Thursday 1 January 2015

Cerpen pendek : "Tak Terkira Nilainya"

Boom! Boom! Boom! Bunga api kelihatan sangat cantik dengan pelbagai warna. Pemergian 2014 membawa pelbagai kisah suka dan duka, tawa dan lara, ujian dan dugaan. Datangnya 2015 pula dipenuhi dengan pelbagai azam yang membara bagi menghadapi cabaran yang bakal melanda.

Dua orang remaja sedang menyaksikan persembahan bunga api itu berhampiran dataran sambil duduk di bahu jalan yang telah ditutup.

"Wow! Subhanallah. Cantiknya bunga api ni. Nasib baik kau ajak aku. Tak sia² aku datang. Hehe."

"Chillax la bro! Macamlah first time kau tengok bunga api," usik Imran.

"Hahaha. Tak ada lah first time. Ingat aku kuno sangat ke?" bahu temannya ditumbuk lembut.

"Manalah tahu kot² kau baru keluar dari hutan ke?" selamba Imran membalas.

"Hahaha. Erm, Im. Terima kasih bawa aku pergi dataran ni." Imran hanya mengangguk.

"Im, sempena tahun baru ni, aku nak tanya kau satu soalan."

"Kau ni Min, ada² je ek. Haa, apa dia? InsyaALLAH, kalau aku boleh jawab, aku jawab."

"Okey. Sepanjang hidup kau ni, kau ..."

"Woi, macam susah je soalan kau ni?"

"Hahaha. Soalan tak habis lagi la bro." Amin meneruskan bicaranya yang terhenti. "Sepanjang hidup kau ni, kau ada berapa orang kawan?" Berkerut dahi Imran.

"Kan aku dah cakap, soalan kau susah. Kau memang tak pernah nak bagi aku senang kan?" Imran mencebikkan muka. Amin terus tergelak dengan reaksi sahabatnya itu.

"Hahaha. Cuba je lah jawab, banyak complain pulak."

"Yelaa. Aku fikir jap," Imran diam sejenak. "Erm, seratus kot. Eh silap,  seribu rasanya. Cuit, aku rasa tak terkira kot."

"Haaa, itulah yang aku nak dengar!" Amin tersengih.

"Buang tebiat ke kau ni? Kenapa kau tanya macam tu?"

"Kalau kau nak tahu, macam tu lah berharga sahabat seperti kau, tak terkira nilainya," Amin memaut bahu Imran.

"Oh, itu aku pun tahu," kata Imran bersahaja. "Kau pun sama, sahabat terbaik dari ladang," ujar Imran sambil memaut bahu Amin juga.

"Hahaha. Alhamdulillah. Kita kawan till Jannah tau," kata Amin.

"Boleh, tapi ada syaratnya," sakat Imran.

"Eh engkau ni, sempat lagi nak bersyarat. Apa syaratnya?"

"Andai tak jumpa aku kat Jannah tu, kau mohon kat Allah supaya keluarkan aku dari neraka ea? Itu je yang aku nak kau tolong, boleh?" hajat Imran. Mata Amin berair.

"Eh bro, jangan nangis. Tak cool la. Tak malu ke orang lain nampak? Tak nak aku ada kawan dengan orang gembeng ni," Amin tergelak sambil menyiku Imran. Imran mengaduh manja diikuti tawa Amin lagi. Betapa hangatnya ukhuwah mereka atas paksi keimanan kepada Allah.

"Insya-Allah bro. Kau pun sama tau. Request kat Allah kalau tak jumpa aku kat Jannah tu, jangan sombong pulak."

"Hahaha, ok bro. Kita sama² janji, insya-Allah."

"Bagus." Amin menyambung, "Dah lah, jom balik. Pertunjukkan dah habis. Nanti ummi aku bising pulak. Kau confirm kan tidur rumah aku? Mak kau tak bising ke?"

"Confirm lah. Dengan kau, mak aku memang bagi lampu hijau je," Imran membalas.

"Hahaha, okay². Yok gerak."

Mereka menghidupkan motor mereka dan meninggalkan dataran bersama-sama orang lain yang mula beredar dari dataran tersebut. Azam baru direka lagi iaitu ingin bersahabat atas paksi iman kepada Allah agar bertemu di syurga Allah nanti, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment