Saturday, 20 February 2016

MUET, Tips and Story

Bismillah,

Assalamualaikum. hari ini saya teringin berkongsi perihal MUET. Apa itu MUET?

MUET adalah singkatan Malaysian University Englist Test. Kiranya, sebelum masuk ke universiti, anda perlu melepasi ujian ini. Tapi for those yang amik STPM, STAM and etc sahaja yang ambil MUET ni.

MUET ni terbahagi kepada 4 paper. Susah? Bergantung kepada mindset seseorang. Kalau tanya saya, saya suka senyum je. Hahaha

Paper 1 - Speaking

Paper ni paling senang bagi saya :) Anda hanya perlu banyak cakap sahaja! Grammar salah or tak, itu kena praktis sekarang! Jujurnya, cikgu yang ajar saya MUET past year cikgu BARU mengajar MUET! Giler KAU! Hahaha. But she was so sporting teacher! Awesome :) She asked us to speak and discuss in English. Everytime she entered the class, she asked one of us to speak anything that we would like to talk about. Easy lah. Hahaha

Untuk makluman, paper speaking jarak dalam sebulan dua berbanding paper yang lain.

Paper 2 - Reading

This paper quite easy too. It's an objective paper. So, if you don't know the answer, move on to the next question. Don't waste your precious time. When you're done, then double check for your answer. My advise for those taking this paper, don't forget to bring your SNIPER! Hahaha.

Actually, this paper just need you to read the given article, about 6-7 article, I don't remember it. Each article followed by about 5-8 questions.

Paper 3 - Listening

This paper similar like PT3's paper. We have to answer by listening to the audio given. It's quite tough if you don't prepare yourself for this paper. Example, you should listen and write to english song without lyrics. If you ask me, I just imagined the lyrics for any english song because I'm quite lazy to write it down. Hahaha.

You also could watch english video or movie without subtitles! My tips, I watched cartoon on DisneyXD. Hahaha. I don't care as long it give me benefits. Also, watched Oh My English :)

Paper 4 - Writing

Okay, this is the tough one. Really, For me instead, not for you. Hehehe. Do you want to know something? My schoolmates learned this format about 2-3 days before the exams! Plus, just ONE DAY the teacher teached us. So sad! Then, our paper was the first paper used pie chart! That's why I said, this is the tough paper for me. I don't prepare much for this paper! Huhuhu. Pity me :'(

However, I had passed it. Alhamdulillah. The result so-so. Haha

Uish, jarang sekali saya speaking ni. Haha. Anyway, sekian untuk kali ini. Maaf andai terdapat kesilapan. Saya masih belajar :)

Wassalamualaikum ;)

Wednesday, 17 February 2016

Pengenalan STAM

Bismillah,

Assalamualaikum semua pembaca sekalian! Kaifa haluka? Ana bilkhair, alhamdulillah wa syukur lillah :)

Baiklah, untuk post kali ini, saya akan cerita sedikit berkenaan STAM. Anda pernah dengar? Saya yakin kebanyakkan pelajar, ibu bapa malah tidak tahu berkenaan STAM ini. Saya akan kupas sedikit.

Apa itu STAM?

STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya!

STAM boleh diambil selepas SPM dan mengambil masa hanya 10 bulan sahaja. Namun, terdapat beberapa syarat untuk mengambil STAM, antaranya:


  • Mengambil Sijil Menengah Agama (Johor) atau Sijil Menengah Ugama (Tak pasti negeri mana, Hehe), dan/atau
  • Mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi ketika menduduki peperiksaan SPM, dan/atau
  • Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM, dan/atau
  • Melepasi Imtihan Qabul - Peperiksaan Kelayakan
Jika anda nak tahu, ada sesetengah sekolah seperti Maahad Johor, hanya menerima pelajar yang mempunyai sijil SMA. Sejak tahun 2015, sekolah tersebut hanya menerima minimum pangkat Jayyid (Baik) untuk diterima masuk ke situ.

Ada jugak sekolah yang menerima pelajar yang hanya mengambil mata pelajaran Bahasa Arab. Itu semua bergantung pada sekolah tersebut. Ehem, tu laa sekolah saya - Maahad Lughatul Quran.

Bilangan subjek pun ada 10 sahaja. Kami panggil 'madah':

  • S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
  • S102 – Fiqh
  • S103 – Tauhid dan Mantiq 
  • S104 – Tafsir dan Ulumuhu
  • S105 – Hadith dan Mustolah
  • S106 – Nahu dan Sarf
  • S107 – Insya’ dan Mutalaah
  • S108 – Adab  dan Nusus
  • S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
  • S110 – Balaghah 
Inilah subjek yang anda akan ambil. Saya paling suka subjek FiQh, Nahu dan Sarf, serta Arudh dan Qafiyah. Best giler. Mungkin guru yang mengajar kot. Huhuhu.

TAPI!

Jika anda sekadar ambil untuk sambil lewa, mohon terus pada bidang yang lain. STAM bukan bidang yang anda jadikan pilihan terakhir selepas anda gagal di tempat lain. STAM ini lebih mencabar! Serius, tak tipu. Andai anda bersungguh, celah gigi je lulus.

Tapi, untuk lulus satu je syaratnya. LULUS SEMUA SUBJEK. Mudah kan> :P

Sekian, itu sahaja dahulu. InsyaALLAH, next saya akan share lagi pasal STAM.

Wassalamualaikum.

Tuesday, 16 February 2016

Catatan Kembali :)

Bismillah,

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Sekian lama tidak menjengah,
Hadir kini membawa berita.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, akhirnya saya kembali menulis di dalam blog ini. Nampak gaya, blog ini tetap dapat kunjungan walaupun sudah ditinggalkan sekian lama. Hehehe. Terima kasih.

Harap semuanya dalam redha ALLAH di samping kesihatan yang baik. Maaf, dua tahun kebelakangan ini (2014-2015), saya kurang update blog.

Nak tahu kenapa?

Ini saya nak cerita. Dua tahun tersebut adalah tahun mencabar bagi saya. Antara sebabnya:
  • Saya first time tinggal di asrama - tingkatan 5-6
  • Jarang pulang ke rumah - walau family datang every week
  • menduduki SPM - tahun 2014
  • menduduki STAM - tahun 2015
Saya yakin, ada yang gelak sebab tingkatan 5 baru masuk asrama. Well said, saya ANAK EMAK. Hahahaha.

Instead, sekarang saya akan mula menulis semula di blog ini. InsyaALLAH. Doakan okay :)

Ilal LiQa' wa Ma'as Salamah :)

Wassalamualaikum.

Tuesday, 19 May 2015

Kun Anta - Humood AlKhudher

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر

( Korus )
---------------------------------------
لا لا
لا نحتاج المال
كي نزداد جمالا
جوهرنا هنا
في القلب تلالا

لا لا
نرضي الناس بما لا
نرضاه لنا حالا
ذاك جمالنا
يسمو يتعالى

Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
Oh wo oh, Oh wo oooh
كن أنت تزدد جمالاً
---------------------------------------
لا لا لا لا لا لا لا لا
أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني

( Ulang korus )

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
أهوى أنا، لن أرضى أنا برضاهم وأكون أنا، ما


( Ulang korus )

Wednesday, 7 January 2015

Buat Renungan Sahabat

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan per.ut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Kongsi bersama
: Saudara2ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Saudara2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga 
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku tahu saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Thursday, 1 January 2015

Cerpen pendek : "Tak Terkira Nilainya"

Boom! Boom! Boom! Bunga api kelihatan sangat cantik dengan pelbagai warna. Pemergian 2014 membawa pelbagai kisah suka dan duka, tawa dan lara, ujian dan dugaan. Datangnya 2015 pula dipenuhi dengan pelbagai azam yang membara bagi menghadapi cabaran yang bakal melanda.

Dua orang remaja sedang menyaksikan persembahan bunga api itu berhampiran dataran sambil duduk di bahu jalan yang telah ditutup.

"Wow! Subhanallah. Cantiknya bunga api ni. Nasib baik kau ajak aku. Tak sia² aku datang. Hehe."

"Chillax la bro! Macamlah first time kau tengok bunga api," usik Imran.

"Hahaha. Tak ada lah first time. Ingat aku kuno sangat ke?" bahu temannya ditumbuk lembut.

"Manalah tahu kot² kau baru keluar dari hutan ke?" selamba Imran membalas.

"Hahaha. Erm, Im. Terima kasih bawa aku pergi dataran ni." Imran hanya mengangguk.

"Im, sempena tahun baru ni, aku nak tanya kau satu soalan."

"Kau ni Min, ada² je ek. Haa, apa dia? InsyaALLAH, kalau aku boleh jawab, aku jawab."

"Okey. Sepanjang hidup kau ni, kau ..."

"Woi, macam susah je soalan kau ni?"

"Hahaha. Soalan tak habis lagi la bro." Amin meneruskan bicaranya yang terhenti. "Sepanjang hidup kau ni, kau ada berapa orang kawan?" Berkerut dahi Imran.

"Kan aku dah cakap, soalan kau susah. Kau memang tak pernah nak bagi aku senang kan?" Imran mencebikkan muka. Amin terus tergelak dengan reaksi sahabatnya itu.

"Hahaha. Cuba je lah jawab, banyak complain pulak."

"Yelaa. Aku fikir jap," Imran diam sejenak. "Erm, seratus kot. Eh silap,  seribu rasanya. Cuit, aku rasa tak terkira kot."

"Haaa, itulah yang aku nak dengar!" Amin tersengih.

"Buang tebiat ke kau ni? Kenapa kau tanya macam tu?"

"Kalau kau nak tahu, macam tu lah berharga sahabat seperti kau, tak terkira nilainya," Amin memaut bahu Imran.

"Oh, itu aku pun tahu," kata Imran bersahaja. "Kau pun sama, sahabat terbaik dari ladang," ujar Imran sambil memaut bahu Amin juga.

"Hahaha. Alhamdulillah. Kita kawan till Jannah tau," kata Amin.

"Boleh, tapi ada syaratnya," sakat Imran.

"Eh engkau ni, sempat lagi nak bersyarat. Apa syaratnya?"

"Andai tak jumpa aku kat Jannah tu, kau mohon kat Allah supaya keluarkan aku dari neraka ea? Itu je yang aku nak kau tolong, boleh?" hajat Imran. Mata Amin berair.

"Eh bro, jangan nangis. Tak cool la. Tak malu ke orang lain nampak? Tak nak aku ada kawan dengan orang gembeng ni," Amin tergelak sambil menyiku Imran. Imran mengaduh manja diikuti tawa Amin lagi. Betapa hangatnya ukhuwah mereka atas paksi keimanan kepada Allah.

"Insya-Allah bro. Kau pun sama tau. Request kat Allah kalau tak jumpa aku kat Jannah tu, jangan sombong pulak."

"Hahaha, ok bro. Kita sama² janji, insya-Allah."

"Bagus." Amin menyambung, "Dah lah, jom balik. Pertunjukkan dah habis. Nanti ummi aku bising pulak. Kau confirm kan tidur rumah aku? Mak kau tak bising ke?"

"Confirm lah. Dengan kau, mak aku memang bagi lampu hijau je," Imran membalas.

"Hahaha, okay². Yok gerak."

Mereka menghidupkan motor mereka dan meninggalkan dataran bersama-sama orang lain yang mula beredar dari dataran tersebut. Azam baru direka lagi iaitu ingin bersahabat atas paksi iman kepada Allah agar bertemu di syurga Allah nanti, insya-Allah.

Wednesday, 31 December 2014

KESALAHAN SERIUS KETIKA MEMAKAI TUDUNG

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        2. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        pendek.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        3. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        ‘menggoda’.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        jambul dan/atau hujung rambutnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        pasaraya dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        tudung.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        dadanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        9. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        anak rambut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        10. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        11. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas                                                                                                                            

Wednesday, 10 December 2014

Musibah, ini suatu petanda!

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah sahabat, kita masih berpeluang bernafas sehingga ke detik ini, setinggi-tinggi pujian ke atas ALLAH yang Maha Tinggi dan selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, nabi Muhammad SAW.

Wahai Sahabat,
Semakin hari, kita lihat semakin banyak kejadian ataupun bencana yang berlaku di dunia ini. Pelbagai perkara yang tidak disangka-sangka melanda kita. Antaranya isu kapal terbang milik MAS MH370 dan MH017 yang hilang dan terhempas, serta yang terkini isu banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Wahai Sahabat,
Sedarkah kita bahawa ini adalah salah satu tanda kiamat. Dahulu, ketika zaman persekolahan, kita acap kali membahaskan tanda-tanda kiamat yang akan berlaku, malah ada yang telah berlaku.

Sahabat,
Bisakah kita imbas kembali tanda-tanda tersebut? Maaf, saya mohon agar sahabat sekalian mencarinya sendiri kerana saya tahu, sedikit sebanyak, sahabat sekalian telah mengetahui antara tanda-tandanya.

Sahabat,
Soal diri kita, biarkan hati kita yang menjawab. Sudah cukupkah amalan kita ini? Seteguh apa pula iman kita? Sebanyak mana amalan kita sebagai bekalan di akhirat nanti? Sudah pastikah kita dapat melintasi titian sirat? Sudah terjaminkah kita ke syurga? Sudah utuhkah tiang agama kita? Sudah terlepaskah kita dari bebanan dunia? Sahabat, sudah terimakah amalan kita selama ini? Wahai sahabat, sudah diterimakah taubat kita selama ini? Wahai sahabat sekalian, soal diri kita, sudah kah kita? Istighfarlah sebanyak mungkin. Astaghfirullahal adzim.

Wahai sahabat,
Pesanan ini, tidak lain tidak bukan melainkan untuk menyedarkan diri kita yang semakin hari semakin lalai dengan keindahan dunia yang fana. Jangan terleka sahabat! Ayuh bangkit dengan amalan yang teguh! Kekalkan muafakat! Lakukan amar maaruf nahi mungkar! Ubahlah sahabat! Ana menyeru pada sahabat sekalian, ubahlah! Doakan juga pada ibu bapa kita, keluarga kita, waris kita, kawan-kawan kita, muslimin dan muslimat kita. InsyaALLAH, kita bertemu di syurga kelak!

Tetapi sahabat,
Ana mohon pada sahabat semua. Jika antum tidak menemui ana di syurga kelak, mohonlah pada ALLAH agar mengeluarkan ana dari neraka yang tidak tertahan azabnya. Ana merayu pada sahabat sekalian! Semoga coretan ini bisa menjadi saksi yang mengizinkan ana ke syurga kelak! InsyaALLAH..

Wassalamualaikum wbt.

Untukmu Wahai Pasangan Jannah

Bismillahirrahmanirrahim

Buah mangga di atas para,
Hendak dijamu bersama betik,
Singgah hanya sebentar cuma,
Berkongsi ilmu yang dipetik ...

Assalamualaikum ... Alhamdulillah, dah lama ana tak bukak blog ni ... Berhabuk dah ni *amik kain, lap skrin* ... Hehehe ... Btw, ni ada dapat dari facebook kalau tak silap ... Dah lama simpan cuma tak publish ...

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :
1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.

Sunday, 29 June 2014

Puisi Ramadhan Ku

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti ! Ramadan Kareem ! Bagi entri kali ini, ana hanya mampu luangkan masa membuang puisi. Terimalah puisi yang tak seberapa ni. Tajuknya, Ramadhan oh Ramadhan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Sebuah perhentian,
Pelbagai kenikmatan,
Tanpa sempadan.

Ramdhan oh Ramadhan,
Diturunkan al-Quran,
Menjadi panduan,
Sepanjang zaman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Penuh keberkatan,
Juga pengampunan,
Dari ar-Rahman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Pintu syurga diluaskan,
Pintu neraka dirapatkan,
Azab kubur diberhentikan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Kebebasan dari syaitan,
Dipenuhi pelbagai amalan,
Keabdian kepada tuhan.

Ramadhan oh Ramadhan,
Nafsu dihantar syaitan,
Memerangkap insan,
Hanya dihalang oleh kemantapan iman.

Ramadhan oh Ramadhan,
Tanpa minuman juga makanan,
Dilakukan hampir seharian,
Menduga kesabaran.

Ramadhan oh Ramadhan,
Semoga bukan pengakhiran,
Bagi sebuah kehidupan,
Sebelum cukup amalan.

Ana ada kisah sebelum ramadhan ni, tapi insyaALLAH pada entri yang akan datang. Mengenai seorang perempuan India yang memberi nasihat pada ana. La'allakum minnan naajihin, insyaALLAH !

Saturday, 22 March 2014

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum . Alhamdulillah , sekian lama tidak ber'sua' , akhirnya ana dapat buka blog ni . Untuk pengetahuan umum , ana dah tinggal di asrama tahun ni . Maka , masa semakin singkat dan bertambah padat . Berbalik pada tajuk , ana nak kongsikan pada semua tentang sunnah-sunnah Nabi . Adakah kita dah amalkan ia dengan istiqamah ? Tepuk dada tanya iman . Berikut adalah seratus sunnah Nabi Muhammad SAW :

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Antara 100 di atas , berapakah yang telah kita lakukan secara berterusan ? Renung-renungkan lah :) . Sekian , wassalamualaikum :D

Monday, 9 December 2013

Kesalahan Rukun Solat - Rukun Qauli


بسم الله الرحمن الرحيم


Bersiar-siar menuju ke pekan,
Mahu membeli buah longan,  
Mahu menegur satu kesilapan,
Yang sering kita lakukan .


Assalamualaikum . sekian lama ana dah tak update blog ini , hari ini ana nak kongsikan mengenai Rukun Solat . Rukun Solat ? Yup , Rukun Solat . Kenapa ana nak sentuh pasal Rukun Solat ni ? Ingat orang tak tahu ke ? Macam ni . Dalam solat , apabila kita melanggar Rukun Solat , maka solat kita adalah terbatal a.k.a tidak sah . Sememangnya, semua mengetahui bahawa Rukun Solat ada 13 dan terbahagi kepada tiga kategori ; rukun Qalbi , rukun Qauli , dan rukun Fi’li . Tapi , kali ini ana Cuma nak sentuh rukun Qauli sahaja .


Rukun Qauli ni bermaksud rukun yang kita kena ucapkan, WAJIB dilafazkan . Bermakna di sini , andai kita tidak lafazkan, solat kita adalah tidak sah . Yup, TIDAK SAH ! Dilafazkan macam mana ? Cukup sekadar didengar oleh telinga kita . Andai sembahyang berjemaah , tak perlu la sampai ganggu orang sebelah .

5 Rukun Qauli :

1. Takbiratul Ihram 


2. Bacaan al-Fatihah

3. Bacaan Tahiyat Akhir

4. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir

5. Lafaz Salam
Yang tanda merah ni adalah kesalahan yang sering kita lakukan apabila membaca al-Fatihah .




Sekian sahaja kali ni . Wassalamualaikum . .