Monday, 10 December 2012

BerSuNat

Kalau pergi membeli baju ,
Jangan ketat atau sendat ,
Ini kisah dua adikku ,
Yang baru sahaja bersunat . .


Assalamualaikum . . Alhamdulillah dapat juga idea untuk blog ni . . Post kali ini berkaitan sunat . . Sunat ? ? Siapa yang bersunat ? ? Semestinya 2 adik lelaki saya yang comel dan hyperactive . .

Semalam (9 Disember 2012) , Alhamdulillah adik-adik saya selamat bersunat . . Mestilah selamat , mana ada orang yang meninggal sebab bersunat . . Hehehe . . Balik rumah je dua-dua mereka dah berair mata . . Seorang masih mengalir air mata , seorang lagi air mata dia cuma bertakung di kelopak matanya . . Yang menangis mestilah si bongsu (Syahrul) , yang menahan pulak si abang (Syarifuddin) . . Kesian pun ada tengok dyorang . .

Tapi , untungnya dyorang sebab tak kena balut . . Masa bengkak mestilah sakit tapi tak sesakit yang kena balut . . Dalam famili , sayalah satu-satunya yang dibalut 'anu'nya . . Pedih memang pedih lah . . Apa pun semua tu dah berlalu . . Alhamdulillah sebab tanggungan mak ayah saya dah lepas kerana semua dah sunat . . Ops , terlupa pula . . Mereka masih perlu menanti anak-anak mereka berkahwin dahulu , barulah lepas . .

Walau bagaimanapun , sakit yang paling sakit selepas mati ialah ibu yang melahirkan anak . . Itulah pengorbanan mereka . . Sakit itu memang sakit yang amat sangat . . Tapi akan hilang selepas melihat anaknya selamat . . Ingat ! ! Pengorbanan ini sangat berharga sebab mereka perlu bertarung nyawa supaya anak dan dirinya selamat . . Malangnya , ada juga yang meninggal sama ada ibunya atau anaknya atau kedua-dua mereka sekali (macam hukuman pulak) . .

Ikan siakap ikan tenggiri ,
Lain kali post lagi . .


Sekian sahaja post kali ini . . Wassalamualaikum . .
Syahrul -7 tahun (kiri) dan Syarifuddin-10 tahun (kanan)

Wednesday, 5 December 2012

TuKanG MAsaK

Kurang pedas ditambah lada ,
Kurang lemak ditambah santan ,
Ingin berkongsi sebuah cerita ,
Kisahku memasak sejenis makanan . .


Assalamualaikum . . Alhamdulillah . . Dah lama saya tak post kat blog ni . . Bila nak post , tak ada idea dan kadang-kadang tak ada internet . .

Ok , mengikut pada tajuk kat atas tu , saya nak cerita yang makanan yang saya buat . . Makanan tu cucur bawang + bilis . . Senang cerita , saya buat sendiri . . So , saya namakan cucur E-one . . Hehehe . . Memang dah lama saya teringin nak masak cucur ni . . Tapi , bahan selalu tak ada dan kadang-kadang malas (sifat saya 24 jam) . .

Saya buat semalam  (4 Disember 2012) . . Masa 2/12/2012 , saya buat tapi dengan mak saya . . Tapi , semalam saya buat sendiri sebab mak saya demam . . So  , pagi-pagi sementara menunggu Subuh , saya cari ilham untuk cucur ni . .

Selepas solat Subuh , saya dan kawan saya (Fahmi Iqbal) dah planning nak jogging . . Untuk pengetahuan am , kitorang jogging dua hari sekali . . Cadangan Fahmi . . Saya ikut saja tapi saya buat setiap hari cuma bila dia tak jogging bersama , saya naik basikal . . Senang sikit . . Lepas balik lebih kurang pukul 8 pagi , saya terus bersihkan diri dan menyidai pakaian saya yang saya basuh sebelum berjogging (menggunakan mesin basuh automatik) . .

Masuk terus kepada resepi je la . . Ok , bahan-bahan yang saya gunakan mestilah yang berikut :
Penggunaan tisu untuk menyerap minyak adalah
lebih daripada surat khabar

1. Tepung
2. Air
3. Telur (1 biji)
4. Bawang merah (1 biji)
5. Bawang putih (2 ulas)
6. Ikan bilis (ikut kesesuaian)
6. Kunyit (kurang 1 sudu kecil)
7. Madu lebah (1 sudu besar)


Tepung dan air tu ikut nisbah yang sama . . Pastikan jangan terlebih air . . Air kurang sikit tak apa sebab ada telur . .

Bawang-bawang tu ditumbuk dengan ikan bilis tau . . Jangan lupa letak garam . . Yang lain macam biasa la . . Goreng , masak , siap , dan hidangkan . . Enak dimakan dengan sos cili pencicah . .

Ok lah . . Setakat ini sahaja post kali ni . . Ma'as salamah . . Wassalamualaikum . .

Tuesday, 21 August 2012

RayA SAya

Anak Pak Mail anak dara sunti,
rupanya ayu sungguhlah sopan,
Ramadhan pergi Syawal mengganti,
Semoga disambut dengan kesyukuran .

Assalamualaikum . . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H MAAF ZAHIR & BATIN . . Macam mana dengan raya korang ? Mesti best kan? Pagi-pagi Malam raya lagi dah kecoh . .

Dah dah . . Saya nak cerita pasal raya saya hari pertama . . Sibuk je kacau cerita orang . . Tacing ke ? Lah, janganlah tacing . . Kita kenalah ikut tajuk . . Seperti tajuk di atas 'RAYA SAYA' , jadi saya nak cerita pasal raya saya lah . . Macam buat karangan , mesti ikut tajuk kan ? Lari tajuk boleh tolak markah . . Coretan saya ni pun tetap nak dapat markah yang terbaik jugak . . Hehehehe . . Eh eh , tengok . . Saya pulak dah lari tajuk . . Korang lah ni . .



Oklah , hari raya mesti ramai beli baju baru kan ? Saya pun tak terlepas jugak . . Pagi raya yang pertama , ingatkan nak bangun awal . . Tapi , malang tak berbau . . Saya terlepas sembahyang raya . . Tu tak lah penting sangat . . Saya pun terlepas sembahyang SUBUH . . Tak malu betul . . Sekolah arab tapi bangun pun lambat . . Nasib baik ALLAH MAHA MENGETAHUI . . Jadi saya Qada' lah sembahyang saya . .

Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].

Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].


Kalau tahu bangun lambat , saya berhenti mesej dengan MUHAMMAD KHAIRULMARZUQI bin KHAIRUDIN . . Main mesej sampai pagi . . Dah lah tak ada penamat . . Saya dah tidur dulu . . Padahal baru dua minit tunggu dia balas . . Tapi , tak boleh jugak salahkan dia . . Sorry ya wahai SAHABATKU . . Hah , dia pun ada blog . . Blog dia King_Zuqi97 . . Klik laa . . Follow sekali . .

Alhamdulillah . . Sembahyang raya cuma SUNNAT MUAKKAD . . Sunnat yang dituntut . . Alamak ! Lari tajuk lagi . . Korang punya pasal lah ni Tak apa , ilmu yang ada haruslah dikongsikan . . Baju raya saya yang warna coklat pun melepas untuk dipakai pada pagi itu . . Hari itu jugak , saya makan puas-puas . . Kenyang jangan cakap lah . . Baru makan sikit , kenyang sampai petang . . Tapi , tengah hari itu makan lagi walaupun masih kenyang . . Almaklum lah , sebulan atau lagi tepat , 29 hari tak makan tengah hari . . Balas dendam lah . . Hehehehehe. .

Petang itu pulak , singgah rumah nenek . . Ingatkan dekat rumah nenek cuma ada mak cik , suaminya dan anak-anaknya . . Tak sangka , diserbu oleh sedara sebelah atuk . . Ramainya . . Segan betul ! Padahal semua sepupu , tapi tak rapat serta buat-buat tak kenal . . Hehehehe . . Malam itu pulak baru rasmi pakai baju raya . . Saja nak berhias . . Sembahyang Isya' pulak sembahyang siap bersampin lagi . . Hahahahahaha . . Pak cik-pak cik sebelah mak pulak datang rumah . . Layan jela . . Dengar bahasa Sarawak lah pulak . . Nasib baik mak yang orang SARAWAK membolehkan saya sebagai anaknya faham bahasa ibundanya . .

Malam Makan punya pasal , satu hari banyak kali buat appointment dengan MR. TAN . . Kenyang yang amatlah . . Kejap makan ketupat , kejap makan biskut raya . . Sakit dah perut ni . . Tapi , masih jugak diseksa . . Hahahahaha . . Biasalah , hari pertama raya . .

Baiklah , cukuplah setakat ni . . Sekian , wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .

Sunday, 29 July 2012

Ramadhan, Kau Datang Lagi ! !

Orang taat orang yang setia,
Mendengar perintah menjauhi laranganNya,
Bulan puasa bulan yang mulia,
Bulan untuk umat manusia. .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . . Alhamdulillah . . Bulan RAMADHAN tiba lagi . . Seronok rasanya bila tiba lagi bulan yang mulia ni . . "RAMADHAN KARIM" "ALLAHU AKRAM" . . Inilah yang selalu diucapkan pada bulan RAMADHAN NI . .

Kalau bulan puasa ini, orang selalu cakap "PUASA PENUH YE" , "TAK PUASA EA ?" , serta apa sahaja yang mesti ada ayat "PUASA" kt dalamnya. Rasanya, itulah yang sering diucapkan. Tak pun, orang akan berazam nak puasa penuh.


Maaf lah tapi, takkan lah dah mumayiz pun nak berniat  macam tu ? Pelik lah . Macam lah tak boleh tahan ? Kalau yang ada gastrik, sakit atau yang sewaktu dengannya tak apa lah . Bagi kaum HAWA pula, memang lah  mereka tak boleh puasa penuh sebulan, mereka kan ISTIMEWA (seperti kata-kata Kak Ros-Upin&Ipin) . ALLAH dah bagi cuti beberapa hari dalam sebulan . Tapi, wahai kaum HAWA , walaupun kamu semua tidak berpuasa , jangan bersedih . Jikalau kamu semua menyediakan makanan untuk orang yang berbuka , maka kamu semua juga dapat .

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)


Hah, kan seronok tu . Kaum ADAM pula , sepatutnya berniat untuk memenuhkan MASJID atau SURAU atau bersama keluarga sahaja menunaikan SOLAT TERAWIH berjemaah . Bagi sangat handal di padang , bagi yang sangat aktif bersosial , bagi yang sakan bershopping , bagi yang gagah di khalayak ramai , bagi yang berjaga di malam hari menonton bola , bagi yang kuat bekerja , dan segala yang sewaktu dengannya , bersolat terawih lah . Bukan 8 RAKAAT je , tapi 20 RAKAAT terus .
Memang lah pada zaman Nabi MUHAMMAD S.A.W , baginda buat sebanyak 8 rakaat sahaja , dan solat terawih ni sunat muakad je , tetapi ia hanya ada di bulan Ramadhan. 20 rakaat dibuat ketika zaman Khalifah Saidina Umar r.a . . 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: kamu hendaklah mengikut sunnah aku dan sunnah Khulafa’ Rashidin (Khalifah yang Empat), pegang kemas-kemas dengan taring-taring kamu.

Lagipun , bulan Ramadhan 30/29 hari je . Setahun pun sekali je . Dalam bulan ni kan ada satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam LAILATUL QADAR . Rasanya semua dah tahu kelebihan malam ni . So , tak payah cerita panjang berjela-jela . Cuma nak tanya , pada malam-malam awal terawih , memang ramai orang kat masjid/surau . Sejuk je mata memandang. Tapi bila dah dekat-dekat dengan raya atau malam-malam terakhir terawih , orang dah macam dah tak ada . Padahal semua tahu , malam terakhir itulah ada malam LAILATUL QADAR .

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.” (maksud sepotong hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a)

Sudah terang lagi bersuluh kan ? So , it's up to you now . Sesungguhnya pintu SYURGA sentiasa terbuka seluas-luasnya di bulan Ramadhan manakala pintu NERAKA tertutup serapat-rapatnya . 

Mungkin ada yang kata saya ni berlagak atau cakap saja , bukan dia buat pun . Baiklah , sebelum itu kemaafan yang saya pinta . Saya juga manusia seperti anda semua dan tak lari dari melakukan kesilapan . Kini , saya sedar dan cuba untuk menjadi yang muslim yang terbaik . Tutup buku lama dan buka buku baru . Setakat ini sahaja coretan kali ini , kalau panjang lagi , mungkin boring pula membacanya .

Sekian , wassalamualaikum . .