Friday 26 August 2011

Cuti-cuti Raya

Harum sungguh bunga sekuntum,
lalu diletak di dalam raga,saya ucapkan assalamualaikum,
,sebagai tanda pembuka bicara....

Hari ni hari Jumaat... hari pertama cuti sekolah untuk tahun 2011... almaklum lah, kitew kan nak RAYA... tapi, raya2 gak... Jangan kita terlalu happy. sampai lupa dunia seketika... terutamanya malam raya 2...  sebab, tadi, masa sekolah, ade seorang cikgu pada saye n kawan sekelas bagi nasihat, katanya, ade HADIS nabi yg menyatakan bahawa malam raya tu malam doa makbul... malam semasa orang lain melupakan ALLAH, tapi kalau kita solat HAJAT mase orang lain leka, dengan PANTASnya, malaikat akan bawa naik doa kita... tapi kalau nak happy gak, sekurang2nya, kita solat hajat dulu. 2 rakaat je.. bkan lama pown... kalau dah habis sembahyang itu, bolehlah kita nak ikut orang len main mercun ke, meriam ke, or main bunga api dengan adik... Tapi , main jangan sampai lupa pada ILAHI... oleh kerana dah dekat raya ni, marilah kita tunaikan  sembahyang TERAWIH sampai 20 rakaat. sebab, pada bulan lain mana ade solat terawih... so, mari kita ambil kesempatan ini... Lagipun, ini kan dah malam sepuluh akhir, pada salah satu malam ni turunnya malam LAILATUL QADAR... malam yang lebih baik daripada 1000 bulan(lebih kurang 83 tahun 3 bulan)... “Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ). Rasulullah bersabda : “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a...Hadis ada menyatakan suatu ketika Rasulullah menceritakan dari Jibril kepada para sahabat mengenai seorang yang sangat soleh menghabiskan masa berjihad selama hampir 1000 bulan iaitu pemuda bani Israel bernama Syarm’un al-Ghazi. Hanya bersenjatakan kulit unta Syarm’un dengan mudah menewaskan musuh. Bila haus ketika berjuang Allah terbitkan air yang segar di celah-celah giginya dan ketika lapar Allah tumbuhkan tumbuhan sekelilingnya.

Puak kafir sangat memusuhinya dan akhirnya memperalatkan isterinya dengan tawaran rasuah yang tinggi. Ketika Syarm’un sedang tidur, isterinya mengikat dengan seutas rantai besi namun sebanyak dua kali gagal. Pahlawan Islam ini mempunyai kekuatan luarbiasa hingga dapat memutuskan rantai tersebut dengan mudah malah cubaan ketiga juga gagal.
Akhirnya Syarm’un dedahkan rahsia kekuatannya kepada isterinya yang disangka tiada apa-apa. “Tiada sesiapa dapat memudaratkan diriku kecuali dengan izin Allah dan tiada siapa dapat mengalahkan aku kecuali dengan sehelai rambutku!” Dedahan ini memerangkap dirinya. Beliau tidak dapat melepaskan diri apabila diikat dengan sehelai rambutnya. Kesempatan ini diambil oleh musuhnya menyeksanya sebelum dibunuh. Pelbagai seksaan dilakukan pada pemuda ini, matanya dikorek, telinganya dipotong dan tubuhnya diikat pada sebatang tiang rumah ditikam-tikam dengan senjata tajam.
Allah mengilhamkan Syarm’un supaya memohon perlindungan dariNya. Lalu pemuda itu memohon agar dapat menggoyangkan tiang supaya dapat merobohkan rumah dan menimpa musuh yang hendak membunuhnya. Doa Syarm’un dimakbulkan apabila dia dapat kekuatan yang luar biasa hingga dapat menggoyangkan tiang yang teguh itu dan membunuh musuh-musuhnya termasuk isterinya ditimpa runtuhan.
Dengan kuasa Allah s.w.t. tubuh Syarm’un yang cedera juga turut pulih serta merta. Syarm’um kemudiannya berpuasa selama hampir 1,000 bulan lagi bagi membalas pertolongan Allah yang menyelamatkan nyawanya. Perjuangan Syarm’un dan kekuatan imannya sungguh luar biasa begitu mengharukan Rasulullah dan para sahabat berdukacita kerana tidak dapat mencapai ganjaran seperti itu. Mereka bertanya akan ganjaran yang diberikan Allah kepada pemuda itu. Baginda menjawab tidak tahu, lalu Allah menurunkan Surah al-Qadar. Anugerah malam Lailatul-Qadar dengan menghidupkan malamnya mempunyai ganjaran melebihi 1,000 bulan, tidak perlu melakukan jihad sehebat Syarm’un.
Membaca satu ayat al-Quran pada malam Lailatul-Qadar lebih disukai oleh Allah berbanding membaca seluruh al-Quran hingga khatam pada malam-malam lain... okeylah, nilah sedikit sebanyak yang saya ingin kongsikan... sekian, wassalamualaikum... 
Sungguh mahal barang di kota,
hanya dibeli orang kaya,
sebelum tamat anda membaca,
ingin saya ucapkan selamat hari raya.

SELAMAT MENAMATKAN PUASA

No comments:

Post a Comment