rupanya ayu sungguhlah sopan,
Ramadhan pergi Syawal mengganti,
Semoga disambut dengan kesyukuran .
.jpg)
Dah dah . . Saya nak cerita pasal raya saya hari pertama . . Sibuk je kacau cerita orang . . Tacing ke ? Lah, janganlah tacing . . Kita kenalah ikut tajuk . . Seperti tajuk di atas 'RAYA SAYA' , jadi saya nak cerita pasal raya saya lah . . Macam buat karangan , mesti ikut tajuk kan ? Lari tajuk boleh tolak markah . . Coretan saya ni pun tetap nak dapat markah yang terbaik jugak . . Hehehehe . . Eh eh , tengok . . Saya pulak dah lari tajuk . . Korang lah ni . .
Oklah , hari raya mesti ramai beli baju baru kan ? Saya pun tak terlepas jugak . . Pagi raya yang pertama , ingatkan nak bangun awal . . Tapi , malang tak berbau . . Saya terlepas sembahyang raya . . Tu tak lah penting sangat . . Saya pun terlepas sembahyang SUBUH . . Tak malu betul . . Sekolah arab tapi bangun pun lambat . . Nasib baik ALLAH MAHA MENGETAHUI . . Jadi saya Qada' lah sembahyang saya . .
Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].
Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].

Alhamdulillah . . Sembahyang raya cuma SUNNAT MUAKKAD . . Sunnat yang dituntut . . Alamak ! Lari tajuk lagi . . Korang punya pasal lah ni Tak apa , ilmu yang ada haruslah dikongsikan . . Baju raya saya yang warna coklat pun melepas untuk dipakai pada pagi itu . . Hari itu jugak , saya makan puas-puas . . Kenyang jangan cakap lah . . Baru makan sikit , kenyang sampai petang . . Tapi , tengah hari itu makan lagi walaupun masih kenyang . . Almaklum lah , sebulan atau lagi tepat , 29 hari tak makan tengah hari . . Balas dendam lah . . Hehehehehe. .

Baiklah , cukuplah setakat ni . . Sekian , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .