Sunday 29 June 2014

Puisi Ramadhan Ku

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti ! Ramadan Kareem ! Bagi entri kali ini, ana hanya mampu luangkan masa membuang puisi. Terimalah puisi yang tak seberapa ni. Tajuknya, Ramadhan oh Ramadhan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Sebuah perhentian,
Pelbagai kenikmatan,
Tanpa sempadan.

Ramdhan oh Ramadhan,
Diturunkan al-Quran,
Menjadi panduan,
Sepanjang zaman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Penuh keberkatan,
Juga pengampunan,
Dari ar-Rahman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Pintu syurga diluaskan,
Pintu neraka dirapatkan,
Azab kubur diberhentikan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Kebebasan dari syaitan,
Dipenuhi pelbagai amalan,
Keabdian kepada tuhan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Nafsu dihantar syaitan,
Memerangkap insan,
Hanya dihalang oleh kemantapan iman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Tanpa minuman juga makanan,
Dilakukan hampir seharian,
Menduga kesabaran.

Ramadhan oh Ramadhan,
Semoga bukan pengakhiran,
Bagi sebuah kehidupan,
Sebelum cukup amalan.

Ana ada kisah sebelum ramadhan ni, tapi insyaALLAH pada entri yang akan datang. Mengenai seorang perempuan India yang memberi nasihat pada ana. La'allakum minnan naajihin, insyaALLAH !

No comments:

Post a Comment