Jangan mengalah ketika jatuh,
Bangun semula sambung berlari,
Tiada kemahuan mahu bergaduh,
Hanya kerana kekhilafan diri. .
Assalamualaikum . Sekali lagi pasal SAHABAT post saya kali ini . Cuma nak kata, kitorang gaduh . Tarikh Selasa 22 Mei 2012 .
Saya yang buatkan kitorang tak bertegur beberapa hari . Mungkin sebab kata2 saya terlebih cili api dan terlampau pedas . Saya sedar kesalahan saya . Tapi, kata2 saya berunsur teguran . Teguran mestilah diberi kepada mereka yang buat salah, kan ? Nak kata dia salah, dia belum sempat buat salah lagi . Kawan saya yang lagi seorang tak pula saya tegur sebab, andai saya cakap or tegur dia pun, dia pasti MANTOL balik . Tu yang “seronok” sangat dengan dia ni . Dan, saya pula yang melebih2 tegur kawan yang belum buat kesilapan tu . So, kesimpulan saya saya yang BERSALAH dalam hal ini . Sebelum tu, saya tak nak cakap kesalahan diorang apa sebab tak baik sebarkan aib orang .
Masa balik dari sekolah, saya cepat2 turun ke bawah dengan kawan yang lain tanpa salam dia . Berdendam juga saya ni . Tinggalkan dia tanpa sepatah kata . Saya telah berlaku kejam pada kawan yang telah dianggap SAHABAT SEJATI yang SEBATI . :-( .
Lepas balik sekolah, semua pelajar telah diwajibkan untuk sembahyang dahulu sebelum balik rumah . Masa balik tu, saya sorang2 sebab kawan2 saya tinggal di asrama . Saya ternampaklah kawan saya (saya labelkan dia sebagai Sol) ada dekat bilik guru . Saya cadang nak pergi kat situ . Tapi, dekat tangga saya dengar suara SAHABAT saya, saya terus tak jadi naik .
Masa ambil wuduk, dia ada . Tapi, saya malas nak lari . Yela, tengah ambil wuduk nak berhenti buat apa . Lepas sembahyang pula, saya cepat2 keluar dan pakai kasut . Saya tunggu Sol sebab kitorang berdua letak kasut di tempat yang sama dan sama2 pelajar luar . Saya tanyalah pada Sol , SAHABAT ada cakap apa2 tak . Sol kata, masa dia kat bilik guru, SAHABAT cari saya . Masa ambil wuduk pun, Sol kata SAHABAT perhatikan saya je .
Baru saya tahu, ada juga kawan yang ambil berat pasal saya. Huhu . Petang tu kitorang balik lambat sebab ada kelas Sains . Saya curi2 tengok SAHABAT (dia kat meja sebelah saya dan duduk agak dekat dengan saya - meja makmal sebesar meja guru) . Dia memang senyap sampai cikgu pun boleh perasan . Tekaan saya, pasal saya kot . Terlupa pula, masa lepas tegur, saya ada cakap 'tak nak kawan' pada dia dengan nada ngada2 + serius . Tapi, alasan yang dia bagi sebab dia puasa .
Seharian tu memang tak tegur lagi . Esok pun sama cuma dia dah boleh bising2 sikit . Time dia MENCARUT saya teringin nak tegur, tapi saya biarkan je dia . Tak ada mood untuk menegur . Hari berikutnya, masa balik sahaja berjumpa tapi dalam kelompok semasa tengah lepak2 dengan KAWAN lain . Dia datang dan cakap dia balik dulu dan menghulurkan tangan untuk salam . Saya sambut salam dia, tapi ego saya menghalang saya melihat dia . Saya salam dia sambil toleh kepada orang lain .
Hari berikutnya, iaitu Jumaat, saya masih mengelak dari berjumpa dengan dia. Sampailah masa kelas tambahan semasa cuti 2 minggu anjuran pihak sekolah, barulah saya berteguran dengan dia. Masih layakkah saya masih bergelar seorang teman dengan melayan dia begitu ? Saya rasa, memang dia lebih baik jika bersahabat dengan orang lain . Sebab, saya sendiri tidak merasa saya patut ada kawan sebaik dia . Sejujurnya, dia juga yang BUKA MATA HATI saya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH . Saya tertanya2, adakah saya masih layak menerima SAHABAT sedangkan diri saya masih dalam kehinaan . Mungkin saya patut menjauhkan diri saya dari dia sehingga saya betul2 bersedia .
Walau bagaimana pun, kitorang dah berbaik semula . Saya rasa setakat ini sahaja coretan post kali ini . Saya berharap, SAHABAT sudi memaafkan diri saya . AMIN AMIN AMIN YA RABBALAMIN . Sekian, syukran . Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh . .
Saturday, 9 June 2012
Friday, 8 June 2012
FAEDAH ZIKIR
Anak Pak Mail sedang bersukan,
Sebelum itu solat sunat dua rakaat,
Kali ini ingin mengongsikan,
Faedah-faedah zikir, semoga bermanfaat . .
"7 Faedah Zikir"
Mengingat ALLAH (baca: dzikir) merupakan pokok dari pada syukur. Manfaat yang besar dapat diperoleh dengan mengerjakan amalan ini. Namun, sayang sekali kebanyakan orang melupakan dan melalaikannya. Padahal, faedah dzikir itu banyak sekali, di antaranya adalah:
[1] Mendatangkan pertolongan Allah
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (QS. al-Baqarah: 152)
[2] Mendatangkan ampunan dan pahala yang besar
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allah, lelaki maupun perempuan, maka Allah sediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang sangat besar.” (QS. al-
Ahzab: 35)
[3] Sebab hidupnya hati
RASULULLAH shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Perumpamaan orang yang mengingat Rabbnya
(Allah) dengan orang yang tidak mengingat Rabbnya, seperti perumpamaan orang yang hidup dengan orang yang sudah mati.” (HR. Bukhari)
[4] Mendatangkan ketentraman jiwa
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tentram.” (QS. ar-Ra’d: 28)
[5] Jauh dari perangkap setan
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Barangsiapa yang berpaling dari mengingat ar-Rahman maka akan Kami jadikan setan sebagai pendamping yang selalu menemaninya.” (QS. az-Zukhruf: 36)
[6] Jalan menuju keikhlasan
ALLAH TA'ALA berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya orang-orang munafik itu berusaha mengelabui Allah, sedangkan Allah justru mengelabui mereka. Apabila mereka berdiri untuk sholat maka mereka berdiri dengan penuh kemalasan, mereka mencari-cari pujian manusia, dan mereka sama sekali tidak mengingat Allah kecuali sedikit.” (QS. an-Nisaa’: 142)[7] Perlindungan Allah pada hari kiamat
RASULULLAH shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Allah pada hari kiamat… di antaranya adalah seorang lelaki yang mengingat Allah dalam keadaan sepi, kemudian meneteslah air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dan yang perlu diingat bahwasanya dzikir yang benar adalah yang dilandasi keikhlasan niat dan dikerjakan dengan mengikuti Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allahul muwaffiq.
Sekian, semoga bermanfaat . . Wassalamualaikum . .
Friday, 11 May 2012
SAHABAT VS KAWAN
Semakin ku ingin rapati SAHABAT,
semakin ku jauh darinya dek halangan melintasi . .
Ingin ku mengadu pada seseorang,
insan bernama SAHABAT . .
Tetapi, benteng bernama KAWAN telah menghalang . .
Adalah seharusnya aku mengadu pada Yang Maha Mendengar
kerana aku adalah makhluk ciptaan-Nya . .
Lebih baik aku menangis
tanpa SAHABAT di sisi
kerana ALLAH sentiasa ada bersamaku . .
Saat ada INSAN datang menghampiri,
lantas aku mengelap titisan air mata yang bermanik di mata . .
Menjarakkan hubungan bukan atas dasar kerelaanku . .
Mungkin bahkan sememangnya
ada HIKMAH atas setiap yang berlaku . .
Tapi demi KAWAN,
demi KAWAN yang mahu mendekati SAHABAT,
pengorbanan perlu dilakukan . .
Anggapanku, akulah yang perlu mengundurkan diri,
akulah yang wajar ditolak ke tepi . .
Kerana,
bukan setiap detik yang berlalu
aku sentiasa di samping SAHABAT . .
Sesungguhnya, aku sendiri mengaku,
aku bukanlah SAHABAT SEJATI mu . .

Thursday, 3 May 2012
Pertandingan Perbahasan
Pergi bersiar di negeri Kedah,
Singgah dahulu ke Pekan,
Pertandingan bahas memang susah,
Walaupun payah pengalaman menyeronokkan.
Assalamualaikum . . Mula minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update ceritera kat blog ni . . Antara sebabnya, malas. . Hehehe . . Sebab lain tak ada masa . . Dan juga sebab lupa . .
Cukup setakat ini pengenalan . . Hehe . . Nak cerita pengalaman masa pertandingan perbahasan . . Banyak sungguh yang saya pelajari semasa masuk pertandingan ini . . Kakak2 yang saya tak kenal pun boleh jadi rapat . . Mula2 saya tak nak pun kenal dengan diorang, tapi sejak diorang mula MANTOL2 dengan saya, saya pun mula mantol balik laa . . Tak nak mengalah . . Hehe . . Saya masuk bahas ni semasa pertandingan peringkat sekolah . . Tapi, sebelum pertandingan tu, Cikgu Maisarah (Cikgu Mai) memang nak ambil saya sebagai PELAPIS sahaja . . Selepas mesyuarat(cikgu2), saya jumpa dengan Cikgu Mai dan dia suruh saya masuk peringkat sekolah sebab nak tengok macam mana saya berbahas. .

Peringkat sekolah(wakil rumah sukan-merah), saya menjadi menteri ke-2, barisan kerajaan . . Berhadapan dengan pembangkang(rumah biru), dan pembangkang ke-2 ialah Kak Amira Nashihin(Kak Chi'in) . . Mula2 tengok muka dia memang TAKUT, SO SCARY . . Huhuhu . . Pembahas terbaik Maahad Lughatul Quran . . Tapi, kumpulan dia kalah . . Hehe . . Sebab pembangkang ke-3 tak bercakap apa2 . . Kumpulan saya dapat johan . . Kumpulan ke-2 rumah kuning . . Semasa saya berdiri untuk membidas, memang gagap . . Ramai mengejek saya . . STRES!! Sampai hari ini saya tersipu2 malu bila mengenangkannya . .
Semasa nak ke peringkat negeri (wakil sekolah), 2 minggu (lebih kurang) baru kitorang berbincang pasal tajuk2 yang akan dibahaskan. . 3 tajuk kerajaan, 1 tajuk sama ada kerajaan atau pembangkang . . Memang tak sempat laa . . Tapi, belum dipilih menjadi wakil sekolah lagi, baru pemilihan . . Lagi 2 hari sebelum pertandingan sebenar tu, baru saya TERPILIH . . Takut jugak la tak terpilih, dalam masa yang sama harap jugak tak terpilih . . Hehe . . Pelik kan ? ? Apa pun, saya seorang je lelaki yang terpilih serta saya seorang je form 3 yang dipilih . . Bangga jugak laa . . Dalam masa yang sama, takut jugak laa . . Kenapa takut ? ? Yela, kan wakil sekolah, bukan wakil tingkatan . . Lawan pulak dengan sekolah yang diwakili oleh budak2 menengah atas (kecuali form 6), siapa tak gentar . . Huhu . . Nasib baik dah lepas . .
Ok, saya bukan pergi dengan geng bahas je, tapi dengan wakil2 yang lain jugak (misalnya syarahan, nasyid, seni khat) . . Ramai jugak laa . . Pertandingan yang berkumpulan (kecuali nasyid) diadakan pada hari Jumaat . . Selebihnya, pada hari Sabtu . . Saya tak ada kawan la masa hari tu, cuma Solihen (wakil sekolah-forum) dan Isma (wakil sekolah - tamsiliah) . . Tapi Solihen balik awal sebab Ustaz Rashid (guru forum) nak jemput isteri dia dekat Negeri Sembilan . . Jadi diorang balik dulu . . Isma jumpa masa dah nak pergi sembahyang jumaat . . Apa pun, memang sepi lah tak ada kawan . . Sekolah tu kecil je, sebab tu banyak tempat (berpecah - jauh2 pulak tu) . .
Tapi, lepas sembahyang jumaat, saya jumpa Cikgu Mai dan Saufi . . Nasib baik Saufi ada . . Kenapa Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi ? ? Sebab, masa hari jumaat tu, pensyarah Cikgu Mai datang . . Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi tapi dengan syarat kitorang menang saringan . . Saufi ikut sebab sepanjang latihan bahas (bukan datang semua laa) dia ada temankan saya . . Yela, saya seorang je hero bahas (bangga kejap) masa latihan . . Hehe . . Kalau ikutkan, ada lagi yang Cikgu Mai nak bawa, tapi keadaan tak mengizinkan . . Tak pe lah . . Ada Saufi okeylah . . Tak lah saya sunyi . .
Bercerita pulak masa di medan perbahasan . . Saya selaku PERDANA MENTERI . . Huhu . . Bangga la jugak . . Tapi, ada jugak yang sampai ke hari ini mengejek saya . . Apapun, saya tak kisah sangat (walaupun hati geram) . . Masa lawan dengan SMALAT ( SMA Lughatul Arabiah, Tangkak), saya memang agak pening . . Sebab dalam perjalanan ke Sekolah Khairiah Segamat, saya mabuk(mabuk air-cond) . . Takut jugak . . Tapi, saya yakinkan diri saya . . Kami cuma disokong oleh Cikgu Mai dengan Mak Min . . Tak nafikan jugak kawan2 bagi sokongan. Tapi, berbanding kawan2 saya yang jugak jadi wakil sekolah, mereka dapat sokongan dari cikgu2 dan peserta lain, tapi kitorang?? Hanya hadapi bersama2 tanpa sokongan padu dari orang lain . .
Dipendekkan cerita, kami menang saringan tapi kalah peringkat 1 . . Kalah lawan dengan SMA Keluang, Johor . . Geram, sedih dan perasaan yang dirasai apabila kalah dirasai masa diumumkan 'usul ditolak' . . Kak Teha (menteri ke-3) nangis masa kitorang kalah . . Bagi dia, dia punca kekalahan kitorang . . Padahal, kami kalah 3-0 . . Maksudnya, kami bertiga sama2 kalah dengan lawan kami . . Yang payahnya, saya tak suka bergambar (tak ada kena mengena kan?) . . Sebab, lepas dah tamat lawan tu, ada lah cikgu suruh tangkap gambar beramai2 . . Saya memang tak suka bergambar . . Biarlah orang kata apa, itulah diri saya . .
Lepas kalah tu, kami bergerak ke Sekolah Agama Parit Jawa(tempat bahas bahasa arab diadakan) . . Diringkas cerita, bahas bahasa arab dapat masuk final . . Malahan, mendapat johan dalam pertandingan tu . . Jealous pun ada gak . . Nak diakhirkan cerita, kami balik malam . . Kesian Ustaz Mubin . . Dia pemandu tapi kami semua penumpang tidur . . Termasuk saya lah tu . . Sebelum balik, kami(perkataan yang lebih sedap) singgah ke kedai makan dahulu . . Sebelum terlupa, saya balik naik van sekolah bersama2 dengan peserta tamsiliah dan bahas bahasa arab (lelaki sahaja) . .
Sampai sekolah, saya lepak dekat surau untuk cas bateri telefon saya yang dah lemah (jahat gak saya ni) untuk telefon abang saya atau mak saya (lupa pulak) . . Malam tu (hari tu sekali) memang tak boleh dilupakan . . Malam tu saya memang agak sedih lah . . Apa pun, saya akan cuba pada tahun hadapan . .
Tapi, rasanya, macam nak cuba yang lain . . Tengoklah tahun hadapan saya masuk apa . . Apa pun yang saya masuk, target saya dapat nombor tiga atau ke-atas . . Sekian, wassalamualaikum . .
Singgah dahulu ke Pekan,
Pertandingan bahas memang susah,
Walaupun payah pengalaman menyeronokkan.
Assalamualaikum . . Mula minta maaf sangat2 sebab dah lama tak update ceritera kat blog ni . . Antara sebabnya, malas. . Hehehe . . Sebab lain tak ada masa . . Dan juga sebab lupa . .
Cukup setakat ini pengenalan . . Hehe . . Nak cerita pengalaman masa pertandingan perbahasan . . Banyak sungguh yang saya pelajari semasa masuk pertandingan ini . . Kakak2 yang saya tak kenal pun boleh jadi rapat . . Mula2 saya tak nak pun kenal dengan diorang, tapi sejak diorang mula MANTOL2 dengan saya, saya pun mula mantol balik laa . . Tak nak mengalah . . Hehe . . Saya masuk bahas ni semasa pertandingan peringkat sekolah . . Tapi, sebelum pertandingan tu, Cikgu Maisarah (Cikgu Mai) memang nak ambil saya sebagai PELAPIS sahaja . . Selepas mesyuarat(cikgu2), saya jumpa dengan Cikgu Mai dan dia suruh saya masuk peringkat sekolah sebab nak tengok macam mana saya berbahas. .

Peringkat sekolah(wakil rumah sukan-merah), saya menjadi menteri ke-2, barisan kerajaan . . Berhadapan dengan pembangkang(rumah biru), dan pembangkang ke-2 ialah Kak Amira Nashihin(Kak Chi'in) . . Mula2 tengok muka dia memang TAKUT, SO SCARY . . Huhuhu . . Pembahas terbaik Maahad Lughatul Quran . . Tapi, kumpulan dia kalah . . Hehe . . Sebab pembangkang ke-3 tak bercakap apa2 . . Kumpulan saya dapat johan . . Kumpulan ke-2 rumah kuning . . Semasa saya berdiri untuk membidas, memang gagap . . Ramai mengejek saya . . STRES!! Sampai hari ini saya tersipu2 malu bila mengenangkannya . .
Semasa nak ke peringkat negeri (wakil sekolah), 2 minggu (lebih kurang) baru kitorang berbincang pasal tajuk2 yang akan dibahaskan. . 3 tajuk kerajaan, 1 tajuk sama ada kerajaan atau pembangkang . . Memang tak sempat laa . . Tapi, belum dipilih menjadi wakil sekolah lagi, baru pemilihan . . Lagi 2 hari sebelum pertandingan sebenar tu, baru saya TERPILIH . . Takut jugak la tak terpilih, dalam masa yang sama harap jugak tak terpilih . . Hehe . . Pelik kan ? ? Apa pun, saya seorang je lelaki yang terpilih serta saya seorang je form 3 yang dipilih . . Bangga jugak laa . . Dalam masa yang sama, takut jugak laa . . Kenapa takut ? ? Yela, kan wakil sekolah, bukan wakil tingkatan . . Lawan pulak dengan sekolah yang diwakili oleh budak2 menengah atas (kecuali form 6), siapa tak gentar . . Huhu . . Nasib baik dah lepas . .
Ok, saya bukan pergi dengan geng bahas je, tapi dengan wakil2 yang lain jugak (misalnya syarahan, nasyid, seni khat) . . Ramai jugak laa . . Pertandingan yang berkumpulan (kecuali nasyid) diadakan pada hari Jumaat . . Selebihnya, pada hari Sabtu . . Saya tak ada kawan la masa hari tu, cuma Solihen (wakil sekolah-forum) dan Isma (wakil sekolah - tamsiliah) . . Tapi Solihen balik awal sebab Ustaz Rashid (guru forum) nak jemput isteri dia dekat Negeri Sembilan . . Jadi diorang balik dulu . . Isma jumpa masa dah nak pergi sembahyang jumaat . . Apa pun, memang sepi lah tak ada kawan . . Sekolah tu kecil je, sebab tu banyak tempat (berpecah - jauh2 pulak tu) . .
Tapi, lepas sembahyang jumaat, saya jumpa Cikgu Mai dan Saufi . . Nasib baik Saufi ada . . Kenapa Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi ? ? Sebab, masa hari jumaat tu, pensyarah Cikgu Mai datang . . Cikgu Mai datang lepas sembahyang jumaat dengan Saufi tapi dengan syarat kitorang menang saringan . . Saufi ikut sebab sepanjang latihan bahas (bukan datang semua laa) dia ada temankan saya . . Yela, saya seorang je hero bahas (bangga kejap) masa latihan . . Hehe . . Kalau ikutkan, ada lagi yang Cikgu Mai nak bawa, tapi keadaan tak mengizinkan . . Tak pe lah . . Ada Saufi okeylah . . Tak lah saya sunyi . .
Bercerita pulak masa di medan perbahasan . . Saya selaku PERDANA MENTERI . . Huhu . . Bangga la jugak . . Tapi, ada jugak yang sampai ke hari ini mengejek saya . . Apapun, saya tak kisah sangat (walaupun hati geram) . . Masa lawan dengan SMALAT ( SMA Lughatul Arabiah, Tangkak), saya memang agak pening . . Sebab dalam perjalanan ke Sekolah Khairiah Segamat, saya mabuk(mabuk air-cond) . . Takut jugak . . Tapi, saya yakinkan diri saya . . Kami cuma disokong oleh Cikgu Mai dengan Mak Min . . Tak nafikan jugak kawan2 bagi sokongan. Tapi, berbanding kawan2 saya yang jugak jadi wakil sekolah, mereka dapat sokongan dari cikgu2 dan peserta lain, tapi kitorang?? Hanya hadapi bersama2 tanpa sokongan padu dari orang lain . .
Dipendekkan cerita, kami menang saringan tapi kalah peringkat 1 . . Kalah lawan dengan SMA Keluang, Johor . . Geram, sedih dan perasaan yang dirasai apabila kalah dirasai masa diumumkan 'usul ditolak' . . Kak Teha (menteri ke-3) nangis masa kitorang kalah . . Bagi dia, dia punca kekalahan kitorang . . Padahal, kami kalah 3-0 . . Maksudnya, kami bertiga sama2 kalah dengan lawan kami . . Yang payahnya, saya tak suka bergambar (tak ada kena mengena kan?) . . Sebab, lepas dah tamat lawan tu, ada lah cikgu suruh tangkap gambar beramai2 . . Saya memang tak suka bergambar . . Biarlah orang kata apa, itulah diri saya . .Lepas kalah tu, kami bergerak ke Sekolah Agama Parit Jawa(tempat bahas bahasa arab diadakan) . . Diringkas cerita, bahas bahasa arab dapat masuk final . . Malahan, mendapat johan dalam pertandingan tu . . Jealous pun ada gak . . Nak diakhirkan cerita, kami balik malam . . Kesian Ustaz Mubin . . Dia pemandu tapi kami semua penumpang tidur . . Termasuk saya lah tu . . Sebelum balik, kami(perkataan yang lebih sedap) singgah ke kedai makan dahulu . . Sebelum terlupa, saya balik naik van sekolah bersama2 dengan peserta tamsiliah dan bahas bahasa arab (lelaki sahaja) . .
Sampai sekolah, saya lepak dekat surau untuk cas bateri telefon saya yang dah lemah (jahat gak saya ni) untuk telefon abang saya atau mak saya (lupa pulak) . . Malam tu (hari tu sekali) memang tak boleh dilupakan . . Malam tu saya memang agak sedih lah . . Apa pun, saya akan cuba pada tahun hadapan . .
Tapi, rasanya, macam nak cuba yang lain . . Tengoklah tahun hadapan saya masuk apa . . Apa pun yang saya masuk, target saya dapat nombor tiga atau ke-atas . . Sekian, wassalamualaikum . .
Subscribe to:
Posts (Atom)