بسم الله الرحمن الرحيم
Bersiar-siar
menuju ke pekan,
Mahu
membeli buah longan,
Mahu menegur
satu kesilapan,
Yang sering
kita lakukan .
Assalamualaikum
. sekian lama ana dah tak update blog ini , hari ini ana nak kongsikan mengenai
Rukun Solat . Rukun Solat ? Yup , Rukun Solat . Kenapa ana nak sentuh pasal Rukun
Solat ni ? Ingat orang tak tahu ke ? Macam ni . Dalam solat , apabila kita
melanggar Rukun Solat , maka solat kita adalah terbatal a.k.a tidak sah .
Sememangnya, semua mengetahui bahawa Rukun Solat ada 13 dan terbahagi kepada
tiga kategori ; rukun Qalbi , rukun Qauli , dan rukun Fi’li . Tapi , kali ini ana Cuma nak
sentuh rukun Qauli sahaja .
Rukun Qauli ni bermaksud rukun yang kita kena ucapkan, WAJIB dilafazkan . Bermakna di sini , andai kita tidak lafazkan, solat kita adalah tidak sah . Yup, TIDAK SAH ! Dilafazkan macam mana ? Cukup sekadar didengar oleh telinga kita . Andai sembahyang berjemaah , tak perlu la sampai ganggu orang sebelah .
5 Rukun Qauli :
1. Takbiratul Ihram
2. Bacaan al-Fatihah
3. Bacaan Tahiyat Akhir
4. Selawat Ke Atas Nabi Dalam
Tahiyat Akhir
5. Lafaz Salam
![]() |
Yang tanda merah ni adalah kesalahan yang sering kita lakukan apabila membaca al-Fatihah . |
Sekian sahaja kali ni . Wassalamualaikum . .