Thursday, 28 March 2013

Couple - Perkongsian Ilmu

Pergi ke kedai membawa jala ,
Di dalam raga ada ikan ,
Mahu mengongsikan satu cerita ,
Yang menarik untuk dikongsikan .

Assalamualaikum . . Tak nak mukadimah yang panjang . . Baca saja . .


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..  Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..   Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kata saya kuat emo..  Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..  Lepas tu saya cuba buat lawak. Kononnya nak tarik perhatian orang lain. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya. Terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. Tapi saya tak kisah.. Asalkan ada yang terhibur..

 Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa..  Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm, sms awek sampai pagi..  Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

 Saya mula berfikir.. "Adakah aku perlu BERCINTA?" . Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'.. Dan masa itulah saya kenal awak.. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. Akhirnya, dipendekkan cerita.. Saya pun mulalah BERCINTA..

 Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata..'ALL OUT'lah..  haha..  Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya.. 'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..  Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..  Tidak terasa pun kehilangannya..

 Mase bercinta memang indah..

Monday, 25 March 2013

Karangan Terbaik Pilihan Cikgu

Seorang pelakon banyak berlatih ,
Penat berlatih peluh menitik ,
Karangan saya telah dipilih ,
Sebagai karangan yang terbaik .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . Saya nak kongsi jugak karangan ni . . Cikgu Maisarah selaku guru mata pelajaran bahasa Melayu memilih karangan ini (blog cikgu Maisarah) . Nak kata yang terbaik , dalam kelas je kot . . Tapi , ALHAMDULILLAH . . Markah 27/30 . . Tapi , bila saya taip balik karangan ni , saya perasan ada kesilapan yang mungkin cikgu tak perasan . . Pandai pandai lah betulkan nanti . .

Maklumat di bawah menunjukkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan .

Mutakhir ini , sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia dalam aspek kemajuan sains dan teknologi ini . Adaptasi ini menyebabkan masyarakat semakin alpa dengan hasil pertanian negara sendiri kerana lebih mempercayai khasiat buah-buahan yang diimport berbanding buah-buahan tempatan . Bukti yang sahih dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan jumlah pengambilan buah-buahan dalam kalangan penduduk Malaysia hanyalah sebanyak 60 kilogram per kapita berbanding 130 per kapita di negara maju yang lain . Persoalannya , apakah usaha-usaha yang efektif dan drastik yang harus dijalankan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ?

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas , antara usaha yang dilakukan bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan ialah dengan meyakinkan masyarakat akan khasiat buah-buahan tempatan . Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh saintis Malaysia sendiri , buah-buahan tempatan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi dan kaya dengan serat . Bagi menunjukkan kesahihan perkara ini , contoh yang boleh diketengahkan ialah buah durian mempunyai fiber yang tinggi , vitamin C , dan vitamin A . Walaupun ramai yang mengatakan buah durian bersifat panas , Allah juga menciptakan buah manggis pada musim yang sama yang bersifat sejuk . “ Sesungguhnya , Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi ” , petikan makna surah Faatir , ayat 38 . Dengan berbuat demikian , sudah terang lagi bersuluh , pastinya ramai rakyat Malaysia akan lebih banyak makan buah-buahan tempatan .

Selanjutnya , usaha yang perlu dilakukan ialah menjalankan kempen secara berterusan . Kempen yang dilakukan ini boleh memberikan impak positif dan seterusnya semakin ramai rakyat Malaysia khususnya generasi dotkom ini . Dalam konteks ini , sebagaimana yang kita sedia maklum , Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia atau nama komersialnya , FAMA telah memperkenalkan kempen “ Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan ” . Kempen ini diperkenalkan ke sekolah amat bertepatan sekali kerana ia sejajar dengan hasrat FAMA bagi menggalakkan golongan muda gemar makan buah-buahan tempatan termasuk buah-buahan bermusim . Inisiatif kerajaan ini , iaitu melakukan kempen secara berterusan mestilah disokong oleh masyarakat konvesional agar usaha bagi menggalakkan masyarakat makan buah-buahan dapat direalisasikan .

Selain itu ,

Saturday, 9 March 2013

Siapakah Yang Ada Iman Yang Paling Luar Biasa ?


Pergi sana pergi sini ,
Hendak mencari daun pegaga ,
Kali ini hendak berkongsi ,
Siapakah paling luar biasa imannya ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . Saya jumpa kisah ni dekat facebook . Ingatkan nak share dekat facebook je , tetiba teringat pada blog yang dah penuh dengan sarang ni . So , share kat sini jela . Hayatilah.
Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"
 Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."
 Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
 Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."
 Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
 Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."
 Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
 Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."
 Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
 Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka."
Sekian , wassalamualaikum .

Friday, 22 February 2013

KISAH 2012

Sungguh panjang ikan tioman ,Ikan di akuarium tidaklah bebas ,
Catatan ini tentang pengalaman ,
 Yang saya alami sepanjang 2012 . .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh) . . Alhamdulillah . . Saya masih dapat melalui tahun baru ini . . Sekarang dah hampir pertengahan bulan Febuari , baru saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang tahun 2012 . . Baiklah , semua pengalaman saya ni mungkin kebanyakan hanya di sekolah . . Yela , saya masih pelajar di sekolah menengah , bukan lepasan universiti . .

Sebelah Kiri itulah penolong kelas (Farhana)
Tahun 2012 ni banyak memberi saya kenangan yang tak boleh saya lupakan . . Pada awal persekolahan tahun lepas , saya telah terpilih menjadi ketua kelas . . Pada mulanya , saya memang menolak keras keputusan cikgu saya walaupun saya tak luahkan pada dia . . Tapi , lepas seminggu saya dah mula suka dengan amanah yang perlu saya pikul ini . . Banyak betul kerenah kawan kawan saya ni yang saya kena layan . . Dyorang ni , walaupun dah tingkatan 3(masa tu) , perangai tak padan dengan umur . . Dah lah kelas pertama dalam batch form 3 masa tu , tapi bising mengalahkan budak tadika . . Saya pun kadang-kadang tergolong dalam golongan tersebut jugak , malah saya lah paling bising . . Hehehe . . Teruk betul . . Dah lah saya paling rajin tak datang tahun lepas , tugas saya pula dibuat oleh penolong lah . . Siapa lagi yg kena buat kerja saya selain dia . . Hehehe . . Pengalaman yang paling saya ingat ialah ada satu ketika saya tak berani nak bentak kelas saya supaya senyap sebab yang bising adalah dua orang sahabat sejati saya sendiri . . Dah lah dyorang ni baru berbaik , kang kalau saya marah , merajuk pulak . . Tapi , ALHAMDULILLAH tahun ni jawatan ketua kelas hampir saya yang dipilih . . Memang saya betah dengan alasan saya ada jawatan sebagai pengawas koperasi . . Lepas itu , cikgu pilih Rasyidi . . Cikgu Nadia(guru kelas) kata , ada cikgu kata Rasyidi jadi ketua kelas yang bagus . . Memang tak sia sia saya letak jawatan . . Hehehe . .


Pengalaman seterusnya pula , saya paling suka ketika saya memasuki pertandingan DEBAT peringkat sekolah dan ihtifal ilmiah . . Saya dah cerita sebelum ni . . Kalau nak baca ,  klik sini . . Walaupun kalah tahun lepas , tapi tahun ini azam saya sangat membara . . Saya akan buktikan bahawa LUGHATUL QURAN juga hebat . .
Kiri dan kanan hadiah terbaik akademik dan
pelajaran. Tengah pelajar terbaik SMRA.

Ok , kenangan yang tak dapat dilupakan juga ialah ketika peperiksaan pertengahan tahun . . Pada tahun lepas , saya dan Hajid merupakan pelajar TERBAIK SMRA ! ! ALHAMDULILLAH ! ! Nak dijadikan cerita , setiap hari terbuka iaitu selepas keputusan pertengahan tahun keluar , ada penyampaian hadiah pelajar cemerlang . . Tahun lepas , saya dapat TIGA hadiah sekali gus . . Impian saya telah direalisasikan . . Saya mendapat hadiah kerana berjaya mendapat nombor satu dalam bidang Arab dan akademik serta penghargaan kerana menjadi pelajar TERBAIK SMRA . . Ketika tingkatan 1 , saya dapat hadiah sebab nombor satu dalam akademik . . Tingkatan 2 pula , dapat dua kerana keputusan terbaik SIB(Sijil Intensif Bahasa-Mumtaz Arab) dan terbaik akademik . . Semasa rhearsel pengambilan hadiah pun cikgu cakap “Awak dah biasa kan amik hadiah ? ?” . . Jadi , tak payah nak gugup sangat . . Ada juga saya dengar “Tiap-tiap tahun naik atas pentas ,” . . Saya anggap pujian . . Lagipun , saya nak banggakan emak dan ayah saya . . Tahun ni , saya masih nak pegang gelaran juara lagi . . Lagipun , tahun ni ada saingan baru . . NahruSyifa' , dari SMA Parit Raja(SMAPR) dapat 7A . . Dia ni dengan Najwa(dari SMA Keluang Johor) rajin untuk belajar . . Pantang bagi saya kalau ada orang yang lebih berusaha daripada saya . . Oleh itu , persaingan semakin sengit . .
Kiri HajiD , Kanan MarzuQi


Yang ni bukan pengalaman , tapi tetap saya anggap memori yang indah . . Begini ceritanya , MarzuQi dan HajiD ni dua dua sahabat saya . . Hajid ni paling akrab . . Semua benda kalau boleh nak buat sama dengan dia . . Dah lah sama sama ahli koperasi , duduk sebelah menyebelah , dan macam macam lagi . . Yang kurangnya , bila bincang masalah atau keputusan dengan dia , kitorang jarang satu kepala . . Saya selalu betah dia . . Sampai pernah gaduh . . Mantol je yang jarang tak satu kepala . . Bestnya pasal Hajid ni , dia sangat buat khat , tulis cerpen , tulis puisi dan sebagainya . . Ayat sungguh berbunga , kalah A. Samad Said . . MarzuQi pulak tak adalah rapat sangat . . Suam suam je . . Cuma , cara dia saya suka . . Rajin study dan sentiasa berusaha menjadi lebih baik . . Bila dia mula buka buku , saya juga mesti buka buku . . Yelaa , mana boleh kalah . . Yang kurangnya dia ni , saya banyak dengar , perangai dia agak negatif dekat asrama . . Saya ni budak luar , jadi tak tahu tahap Mr. Tan dia sampai mana . . Nak dijadikan cerita , dyorang ni bergaduh . . Dan dah lama tak bertegur sapa . . Kalau tegur pun , dingin je kita dengar . . Pada suatu tika tu , saya diberitakan yang mereka dah berbaik . . ALHAMDULILLAH . . Dah mesra tu bagus . . Tapi suatu hari uh, masa dalam kelas . . Ustaz suruh saya pastikan kelas senyap . . Dyorang berdua boleh pulak kecoh . . HajiD simpul tangan MarzuQi ke belakang sebab dia sorok barang apa entah . . Main wrestling pulak . . Saya dah tegur , masih pulak buat tak endah . . Nak marah , saya tak nak . . Kang saya smack down dyorang baru tahu . . Dah lah dyorg baru berbaik , dua dua SAHABAT SEJATI saya . . Nanti touching , susah pulak . . Walau bagaimana sekali pun , saya happy sebab dyorang berbaik . .

Bagus tapi menyeramkan

Seterusnya ialah ketika saya di'inject' berdarah . . Pelik kan ? ? Macam ini . . Masa itu semua pelajar tingkatan 3 kena inject (kalau tak silap saya) . . Saya orang pertama kena dalam kelas saya (3Syafie/3A1) . . Inject kat tempat biase je (atas siku bawah bahu) . . Lengan baju saya tak muat sampai kat situ . . Jadi , kenalah buka baju (nasib baik pakai baju kat dalam tu) . . Masa di'inject' , saya tak tahu lah rasa apa . . Sebab , saya dah lama tak kena inject dan excited juga . . Lepas di'inject' , darah saya tak berhenti keluar walaupun dah letak kapas . . Bila nak pakai baju balik , darah still mengalir lagi . . Saya agak pelik sebab selalu tak macam itu . . Memang kena baju kot . . Nasib baik boleh hilang . . Bila duduk balik , budak-budak perempuan sibuk tanya . . "Sakit tak?" , "rasa apa?" . . Saya jawab rasa macam kena inject . . Dyorg terus takut nak kena inject sebab nampak darah saya keluar . . Hahaha . . Bila sume budak dah kena inject , tak ada pula yang berdarah macam saya . . Musyhkil sungguh . . Masa balik , Mak Rai perasan darah kat baju saya dan dia kata mungkin orang yang "inject" salah masuk or whatever laaa . . Apapun , itu baru kerja jururawat . . Kalau doktor , mungkin lagi berat tanggungjawab . . Tak apa , insyaALLAH satu hari nanti ada Doktor Syazwan . . AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN . .


Abaikan baju purple itu
Last but not least , pengalaman saya yang paling berharga ialah mempunyai kawan . . Ikutkan tahun lepas , tak ada yang terlalu saya kenangkan tapi tetap diletakkan di memori ingatan . . Pertama , masa petang 19 November 2012 , pelajar 6 Arif 2009 mengadakan reunion dekat MarryBrown . . Lebih kurang 2/3 yang datang . . Agaknya lah . . Seronok tak lah seronok sangat . . Sebab , saya dah tak biasa dengan dyorang . . Mungkin faktor sekolah berbeza dan jarang berjumpa kot . . Yang kedua , saya dah jumpa SSS(SAHABAT SEJATI SELAMANYA) saya . . Harapnya lah . . Yang ketiga , berkenaan Nabil Fahmi . . Saya masih berharap dapat jumpa dia . . Rindu sangat . . Dulu saya menyesal kerana tak hargai orang yang ada dengan saya . .
Hargai bila berkawan ...
Sayangi bila bersama ...
Maafkan bila terluka ...
Rindui bila berjauhan ...
Fahami bila keliru ...
Nasihati bila terleka ...
 Ingati bila sunyi ...
Pasti bahagia ...




Dan mungkin kenangan terbaik bagi saya pada tahun 2012 ialah pada malam jamuan akhir tahun kelas 3A1 . . Masa ni paling best . . Walaupun 1/5 yang tak datang malam tu dan cikgu pula datang agak lambat , majlis tetap kami jalankan . . Solihen telah memimpin bacaan Surah Yaassin dan doa . . First time , sebab tu agak tak terancang masa baca Yaassin . . Tapi , tetap timba pengalaman bahawa menjadi pemimpin haruslah berani mencuba semua perkara yang baru . . Ustaz Mohamad Zain terpaksa balik awal sebab katanya teringat anak dan isterinya sebab masa tu isterinya mengandung dan dah nak tiba masa untuk bersalin . . Yang penting , ustaz telah datang . . Ramai betul yang memang posing habis lah . . Guna telefon ada , kamera pon ada . . Rasa macam dunia artis kelas . . Hehehe . . Pakaian ? ? Semua pelajar pakai baju Melayu dan saya dikatakan seperti pengantin lelaki . . Hahaha . . Cuma , tiada pengantin perempuan yang secocok . .

Walau bagaimana pun , TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN TERUTAMA HAJID , SAUFI , SALIMAH , SOLIHEN , LUQMAN YUSUF , KHAIRULMARZUQI , AFIFFAH IZZATI , UMMU SYAKIRAH NAZIRAH , NADHIRAH , DAN SEMUA RAKAN SAYA YANG BERJUANG BERSAMA SAYA DALAM MENGHARUNGI HALANGAN DAN DUGAAN UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT . . KITA SAHABAT TILL JANNATUL FIRDAUS , INSYAALLAH . . DI SINI , INGIN ANA CORETKAN YANG ANA SANGAT SAYANGKAN ANTUM WA ANTUNNA DAN SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN AKAN TETAP TERSIMPUL ERAT DAN TIADA YANG MENJADI PENGHALANG HUBUNGAN KITA KECUALI KEMATIAN .
.
Sahabat Till Jannah

Kenagan yang dicipta tak akan dilupakan



Sekian , coretan berakhir di sini . . Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .