Monday, 29 April 2013
KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM TERMAKTUB DI DALAM SURAH YASSIN!
Buah belimbing buah kiwi ,
Buah mangga dalam raga ,
Sungguh bermanfaat kisah ini ,
Moga dapat mengongsikannya .
Assalamualaikum . . Ana dapat maklumat ni dari blog ni ( newandold2u.blogspot.com ) . . Silalah baca . .
Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :
''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.
Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.
''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.
SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWAN!
Wassalamualaikum . .
Friday, 26 April 2013
Drama Cinderella
Sungguh berkilat warna batu,
Dihinggap rama-rama dari China,
Pertunjukkan bakat pelajar 4a1,
Sebuah drama bertajuk Cinderella.
Assalamualaikum . . Dah lama ana tak update blog ni . . Dah bersawang jugak ni . . Nama pun laman sesawang , sekali-sekala bersawang pun salahnya , kan ? ?
Okey , kita berbalik pada topik perbincangan kita pada hari ini ( ayat macam buat karangan pula ) . . Nak cerita ni . . Masa minggu pertama ( atau seminggu lebih awal daripadanya ) , Guru kelas kami , Cik Nadia telah memberitahu kelas kami yang pada ENGLISH WEEK , setiap kelas ( agaknya ) diwajibkan ( agaknya juga ) menghantar wakil untuk melakukan persembahan pada pertandingan TALENT SHOW . . Pada hari Sabtu ( 6 April 2013 ) , kami telah memutuskan untuk membuat sebuah drama ( lebih kepada parodi ) bertajuk Cinderella . .
Antara watak-watak yang ditimbulkan adalah seperti berikut :
Salimah binti Hidhir as the Cinderella .
Muhammad Ariff bin Rahmat as the Prince .
Siti Farhana binti Hapizan as the Step-mother .
Siti Nur Ain binti Ahruman and Nurul Farhana binti Isa as the Step-sisters .
Muhammad KhairulMarzuQi bin Khairudin as the Prince's Assistant .
Mohamad Rasyidi bin Mohamad Misdan as the Comando .
Mardiatun Najwa binti Talib and Nurul Nasuha binti Hasbullah as the fairies .
Afiffah Izzati binti Jasni as the Witch .
Muhammad Hajid bin Mohamed Azhar and Puteri Nurul Ain binti Abdul Rahim as the Fairy's Assistant .
Muhammad Muhaimin bin Ismail and Mohamad Aiman bin Zainuddin as the Prince's Brothers .
Muhammad Saufi bin Mohamad Fadzli ( Dad ) , Fasihah Abidah binti Anoar ( Mom ) , Solihen bin Abdullah ( Brother ) , and Siti Aisyah binti Halimi ( Sister ) as the Narrator's Family .
While the other students as follows :
Muhammad Syazwan bin Mohamad Zain as the Director .
Muhammad Hajid bin Mohamed Azhar as the Dance Designer .
Technical :
Muhammad LuQman Yusuf bin Mohamad Shariff , Muhammad AfiQ Ilham bin Mohamad Najib , and NahruSyifa' binti Abdul Karim .
Props :
Muhammad Hajid bin Mohamed Azhar .
Excluded in this drama :
Muhammad Kamaluddin bin Razif
I'm so lazy to type the story . . So , you guys can read the story here . That's for now . Wassalamualaikum . .
Saturday, 30 March 2013
Hilang Telefon?
Apam pisang apam balik ,
Makan bersama air susu ,
Sebuah perkongsian yang menarik ,
Tips dari muka buku .
Assalamualaikum . . Tips ini kita kena lakukan sebelum hilang telefon sebagai langkah berjaga-jaga . . Kalau dah hilang sebelum tahu tips ini , mungkin yang terbaik laporkan pada polis jela kot . .
Tips TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.
Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurang nya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
Wassalamualaikum . .
Friday, 29 March 2013
Bahasa Baru ? ?
بسم الله الرحمن الرحيم
Sungguh indah di pagi hari ,
Bertambah seri bersarapankan kebab ,
Mari kita bertukar bahasa diri ,
Dari Kata Melayu ke Kalimah Arab .
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . . Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menghirup udara yang sekian kalinya kita sedut dan hembuskannya . . Baiklah , hari ini ana nak kongsi sesuatu yang ana rasa agak menarik bagi diri ana . .
Sekarang ni , ana dengan beberapa kawan ana selalu berbual dalam bahasa arab . . Andai ada kalimah yang kami tak tahu , kami guna 2 sumber . . Yang pertama , kamus dan kedua , guru Arab . . Bila kitorang bertutur dalam bahasa Arab , kitorang terasa seperti orang Arab . . Seronok sangat sebab kitorang boleh cakap bahasa ini . . Tapi , penggunaan 'ana' dan 'anta/anti' dalam perbualan harian tak sampai sebulan pun . . Tapi , dalam mesej , penggunaan 'ana' dan 'anta' , ana dah mula dengan seorang Sahabat ana lebih sebulan yang lalu . . Ismuhu KhairulMarzuQi . . Tapi , bila berbual , tak pula nak bahasakan diri 'ana' . . Berbual dalam telefon boleh pulak . . Apa lah dia ni . .
Kalau antum semua nak kuasai bahasa , ana cadangkan antum semua cuba selitkan sikit-sikit bahasa tu dalam perbualan harian kita . . Bahasa Inggeris kita boleh , tak akan bahasa lain tak boleh pulak , kan ? ? Nama komersialnya ialah bahasa rojak . .
Selepas itu , dah mahir sikit , cuba lengkap satu ayat pulak dalam bahasa tu . . Insya-ALLAH , mesti kita boleh kuasai bahasa tu walaupun sedikit . . Kalau ada kalimah yang kita tak tahu , rujuklah pakar macam kawan lain atau kamus atau guru . . Dari sini dah dapat faedah iaitu dapat tambah perkataan baru . . Bak kata pepatah , malu bertanya sesat jalan . . Lagipun , bertanya kan pintu ilmu . . Makin banyak bertanya makin bertambahlah ilmu kita . .
Nak lebih lagi , kita bersembang dengan kawan kita guna bahasa baru tu . . And the best way is we talk to our teacher in that language (Sorry with my wrong grammar) . . Dengan cara ini , kita mesti boleh kuasai sesuatu bahasa dengan cepat . .
Baiklah , cukup setakat ni . . Ana mengundur diri dulu . . WabillahiTaufiQ WalHidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . .