Assalamualaikum semua pembaca sekalian! Kaifa haluka? Ana bilkhair, alhamdulillah wa syukur lillah :)
Baiklah, untuk post kali ini, saya akan cerita sedikit berkenaan STAM. Anda pernah dengar? Saya yakin kebanyakkan pelajar, ibu bapa malah tidak tahu berkenaan STAM ini. Saya akan kupas sedikit.
Apa itu STAM?
STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya!
STAM boleh diambil selepas SPM dan mengambil masa hanya 10 bulan sahaja. Namun, terdapat beberapa syarat untuk mengambil STAM, antaranya:
- Mengambil Sijil Menengah Agama (Johor) atau Sijil Menengah Ugama (Tak pasti negeri mana, Hehe), dan/atau
- Mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi ketika menduduki peperiksaan SPM, dan/atau
- Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM, dan/atau
- Melepasi Imtihan Qabul - Peperiksaan Kelayakan
- S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
- S102 – Fiqh
- S103 – Tauhid dan Mantiq
- S104 – Tafsir dan Ulumuhu
- S105 – Hadith dan Mustolah
- S106 – Nahu dan Sarf
- S107 – Insya’ dan Mutalaah
- S108 – Adab dan Nusus
- S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
- S110 – Balaghah
Wassalamualaikum.