita tidak lafazkan, solat kita adalah tidak sah . Yup, TIDAK SAH ! Dilafazkan macam mana ? Cukup sekadar didengar oleh telinga kita . Andai sembahyang berjemaah , tak perlu la sampai ganggu orang sebelah .

5 Rukun Qauli :

1. Takbiratul Ihram 


2. Bacaan al-Fatihah

3. Bacaan Tahiyat Akhir

4. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir

5. Lafaz Salam
Yang tanda merah ni adalah kesalahan yang sering kita lakukan apabila membaca al-Fatihah .




Sekian sahaja kali ni . Wassalamualaikum . .

4 comments:

  1. Terima kasih ....aprreciate sgt2

    ReplyDelete
  2. Syabas atas penulisan yg penuh ilmiah walaupun Adik Syazwan masih muda.

    Walau bagaimana pun, pak cik mencadangkan Adik Syazwan menyertakan sekali bahan rujukan atau kitab yg dirujuk utk menulis bahan di atas. Lebih baik lagi kalau bersandarkan rujukan dari para alim ulamak atau ustaz yg bertauliah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah. Terima kasih :) InsyaALLAH, saya akan perbaiki lagi selepas ini

      Delete