Friday, 2 September 2011

MErdeKA!! RayA!! meRDEka!!


warna pelangi ada tujuh,
pelangi muncul di hujung desa,
tanggal 31 Ogos 1957,
tarikh kemerdekaan negara kita...


Assalamualaikum... tahun ni kita beruntung... sebab hari kemerdekaan negara yang ke 54 sehari selepas hari raya aidilfitri... best yg tersangat2nye.. huhuhu... kita patut bersyukur kerana apabila kita lahir bumi tanah air kita, MALAYSIA telah merdeka dari tngn penjajah seperti british, portugis dan jugak jepun... ALHAMDULILLAH... kita juga sewajarnya bersyukur ke hadrat Ilahi sebab pada zaman skrang, dunia dah maju sgt, nak dibandingkn dulu, atok nenek moyang kita lagi susah, lagi payah dalam kehidupan seharian mereka... Tapi sebenar nya bukan ni yg saye nak ceritakn,,, saye nak ceritakan pasal sejarah bendera Malaysia yang tidak diketahui oleh banyak pihak dan kemungkinan telah dilupakan... oklah, nak start dari mane yer???? ermmmm,,, ok2.. mula2 saye nak cerita kan pasal penciptaan nya... sbnarnya jalur gemilang dahulu dikenali sebagai bendera persekutuan tanah melayu... tahukah anda, bendera  kita wujud sebelum zaman kemerdekaan tanah melayu lagi..(macam profesor pulak)..
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.


INILAH MOHAMED HAMZAH
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut  cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Tetapi, ketika itu, jalurnya baru mempunyai 11 jalur sahaja tetapi skrng dah ade 14 jalur... pelik x??? nak tau???!!!! bace lah lagi... tapi bace yg ni dulu ye..



INILAH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. nak tahu x knape???? jap2.. sebab, bila kita tgok ngara lain, bendera dyorg pown ade name yg gempax2 kan,,, Malaysia x terkecuali... sebab 2, Mantan perdana menteri Malaysia telah mencadangkan agar bendera malaysia diberi nama. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...

sekarang saye nak cerita knpe bley ade 14 jalur... haaa, sebab masa 11 jalur dahulu, sabah, serawak, dan kerajaan persekutuan x masuk same... sebab tu lahhh..
Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis,Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 


KIBARKANLAH BENDERA KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
COP!!! belum habis lagi lah... tahun ni hari kemerdekaan negara disambut pada 16 september bersamaan hari 1 MALAYSIA. mungkin ary 2 meriah sgt arr... huhuhuhu... bunga api, mercun, aku rindu padamu... hehehe... sebenarnya raya saye taon ni kurg best... sebab 2 ckit je cerita nye... sob2... sedih nya... tapi xpe... taon depan ana yakin pasti raya meriah sebab taon depan raya ana di SARAWAK... untung ade mak org sane... huhuhu... x sabo2 rasenye che' nak pi sano... eh, mne pulak dialek ni sesat... xpe2 layang jela...  jap2, cerita lowm abis ni,,



MERDEKA!!!
Kalau kita dengar cerita org dulu2, bkan yg berabad lama, lebih kurg yg hampir sebaya dgn kemerdekaan negara kita mesti akn tahu erti pengorbanan yg dilakukan untuk mencapai kemerdekaan negara... gambar kat sebelah kiri ni menunjukkan Tunku Abdul Rahman melaungkan  "MERDEKA!!!" sebanyak 7 kali... itulah saat yang paling indah, paling terharu pada masa itu yang dirasai oleh seluruh pendudk Tanah Melayu.
Oleh itu, kemerdekaan negara kita yg ke-54 ini harus diraikan dgn penuh rse kesyukuran kpd Ilahi krana kita dilahirkan selpas kemerdekaan. Alhamdulillah, Syukran YA ALLAH, YA RABBI... 


okeylah... rsenye malas pulak nak berceramah panjang2 ni. korg bkan bcew pown... saye pon bkan bce penoh, skip gak. hehehe, jgn marah... sblowm kita berpisah, dgarlah lagu ni.. lagu dari ella.. pilih lah nak dngo bi ke bm... nyanyian bahasa inggeris oleh david gates... bukan berpisah sebab x jumpa lgi, sebab dah nak tamat menaip ni... sekian, Wassalamualaikum... 

video
video

No comments:

Post a Comment